Pages

Wednesday, February 27, 2008

APA SAYA DAN KAMU MAHU

Apa saya mahu dengan apa hak saya adalah dua perkara yang berbeza. Hak saya adalah milik saya. Hak saya terbahagi kepada hak mutlak dan hak yang mesti di tuntut melalui undang2 dan di lindungi oleh undang2. Hak mutlak saya seperti bercakap,makan atau bernafas dan contohnya tiada sesiapa boleh menahan saya dari melakukannya. Saya juga mempunyai Hak yang di berikan kepada saya secara undang2 seperti hak saya untuk belajar ,bekerja atau menggunakan kemudahan awam.

Apa yang saya anggap hak saya mungkin tidak bagi orang lain. Saya rasa saya berhak tinggal di tempat yang tidak di ganggu oleh bunyi bising dan saya harus di lindungi oleh undang2. Tetapi seandainya tidak ada undang2 yang mengatakan saya boleh di lindungi dari bunyi bising maka itu hanya menjadi kemahuan saya bukan hak saya!Dan itulah yang saya mahu.

Ada orang2 India merasa mereka mempunyai hak membina tapak2 kuil tanpa kebenaran tuan tanah dan tidak dilindungi oleh undang2 apabila kuil tersebut di robohkan.Begitu juga dengan budak2 muda yang menunggang motor dengan laju menganggap perbuatan itu adalah hak mereka tanpa perlu takut undang2.Sebenarnya contoh2 di atas adalah kemahuan mereka bukan lah hak mereka apatah lagi dalam konteks hak mutlak.

Persoalan nya sekarang apakah yang saya dan kamu mahu?

Tidak lama lagi Pilihan Raya Umum akan berlangsung dan kita tetap akan mempunyai sebuah kearajaan. Berbagai2 manifesto yang kita dengar dan baca, yang merupakan janji2 yang akan di laksanakan sekiranya menang.

Tanya saya lagi apa yang saya dan kamu mahu?

Ya, saya Melayu , saya Islam sudah tentu kemahuan saya pada agama dan bangsa saya... tetapi andaikata saya India dan saya buka Islam apakah saya akan bantah , saya akan marah...oooo tidak, tidak sama sekali saya akan minta apa yang saya mahu untuk bangsa dan agama saya juga!Itu kalau saya baru dua bangsa ,kalau tiga, empat atau lima sudah tentu banyak kemahuan untuk bangsa dan agama.

Saya juga seorang wanita ,isteri dan ibu.

Kerajaan sudah gariskan beberapa hak untuk kaum wanita tetapi kerana kurang pendidikan wanita masih di perbodohkan .Pernah satu ketika di selatan Semenanjung kita di kejutkan dengan cerita seorang laki2 yang mempunyai isteri sehingga 10 orang dan isteri2 ini juga merelakan anak2 mereka di perkosa oleh suami mereka sendiri atas alasan suami itu berkuasa , melawan bermakna menderhaka dan menderhaka seorang isteri terhadap suami akan masuk neraka!

Dan tidak sedikit kes isteri2 yang membiarkan diri meraka didera mental dan fizikal kerana takut masuk neraka kalau minta cerai dari suami.Begitulah kesempatan yang diambil oleh kaum lelaki terhadap wanita2 yang lemah dan tidak mempunyai ilmu.

Saya mahu kaum lelaki di Malaysia di didik ( lebih didikan) supaya menjadi pemimpin dan contoh yang baik dan bertanggung jawab kepada keluarga dan masyarakat.Disini saya berharap agar kes2 penderaan sex dan pembunuhan kanak2 tidak akan berlaku lagi .

Saya juga mahu wanita di perjelaskan dengan sejelas 2nya akan hak mereka yang mutlak dan hak2 yang di lindungi oleh kerajaan atau undang2.Saya mahu semua wanita di sayangi , di hurmati dan boleh bersuara bila2 masa dan suara mereka didengar oleh kaum laki2 dan tidak hanya sebelah pihak sahaja.

Akhir sekali saya mahu Malaysia menjadi masyarakat yang saling hurmat menghurmati dan menjaga kepentingan bersama tidak kira apa bangsa dan agama. Saya amat benci pada mereka yang suka mempersendakan agama.

Contoh yang paling baik yang saya boleh paparkan di sini ialah apabila sebuah keluarga Melayu telah menderma organ anaknya yang baru meninggal untuk menyelamat kan seorang kanak2 yang berbangsa Cina. Ini adalah satu peristiwa yang amat manis bagi saya kerana selama ini saya tetanya2 apakah orang Islam tidak boleh menderma bahagian mereka kepada orang Kafir. Sekiranya tidak boleh kenapa tokoh2 agama tidak berkata apa2, jadi dengan peristiwa inilah saya tidak lagi gusar epada siapa saya hendak menderma hak saya yang di berikan oleh Allah SWT.

Dan saya bertanya apa yang semua orang mahu?

No comments: