Pages

Saturday, January 12, 2008

LEGA

Hari ni saat2 yang merungsingkan jiwaku dah berakhir dan bertambah elok bila net working juga kembali normal setelah seminggu meragam tak boleh download server ...dah macam nak jumpa doktor je semalam yang seboleh2nya aku tak mahu jumpa.Tetapi kalau tak jumpa aku jadi semakin rungsing fikir macam2. ....fikir 9 bulan akan datang ,setahun akan datang dua tahun sepuluh tahun dua puluh tahun ....masyaallah....boleh sakit jiwa tau jadi perempuan ni!

Mula2 tu sebulan tu aku rasa dah biasa le kalau tak datang pun..kemudian masuk dua bulan pun aku rasa macam biasa juga....tetapi bila lepas dari tiga bulan dan masuk bulan keempat ,tiba2 je ada perubahan pada diri aku...mula2 semasa kat Kuantan hari tu aku rasa pening2 lalat ketika tunduk dan aku cuba elakkan dari tunduk ketika makan dan banyak berbual2...ketika bawa anak jumpa pakar ENT aku juga check tekanan darah ku yang doktor kata normal.

Lepas tu buah dadaku rasa keras dan sakit...yang ini aku betul2 rasa tak selesa. Aku tak boleh pakai bra terlalu lama kerana ia menambah kesakitan dan bila baring pula aku tak boleh tidur mengiring terlalu lama dan ini juga menyebabkan buah dada yang terhimpit tu berasa sakit.

Dari seminggu ke dua minggu kemudian masuk tiga minggu dan aku mula panik.....antara tanda yang aku tahu selain dari nak datang darah kotor dan jika tak datang juga bermakna aku mungkin.....kemudian aku terus teringat dekat arwah emak yang mengandungkan adik aku ketika umurnya dah lanjut...kawan2 aku yang mengandung at the age of forty something....mereke semua terkejut tetapi happy membela anak2 mereka..yang best nya mereka siap nasihat aku lagi ..."Kalau kau Ani , tak boleh lah (maksud mereka beranak dan jaga anak) ....."

Dan aku paham aku tak se sihat dan se cergas mereka.....sure anak aku akan terbiar je kalau tak pakai amah! Komplikasi lain jangan cakap lah..... mungkin juga aku boleh mati shahid pula...kemudian teringat pula sape nak jaga anak2 kalau ibunya dah mati....

Di sini aku cuma nak tulis ...pasal otak orang perempuan ni....kata orang cara orang lelaki berfikir lain dengan orang perempuan berfikir .....jawapannya ofcourse lah lain.....apa yang ada dalam badan orang laki2 dan fungsi badan mereka juga berlainan dari perempuan.Jadi mana boleh fikiran dan perasaan mereka boleh nak seratus peratus sama. Betul kah menjadi Ibu lebih susah dari menjadi Perdana Menteri?Hmmmmm...tolong fikirkan untuk diri saya, boleh?

No comments: