Pages

Friday, February 01, 2008

SAYA TAK TAU CAKAP MELAYU

Teringat kata2 instructor tu bila saya tanya bagaimana layanan orang Singapore di sana..katanya "ok mereka tak sombong kecuali sifat mereka suka menunjuk2 dan berlumba2 siapa ada kereta bagus ,mana2 pun samalah ,di sini pun banyak juga orang sombong...."

Hari ini saya dah jumpa dengan orang sombong ni bila saya dengan tak sengaja duduk di bangku dan sebelah peha saya tertindih surat khabar dalam bahasa Cina.Untuk pengetahuan umum di Gym ni hari2 cuma ada The Star dan surat khabar Cina ok...tiada surat khabar Melayu atau majalah2 yang berbahasa asing tu ,harap maklum ok.

Orang sombong tu kata, "tenguk awak duduk atas paper , nanti tak pandai baca...suami saya cakap."

Dalam hati , bagus punya falasafah.....sebenarnya maksudnya kenapa bahan bacaan letak di bawah ponggong kan ponggong untuk berak je..lain le kalau kertas tisu.

Saya jawab sambil tersenyum..."paper Cina saya memang tak pandai baca."

2 comments:

Anonymous said...

Salam Noor,
"Paper cina....saya tak pandai baca" - saya sedang bayangkan betapa bengangnya cina tu kalau dia faham bahasa :D

Marianie

ps: malas sign in

Naha said...

WKmSLM,
Sebenarnya dia nak kata saya bodoh duduk atas paper tu....tapi tak berapa berani!