Pages

Saturday, February 23, 2008

BAJU dan PASANGAN

TUKAR BAJU MACAM TUKAR PASANGAN atau TUKAR PASANGAN MACAM TUKAR BAJU

I think dalam konteks ini kalau baju you banyak (sama banyak dengan boy fren)you boleh guna le dua2 ayat di atas tu sama je maksudnya...tetapi kalau baju you cuma dua helai tiga helai....i lebih suka guna ayat yang kemudian tu....maksudnya lebih kurang ,"lama nya you bertukar pasangan sama lama dengan pakaian yang you kumpul dalam almari you tu..."

Tabiat saya yang orang lain mungkin tak tahu ialah ada waktu2 tertentu saya suka memunggah barang2 lama yang saya dah bungkus dan simpan dalam stor. Simpan bersebab ,seperti tak mahu menyemak gerobok atau bilik tidur dengan baju2 lama atau barang2 lama , simpan kalau ada darurat seperti banjir atau kebakaran yang perlukan bantuan. Tiba2 ada satu lagi keadaan yang membuat saya teruja nak memunggah balik iaitu bila saya rasa saya nak balik pakaian2 kegemaran saya pada waktu saya ramping dulu.

Walaupun ada beberapa pakaian kesukaan saya yang dah terbagi pada adik tetapi masih ada beberapa helai dalam bungkusan kain pelekat yang di ikat ala2 Si Tanggang tu. Terasa amat gembira kerana dapat meletakkan semula baju2 tu ke atas badan saya seperti bertemu pasangan lama semula.




Antara baju2 kegemaran saya..
Yang bewarna merah hati saya beli di Jakarta pada tahun 2000 kalau tak salah. Saya suka pada warna nya dan bahan kainnya yang kasar pada bahagian luar dan licin (seperti satin) di bahagian dalam.
Oleh kerana bentuknya yang berpinggang dan kembang sedikit di bahagian bawah buat saya rasa selesa apabila memakainya dengan seluar hitam ketat yang kembang sedikit di bahagian hujung kaki.

Manakala yang purple ni antara yang paling saya gemari. Saya belinya di Kelang di bawah Gold Corse Hotel...Harga nya waktu itu hanya lima ringgit.Ia amat nipis dan kain nya seperti getah yang senang mengikut bentuk badan. Oleh kerana warnanya agak gelap dan terang ia tidak menampakkan kulit walaupun iasebenarnya nipis. Untuk menambahkan kecerian si pemakai di atas baju ini ada taburan batu2 kristal .Setiap kali saya memakai baju ini saya terasa diri saya lebih sexy dan santai apabila duduk di rumah.



Ini baju ala2 jaket yang berkotak ni saya beli di Sarawak.Walau pun saya takminat warna kuning dan inginkan warna hijau tetapi sudah di beli oleh kawan saya Jun pada waktu itu dan saya tidak ada pilihan tetapi membelinya juga....ok tak payah cerita pasal kalernya yang saya tak berapa suka tetapi baju ni spesial.Walaupun kainnya tebal tetapi apabila memakainya kita tak berpeluh ..sebab kainnya yang di perbuat dari kapas seratus peratus.Dan satu lagi potongannya yang kemas dan mengikut potongan badan kita dengan tepat maembuat kan si pemakai rasa kemas dan selesa seperti orang yang bekerjaya.

DAN saya masih sayangkan pakaian2 lama saya !!

No comments: