Pages

Wednesday, February 27, 2008

APA SAYA DAN KAMU MAHU

Apa saya mahu dengan apa hak saya adalah dua perkara yang berbeza. Hak saya adalah milik saya. Hak saya terbahagi kepada hak mutlak dan hak yang mesti di tuntut melalui undang2 dan di lindungi oleh undang2. Hak mutlak saya seperti bercakap,makan atau bernafas dan contohnya tiada sesiapa boleh menahan saya dari melakukannya. Saya juga mempunyai Hak yang di berikan kepada saya secara undang2 seperti hak saya untuk belajar ,bekerja atau menggunakan kemudahan awam.

Apa yang saya anggap hak saya mungkin tidak bagi orang lain. Saya rasa saya berhak tinggal di tempat yang tidak di ganggu oleh bunyi bising dan saya harus di lindungi oleh undang2. Tetapi seandainya tidak ada undang2 yang mengatakan saya boleh di lindungi dari bunyi bising maka itu hanya menjadi kemahuan saya bukan hak saya!Dan itulah yang saya mahu.

Ada orang2 India merasa mereka mempunyai hak membina tapak2 kuil tanpa kebenaran tuan tanah dan tidak dilindungi oleh undang2 apabila kuil tersebut di robohkan.Begitu juga dengan budak2 muda yang menunggang motor dengan laju menganggap perbuatan itu adalah hak mereka tanpa perlu takut undang2.Sebenarnya contoh2 di atas adalah kemahuan mereka bukan lah hak mereka apatah lagi dalam konteks hak mutlak.

Persoalan nya sekarang apakah yang saya dan kamu mahu?

Tidak lama lagi Pilihan Raya Umum akan berlangsung dan kita tetap akan mempunyai sebuah kearajaan. Berbagai2 manifesto yang kita dengar dan baca, yang merupakan janji2 yang akan di laksanakan sekiranya menang.

Tanya saya lagi apa yang saya dan kamu mahu?

Ya, saya Melayu , saya Islam sudah tentu kemahuan saya pada agama dan bangsa saya... tetapi andaikata saya India dan saya buka Islam apakah saya akan bantah , saya akan marah...oooo tidak, tidak sama sekali saya akan minta apa yang saya mahu untuk bangsa dan agama saya juga!Itu kalau saya baru dua bangsa ,kalau tiga, empat atau lima sudah tentu banyak kemahuan untuk bangsa dan agama.

Saya juga seorang wanita ,isteri dan ibu.

Kerajaan sudah gariskan beberapa hak untuk kaum wanita tetapi kerana kurang pendidikan wanita masih di perbodohkan .Pernah satu ketika di selatan Semenanjung kita di kejutkan dengan cerita seorang laki2 yang mempunyai isteri sehingga 10 orang dan isteri2 ini juga merelakan anak2 mereka di perkosa oleh suami mereka sendiri atas alasan suami itu berkuasa , melawan bermakna menderhaka dan menderhaka seorang isteri terhadap suami akan masuk neraka!

Dan tidak sedikit kes isteri2 yang membiarkan diri meraka didera mental dan fizikal kerana takut masuk neraka kalau minta cerai dari suami.Begitulah kesempatan yang diambil oleh kaum lelaki terhadap wanita2 yang lemah dan tidak mempunyai ilmu.

Saya mahu kaum lelaki di Malaysia di didik ( lebih didikan) supaya menjadi pemimpin dan contoh yang baik dan bertanggung jawab kepada keluarga dan masyarakat.Disini saya berharap agar kes2 penderaan sex dan pembunuhan kanak2 tidak akan berlaku lagi .

Saya juga mahu wanita di perjelaskan dengan sejelas 2nya akan hak mereka yang mutlak dan hak2 yang di lindungi oleh kerajaan atau undang2.Saya mahu semua wanita di sayangi , di hurmati dan boleh bersuara bila2 masa dan suara mereka didengar oleh kaum laki2 dan tidak hanya sebelah pihak sahaja.

Akhir sekali saya mahu Malaysia menjadi masyarakat yang saling hurmat menghurmati dan menjaga kepentingan bersama tidak kira apa bangsa dan agama. Saya amat benci pada mereka yang suka mempersendakan agama.

Contoh yang paling baik yang saya boleh paparkan di sini ialah apabila sebuah keluarga Melayu telah menderma organ anaknya yang baru meninggal untuk menyelamat kan seorang kanak2 yang berbangsa Cina. Ini adalah satu peristiwa yang amat manis bagi saya kerana selama ini saya tetanya2 apakah orang Islam tidak boleh menderma bahagian mereka kepada orang Kafir. Sekiranya tidak boleh kenapa tokoh2 agama tidak berkata apa2, jadi dengan peristiwa inilah saya tidak lagi gusar epada siapa saya hendak menderma hak saya yang di berikan oleh Allah SWT.

Dan saya bertanya apa yang semua orang mahu?

Saturday, February 23, 2008

ORANG HUTAN

Kira2 ayat tu lembut juga tu....kalau ada orang kata tak sembahyang nak jadi hantu raya, pelesit ke , jembalang ke apa macam? Yang aku tahu dalam UMNO sudah ada pembunuh yang belum dapat di tangkap...itu aku dah hampir 98% yakin.Kemudian orang UMNO juga panggil blogers beruk dan tah apa2 lagi....aku tak kisah pun.

Sebenarnya semua orang tak suka dipanggil sebegitu walaupun ayat itu lah yang paling sesuai di sebut. Lagi tak bersesuaian apabila orang yang menyebut itu pula di pandang sebagai tokoh agama dan seorang yang patut di hurmati kerana umur dan ilmunya.Tetapi kan dia juga manusia biasa...

Ada2 je politik ni.....

BAJU dan PASANGAN

TUKAR BAJU MACAM TUKAR PASANGAN atau TUKAR PASANGAN MACAM TUKAR BAJU

I think dalam konteks ini kalau baju you banyak (sama banyak dengan boy fren)you boleh guna le dua2 ayat di atas tu sama je maksudnya...tetapi kalau baju you cuma dua helai tiga helai....i lebih suka guna ayat yang kemudian tu....maksudnya lebih kurang ,"lama nya you bertukar pasangan sama lama dengan pakaian yang you kumpul dalam almari you tu..."

Tabiat saya yang orang lain mungkin tak tahu ialah ada waktu2 tertentu saya suka memunggah barang2 lama yang saya dah bungkus dan simpan dalam stor. Simpan bersebab ,seperti tak mahu menyemak gerobok atau bilik tidur dengan baju2 lama atau barang2 lama , simpan kalau ada darurat seperti banjir atau kebakaran yang perlukan bantuan. Tiba2 ada satu lagi keadaan yang membuat saya teruja nak memunggah balik iaitu bila saya rasa saya nak balik pakaian2 kegemaran saya pada waktu saya ramping dulu.

Walaupun ada beberapa pakaian kesukaan saya yang dah terbagi pada adik tetapi masih ada beberapa helai dalam bungkusan kain pelekat yang di ikat ala2 Si Tanggang tu. Terasa amat gembira kerana dapat meletakkan semula baju2 tu ke atas badan saya seperti bertemu pasangan lama semula.




Antara baju2 kegemaran saya..
Yang bewarna merah hati saya beli di Jakarta pada tahun 2000 kalau tak salah. Saya suka pada warna nya dan bahan kainnya yang kasar pada bahagian luar dan licin (seperti satin) di bahagian dalam.
Oleh kerana bentuknya yang berpinggang dan kembang sedikit di bahagian bawah buat saya rasa selesa apabila memakainya dengan seluar hitam ketat yang kembang sedikit di bahagian hujung kaki.

Manakala yang purple ni antara yang paling saya gemari. Saya belinya di Kelang di bawah Gold Corse Hotel...Harga nya waktu itu hanya lima ringgit.Ia amat nipis dan kain nya seperti getah yang senang mengikut bentuk badan. Oleh kerana warnanya agak gelap dan terang ia tidak menampakkan kulit walaupun iasebenarnya nipis. Untuk menambahkan kecerian si pemakai di atas baju ini ada taburan batu2 kristal .Setiap kali saya memakai baju ini saya terasa diri saya lebih sexy dan santai apabila duduk di rumah.



Ini baju ala2 jaket yang berkotak ni saya beli di Sarawak.Walau pun saya takminat warna kuning dan inginkan warna hijau tetapi sudah di beli oleh kawan saya Jun pada waktu itu dan saya tidak ada pilihan tetapi membelinya juga....ok tak payah cerita pasal kalernya yang saya tak berapa suka tetapi baju ni spesial.Walaupun kainnya tebal tetapi apabila memakainya kita tak berpeluh ..sebab kainnya yang di perbuat dari kapas seratus peratus.Dan satu lagi potongannya yang kemas dan mengikut potongan badan kita dengan tepat maembuat kan si pemakai rasa kemas dan selesa seperti orang yang bekerjaya.

DAN saya masih sayangkan pakaian2 lama saya !!

Thursday, February 21, 2008

Fakta

"Memang benar pendapat yang mengatakan bahawa lelaki suka menjadikan wanita sebagai alat sex untuk mereka dan paling hebat mereka boleh melakukan tanpa 'menyentuhnya' pun ."

Contohnya:

TAGGED

You have one massage from John A

Message:
Hello Let me introduce my self .......well...­­..ia­m­ witty, inteligent and ofcourse humorous......­­.bes­i­d­­­­­­­­e­s being a humble and simple man. A senior management professinal married to a doctor has daughter 8 years old I live in Chennai..,Indi­­a...­.­.­­­­­­­­.­....I like to travel...have come to malaysia many times........I­­ saw your profile.......­­....­.­.­­­­­­­­ I look forward to get your reply ......... John


Dalam aku sibuk menerima macam2 invitations untuk menjadi ahli komuniti cyber seperti perspof ,fan box ,tagged dan macam2 lagi aku juga terima satu message seperti di atas.

Kebanyakan dari orang tempatan memasuki alam komuniti ini kerana mempunyai motif mengembangkan perniagaan.Jadi niat mereka amat mudah dipahami....tetapi bagi niat penulis message di atas adalah agenda aku seterusnya untuk mengetahui...dan sepontan aku balas message tersebut.

Perkataan yang mempersonakan aku dalam messagenya di atas ialah pertama, MARRIED ,kedua, WITTY dan ketiga , MALAYSIA. And oh ya dan paling TERPESONA ialah he read my profile!Seingat aku my status is married and my age is also damn very clear ,NO CHEATING la.Not like 52 become 25 ok. Dan dia jumpa profile tu dalam Tagged.com bukan xxx.com.

Persoalannya,
WHAT DID HE WANT TO KNOW ABOUT ME dan Sama tak dengan apa yang aku nak tahu tentang dia.

Rumusannya,
Chatting memang melekat macam Chewing gum lagi dikunyah lagi sedap dan selagi manisnya ada kamu tak akan luah keluar...

It took just less than 5 days to know the ANSWERS ok.So this story is closed.

Flower Arrangement

Apakah aku bermimpi

Semalam aku rasa seperti berkata OJC instead of astaghfirullah ...aku rasa seperti aku sadar ...aku rasa aku masih belum terlena aku rasa aku seperti berfikir bukan bermimpi....Semalam aku batuk keterlaluan..aku tidak tidur...aku tidur semula dalam pukul 5 pagi ...dan sekarang jam menunjukkan pukul 9 pagi...yaaa antara waktu itulah Syaithan telah mempermainkan aku!

Sunday, February 17, 2008

A Tag from NODEE

Macam tau2 je yang saya akan jawab tag dia....any way for my sheer laziness i just copy and paste the questions and answers directly from her blog.The red color are my answers...


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

What do you miss the most?

: currently? my figure when i was 56kg. hah! tak percaya ke aku selim dulu?

: me too.

What do you do if you meet the person you hate?

: i act donno.

:if i know that person hates me too i will make sure my presence worth making the uneasiness feelings between us.

One item you really want?

: is a boyfriend considered an item? if yes, mamak, boyfriend satuuuu!

: a good robot that can do all the house chores (macm dalam filem i robot)


What do you do if you’re talking to a stupid person?

: i make them feel pandai. everyone oso rasa pandai mah when talking to me.

: oh i can be very2 cocky la as though i m the smartest one.

Last book you read?

: errr… err… buku panduan memasak.

: now i remember....i don t read at all.

The person you’re thinking of?

: diri sendiri. yes i’m such a selfish bitch laidat. got any problem with that?

: my partner, especially when he put a picture of a beautiful and sexy lady as computers paper wall hhmmm, is he thinking what i m thinking...

Last gossip you heard?

: err.. that sabirin has gotten very fat and actually weighs 68kg? Opsssssss birthday boy jangan maraa. He he he.

:Datuk Najib kills Moggolian girl, ooop sorry2 the latest one is about Dtk Azalina with her lesbian partner...all are damn gossip and i hate gossips!

Last testimonial from?

: at!qa.

:nobody....

Last person to call u?

: boyfriend. dia cakap report dia dapat 29.5/30. bangga la tuuuu :P

:nobody....

Last person u talked to, about what?

: boyfriend. cakap pasal betapa bertuah nya saya dapat boyfriend macam dia. haha.

: i talked to my husband ,dah makan ubat ,nak minum teh ke kopi?

Last 5 places you’ve visited today.

: ITSD0007 ?/ TOILET

: CLC0004 / DAPUR

: ACR3018 /UPSTAIRS

: Food Court/ BILIK TIDUR

: Emerald Park Apartment. /HALL

Last text message you received from..

: atiqa.

: Qayum

Last cousins you’ve met?

: wohhhhhhhhh. wohhhwohwohwohhhh sumpah tak ingat.

:Kenduri kahwen kat KL that was last year.

What did you do this weekend?

: lepak with family at home. buat biskut hangus. kek cokelat bentat etc. best gila dow!

: Tenguk CD dan banyak CD.

Last person who kissed you?

: atiqa atiqa atiqa. hari hari kami beciom ciom.

:SHAH RUKH KHAN

Last person who hugged you?

: atiqa atiqa atiqa. dia lah tempat aku melepas segala sangap.

:my mak angkat.

Last person who pinched you?

: sumpah tak ingat. Selalu yang rajin cubit cubit orang ni ialah Ikamika. Agak nya beliau lah orang tersebut.

:Who dares ?

Last item you bought?

: pensel comel gila ada bulu bulu ngan teddy bear ngan love love kat atas dia.

:aiyoh only one item...UHU GLUE.

What is the reason you last cried?

: some bloody korean movies.

:because of God's MERCY.

What is your mood now?

: emo gila babi kalah pompuan nak menopos.

:uncomfortable because of my sore throat.

Who did you meet 3 days ago?

: orang orang yang sama. roomet housemet klasmet gf.

: owner Kluang Railway kopitiam.

3 items that are near you?

: the nearest? bra spender subang telinga.

: a mug of tea, a computer and flowers.

Who is your hero?

: boyfriend saya ada t-shirt superman weyyyy. Hari tu dia pakai hensem gila hik hik hik.

: my father...a soldier who worked during British and Japanese occupation...

What are your plans for next weekend?

: belagak jadi orang rajin lalu study dengan khusyuk.

:more body work out.

Why are you filling this survey?

: ni semua Sara punya pasal.

: ni NODEE punya pasallah.

5 person you are tagging?

: rased. kalau kau tak buat aku nak picit perot kau. awas kawwww nyahhhh!

: 1st person who reads my blog

: wyana yang update blog seribu juta tahun sekali.

:2nd person who reads my blog

: pikahcun yang update blog seribu juta tahun 2 kali.

:3rd person who reads my blog

: anisah yang update blog seribu tahun 3 kali.

:4th person who reads my blog

: mama.

:5th person who reads my bllog


Saturday, February 16, 2008

PRU - POLITIK ROSAKKAN UMMAH






Secara terus terang aku katakan yang aku memang dah malas nak bercakap pasal politik...


Kalaulah aku ditanya pemimpin bagaimana yang ideal untuk aku ..... maka ,gambar2 di atas adalah jawapannya. AKU memilih orang yang ALIM, BERANI , CERDAS dan CERGAS.

Ayat ALIM dalam konteks ini merangkul dia bukan terdiri dari PELAKU dosa KECIL apatah lagi dosa BESAR dan dia juga tahu erti KEKAYAAN YANG di REDHAI dan KEKAYAAN YANG TIDAK di REDHAI oleh ALLAH SWT. Biarlah miskin harta tetapi jiwanya besar untuk bangsanya, tanah airnya dan AGAMAnya.

Ada ke pemimipin macam itu di sini ?


PRU jatuh pada 8 Mach...yang pada mula nya Perdana Menteri buat joke yang dia tak tahu apa2.

Kawan saya yang kerja dengan gomen dah dapat offer jadi KTM (ketua tempat mengundi) dan ada yang dapat offer jadi Ketua Perayu Undi BN .Entah apa2 lagi jawatan yang BN offer saya pun tidak tahu sekiranya tidak di beri tahu.

Kata kawan saya yang kerja jadi KTM ,dulu tak pernah pula ada penyelewengan semasa mengira kotak undi tu kecuali ada satu dua kes yang orang asing datang nak mengundi kononnya dah dapat kerakyatan. Tetapi dia berkeras suruh orang tu bawa dokumen2 lengkap pengesahan baru dia boleh beri borang mengundi...tapi itu dia ,kawan yang saya kenal memang strict sejak dari sekolah dulu bagaimana dengan tempat lain.

Dan kawan saya yang sorang lagi tiba2 je nak di lantik jadi Ketua perayu pengundi (dia tolak tawaran tu atas alasan tidak sihat) ,$ berapa pulak dia dapat? Mungkin juga kiraan undi semuanya betul yang tak betul ialah nilai diri pengundi tu sendiri...

Teringat kata Dr Mahathir ada orang nilainya sebuah mesin jahit lagi .....siapa yang salah...pemimpin atau rakyat ?

Semasa di Kelang ,kawan baik saya seorang ibu tunggal yang aktif dalam UMNO tersenarai untuk mendapat satu lot tanah untuk buat rumah... dan saya tumpang gembira atas sebab dia memang layak mempunyai harta supaya nanti tuanya dia tidak merempat...yang saya tak paham bila orang2 politik yang dah dapat berkeping2 tanah dari kerajaan yang dah dapat harta bertimbun2 tetapi masih dok nak rompak tanah nenek moyang kita.

Perasan tak, kenapa ya orang politik kita bila ada kuasa mereka nampak muda dah gagah bila hilang kuasa mereka nampak macam ayam berak kapur! Orang2 begini walau pun banyak harta tetapi 'nur' nya hilang.

Berita gembira pertama mengenai PRU ialah apabila banyak orang2 tua yang akan 'berihat' dari tugas menteri...berita yang bagus...kena fikir juga berapa tahun lagi umur yang tersisa..tak payah lah berkhidmat untuk negara seumur hidup fikir2 lah apakah khidmat kita pada ALLAH dah cukup ke atau ada tak sama banyak dengan khidmat yang kita bagi pada negara tadi....

Berita yang kurang enak bila dua orang tua bekas MB Selangor dan Melaka teringin nak bertanding semula..... mereka teringin nak nampak GAGAH dan MUDA semula ,ha ha ha! Kemudian ada le anak ayam yang baru tumbuh bulu berkenan nak makan dedak atas riba atau mungkin cukup setakat berani makan di tapak tangan sahaja.

Apa2pun sebagai penutup>>> Selamat Mengundi Dengan Bijak dan SELAMAT.

Thursday, February 14, 2008

MUDAh2an

Hari ni aku terima message dari Saft dibaca...hai sahabat kenapa lama tak dengar berita, sibuk sangat ke?

Memang lama tak antar sms ...dan aku pulak jenis kalau orang tak bertanya khabar tak lah aku kuasa menjawab...aku anggap mereka sibuk dengan tugas mereka lah..apa lagi. Aku?Hmmm selalu free and only bezy sikit2 kalau anak2 balik.

Digi prepaid aku masih berbaki ,cuma tak leh call out sebab 5 hari air time dah tamat so aku terpaksa tambah lagi airtime 10 hinggit campur baki 11 hinggit jadi banyakla baki aku .Instead of antar sms aku terus je call dia yang duduk di Kuching tu. Aku tahu ayat yang mula2 akan keluar ialah rindunya dia pada suara aku ni yang bagus sikit dari suara Pushie.Honestly aku pun rindu pada dia dan rindu amat sangat pada waktu kami celebrate new year sambil minum2 di water front.

Mulut aku tergatal bertanya berapa duit bulanan yang dia dapat ....nak kata duit pencen, suaminya meninggal sebelum pencen....mati2an selama ini aku ingat dia dapat around 300 ke lepas kenaikan paling kurang 500 macam tu.Tapi masyaallah aku terpaksa ulang tanya sekali lagi...apa??Awak maksudkan lepas kenaikan awak dapat banyak tu ....

Balik ke rumah selesai sholat asar aku terus berdoa dan menangis kerana terkenang ramai yang tak pernah cukup dengan rezki yang Allah bagi....

Dia tak pernah tunjuk dia susah atau bersungut dia susah....atau aku yang tak pernah nampak dia susah. Anak dia dua orang laki2 hidup dan membesar juga. Dia sengaja tak mahu kawen lagi sebab kasihankan anak2nya .Anaknya yang sulung sama umur anakku yang perempuan manakala anaknya yang bongsu sama umur anak ku Qayum ,17 tahun sedang tunggu keputusan SPM.

Dulu dia berhajat menghantar anak sulungnya ke UNISEL ,dia bertanya berapa kosnya dan berapa aku bagi duit belanja anakku yang belajar di situ. Akhirnya hajatnya terpadam begitu saja.Walaupun ada PTPN namun tambang kapal terbang, duit asrama dan duit makan masih kena tanggung sendiri.

Sekarang dia menaruh harapan pada anak bongsunya dan mengharap anak sulungnya mendapat pekerjaan dengan immigresen.

Ya, mudah2an kata ku menamatkan perbualan melalui talipon siang tadi.

Wednesday, February 13, 2008

When i first found you






You are so cute and innocent and every time i talk to you you will look straight into my mouth....reading my lips i guess! Mungkin gak kau tengah fikir apa ke benda bunyi yang keluar dari mulut aku tu.

PELUPA

Eeeeeeeee nauzubillahiminazzallik, aku terlupa lagi nak tutup api dapur.

"Rumah berkunci , macamana si Mariapan nak masuk tutup dapur gas tu....Ok ok suruh dia guna kekerasan , pintu depan lah sebab grilnya mm tak kunci ,pintu belakang bergril macamana dia nak tendang."

"Apa ? Tak boleh masuk ... ahah , ahah , ok , ok. Dah padam ok , ok kejap lagi kami balik."
( Al maklum Si Mariapan terpaksa pancutkan air melalui tingkap dapur dan pakai galah untuk tolak tombol dapur gas)

Aku rasa kecut perut sebab ini kali kedua aku lupa tutup api sebelum keluar rumah.....demi maruah(sebab malu oi) dan keselamatan aku kena ajak suami makan di luar mulai hari ini .Good excuse kan?

Suami sayang pula tak habis2 bersungut, kalau orang KL dengar rumah manager asyik terbakar malulah dia. Memang betul . Lagi malu kalau mereka bercakap pasal adinda yang selalu lupa tutup api bila keluar rumah!

Memang tak ingat langsung pasal kuah asam pedas yang saya panaskan atas dapur tu . Apa nak jadi dengan aku ni hah !!!?

Tuesday, February 12, 2008

JanGan SediH

Ada orang celik yang tiba2 jadi buta.....kata orang buta pada orang celik jangan kasihan kan saya kerana saya lebih bagus dari awak....saya boleh membaca dalam gelap!

Orang bisu dengan menggunakan bahasa isyarat memberitahu .....saya bersyukur kerana tidak mendengar kata2 nista orang terhadap saya jadi saya selalu gembira.

SaYA....apa yang ada pada saya yang boleh di bangga2kan huh?

Melantak

LEGANYA.

"Berapa umur kamu?"
"25"
"Haha...jangan panggil saya kakak, anak oii....panggil saya makcik!"

Sebenarnya saya lega hari ni bila 'rumah' saya dah nampak macam 'rumah' semula. Maklumlah lima orang anak balik serentak dan semuanya pula tu ada sindrom malas mengemas, lima orang lima beg pakaian kotor yang saje2 di kumpul selama seminggu kononnya hujanlah , exam le ,tak de masa le ,tak bole pakai le...kalau ada babu sekalipun sure pening nak mengemas..mana taknya ada yang bangun lambatle ,tertidur atas sofale , atas lantai le dan yang tak tidur pun ada sebab main game.Mug air merata ceruk tak termasuk barangan lain yang bersepah sana sini.

Hari ni dan semalam saya sambung ke gym selepas 4 hari gym tu tutup kerana Hari Raya Cina.Nasib le ada gym kalau tak saya mesti hidup untuk makan saja di rumah.

Dan hari ini bila saya tenguk dalam cermin kolar bone saya dah timbul sikit walaupun isi di sekeliling ketiak masih tebal saya anggarkan dalam 2 inci. Dan hari ni juga saya mula guna alat2 gym yang agak berat sikit.Masalah yang paling besar ialah untuk menghilangkan lemak di keliling perut...anggaran 3 kilo ni.


Dan hari ini saya bertegur sapa dengan budak Melayu yang baru 2 kali saya jumpa di Gym...alasan dia masuk ke gym kerana badannya terlalu kurus....dia hairan tenguk saya boleh bertahan lama ketika buat work out dan saya teringat waktu hari pertama saya buat work out.

Hari pertama dulu :Speed 42 ,duration 20 mins >>tercungap2 . Tangan kena pegang handle sebab takut terpelanting dari mesin tread mill.

Sekarang /hari ni : Speed 52 walking ,duration 30 mins , speed 64 running, duration 10 mins.

Yang lecehnya bila balik kerumah saya bedal nasi sepinggan...lepas sembahyang zohor suami ajak keluar kemudian makan mee hoon soto dengan ais lobak merah susu ,lepas tu jumpa mr Ong dia belanja kat rail station..cuba tak mau makan tapi dia order juga roti bakar dengan kopi 0.
Mmmmmm melantak lagi!

Friday, February 01, 2008

SAYA TAK TAU CAKAP MELAYU

Teringat kata2 instructor tu bila saya tanya bagaimana layanan orang Singapore di sana..katanya "ok mereka tak sombong kecuali sifat mereka suka menunjuk2 dan berlumba2 siapa ada kereta bagus ,mana2 pun samalah ,di sini pun banyak juga orang sombong...."

Hari ini saya dah jumpa dengan orang sombong ni bila saya dengan tak sengaja duduk di bangku dan sebelah peha saya tertindih surat khabar dalam bahasa Cina.Untuk pengetahuan umum di Gym ni hari2 cuma ada The Star dan surat khabar Cina ok...tiada surat khabar Melayu atau majalah2 yang berbahasa asing tu ,harap maklum ok.

Orang sombong tu kata, "tenguk awak duduk atas paper , nanti tak pandai baca...suami saya cakap."

Dalam hati , bagus punya falasafah.....sebenarnya maksudnya kenapa bahan bacaan letak di bawah ponggong kan ponggong untuk berak je..lain le kalau kertas tisu.

Saya jawab sambil tersenyum..."paper Cina saya memang tak pandai baca."