Pages

Saturday, February 16, 2008

PRU - POLITIK ROSAKKAN UMMAH






Secara terus terang aku katakan yang aku memang dah malas nak bercakap pasal politik...


Kalaulah aku ditanya pemimpin bagaimana yang ideal untuk aku ..... maka ,gambar2 di atas adalah jawapannya. AKU memilih orang yang ALIM, BERANI , CERDAS dan CERGAS.

Ayat ALIM dalam konteks ini merangkul dia bukan terdiri dari PELAKU dosa KECIL apatah lagi dosa BESAR dan dia juga tahu erti KEKAYAAN YANG di REDHAI dan KEKAYAAN YANG TIDAK di REDHAI oleh ALLAH SWT. Biarlah miskin harta tetapi jiwanya besar untuk bangsanya, tanah airnya dan AGAMAnya.

Ada ke pemimipin macam itu di sini ?


PRU jatuh pada 8 Mach...yang pada mula nya Perdana Menteri buat joke yang dia tak tahu apa2.

Kawan saya yang kerja dengan gomen dah dapat offer jadi KTM (ketua tempat mengundi) dan ada yang dapat offer jadi Ketua Perayu Undi BN .Entah apa2 lagi jawatan yang BN offer saya pun tidak tahu sekiranya tidak di beri tahu.

Kata kawan saya yang kerja jadi KTM ,dulu tak pernah pula ada penyelewengan semasa mengira kotak undi tu kecuali ada satu dua kes yang orang asing datang nak mengundi kononnya dah dapat kerakyatan. Tetapi dia berkeras suruh orang tu bawa dokumen2 lengkap pengesahan baru dia boleh beri borang mengundi...tapi itu dia ,kawan yang saya kenal memang strict sejak dari sekolah dulu bagaimana dengan tempat lain.

Dan kawan saya yang sorang lagi tiba2 je nak di lantik jadi Ketua perayu pengundi (dia tolak tawaran tu atas alasan tidak sihat) ,$ berapa pulak dia dapat? Mungkin juga kiraan undi semuanya betul yang tak betul ialah nilai diri pengundi tu sendiri...

Teringat kata Dr Mahathir ada orang nilainya sebuah mesin jahit lagi .....siapa yang salah...pemimpin atau rakyat ?

Semasa di Kelang ,kawan baik saya seorang ibu tunggal yang aktif dalam UMNO tersenarai untuk mendapat satu lot tanah untuk buat rumah... dan saya tumpang gembira atas sebab dia memang layak mempunyai harta supaya nanti tuanya dia tidak merempat...yang saya tak paham bila orang2 politik yang dah dapat berkeping2 tanah dari kerajaan yang dah dapat harta bertimbun2 tetapi masih dok nak rompak tanah nenek moyang kita.

Perasan tak, kenapa ya orang politik kita bila ada kuasa mereka nampak muda dah gagah bila hilang kuasa mereka nampak macam ayam berak kapur! Orang2 begini walau pun banyak harta tetapi 'nur' nya hilang.

Berita gembira pertama mengenai PRU ialah apabila banyak orang2 tua yang akan 'berihat' dari tugas menteri...berita yang bagus...kena fikir juga berapa tahun lagi umur yang tersisa..tak payah lah berkhidmat untuk negara seumur hidup fikir2 lah apakah khidmat kita pada ALLAH dah cukup ke atau ada tak sama banyak dengan khidmat yang kita bagi pada negara tadi....

Berita yang kurang enak bila dua orang tua bekas MB Selangor dan Melaka teringin nak bertanding semula..... mereka teringin nak nampak GAGAH dan MUDA semula ,ha ha ha! Kemudian ada le anak ayam yang baru tumbuh bulu berkenan nak makan dedak atas riba atau mungkin cukup setakat berani makan di tapak tangan sahaja.

Apa2pun sebagai penutup>>> Selamat Mengundi Dengan Bijak dan SELAMAT.

No comments: