Pages

Tuesday, March 25, 2008

KJ dan Bola.

Muka KJ masuk TV 3 semalam , siap speaking dan pada hemat saya masih seperti orang bongkak... bukan tak boleh tapi hairan juga kalau dia bercakap ompoteh macamana peminat2 bola kat Kedah nak paham. Aku yang tak tahu hujung pangkal hairan juga ye kenapa ramai sangat yang serbu stadium malam tu rupa2 nya ada tiket percuma sempena kemenangan PAS dan ia di janjikan sendiri oleh Menteri Besar barunya Uz Azizan Abdul Razak.
Tetapi KJ kata mana boleh bagi tiket free.

ADIK dan F 1


Anak bongsu ku entah macamana boleh terpilih untuk mewakili sekolahnya iaitu Sekolah Tinggi Kluang untuk mencipta design kereta F1. Aku cuba juga melakar beberapa design untuk dia tetapi di KETAWAKAN nya kerana semua design2 tersebut langsung tak bercirikan F1 .

Selain mencipta design kumpulannya yang seramai 4 orang juga terpaksa mencari penaja untuk pakaian dan alat2 untuk membuat model kereta tersebut. Dan orang yang di tujunya ialah bapanya sendiri sebagai penaja utama...hmmm kata abahnya kalau angkanya kecil boleh laa.

Manakala logo kereta pula dia dah talipon abangnya yang berada di UPM kerana pengalaman abangnya mencipta logo2 kolej.

Buat masa sekarang belum ada lagi surat formal dari pihak sekolah berkenaan penaja tetapi kata adik ia sedang di proses. Apapun di sini mama cuma nak katakan rasa bangga mama pada usaha yang adik tunjukkan dan mudah2an adik dan kumpulan adik berjaya mencipta model yang terbaik dengan pergerakan yang terpantas.

Monday, March 24, 2008

Kulit TENUK!



Semalam aku berjaya heret suamiku bersama ke kolam renang. YES! Kolam renang awam yang di kelolakan oleh majlis bandaran Kluang ...hari biasa bayarannya 4 ringgit tapi hujung minggu naik seringgit.Baru berendam setengah jam matahari dah mula terik....aku yang tak pandai berenang mestilah separuh badan selalu di permukaan air.

Dan setelah selesai berenang (cara tersendiri) dengan penuh kegirangan ...maka kelihatan lah kulit ku di dalam cermin yang seakan2 kulit TENUK!...

OH YA....UNTUK PENGETAHUAN ...HANYA AKU DAN SUAMI PASANGAN MELAYU YANG BERADA DALAM KOLAM AIR TU...THE REST ABOUT 20 OF THEM ARE CHINESE TERMASUK MY LITLLE CUTE GIRL INSTRUCTOR DARI GYM YANG DATANG BAERSAMA BOY FRIENDNYA.

Aku SEMPAT BERTANYA PADA PEKERJA 2 WANITA MELAYU DI SITU ...TAK BERENANG KE?

BILA AGAKNYA MALAYSIA NI NAK BUAT PUSAT RENANG DAN PUSAT GYM KHUSUS UNTUK WANITA ATAU SEKURANG2NYA BERI JADUAL KHUSUS UNTUK WANITA SAHAJA...SEBAB AKU SEPERTI MENGERTI KENAPA MEREKA MALAS ATAU KEBERATAN MAHU MASUK SERTA.

sALAH SATU IALAH PAKAIAN MANDI YANG AGAK SENDAT WALAUPUN DAH ADA YANG TUTUP BADAN HAMPIR SERATUS PERATUS. BUT STILL NAMPAK YOUR SHAPE TAU...

KEDUA BILA BERCAMPUR LELAKI DAN PEREMPUAN...ME TAK KISAH KALAU ADA SUAMI TEMAN TETAPI JADI KISAH PULAK KALAU TAK BERTEMAN....SAMPAI JADI TAK KERUAN BILA ORANG DATANG NAK OFFER SERVICE DENGAN BAYARAN 200 RINGGIT...BUKAN TAK TERINGIN NAK BELAJAR TAPI TAK SUKA LE KALAU NANTI ADA BODY CONTACT ..KALAU PEREMPUN YANG NGAJAR I M DEFINITELY MAU TAU!

APA2 JELAH ....YANG PENTING NYA KENAPA BANGSA MELAYU MASIH TERLALU KURANG MAHU BERENANG DAN MENJAGA KESIHATAN MELALUI SENAMAN SECARA RUTIN ATAU BERSKALA.KENAPA?

Wednesday, March 19, 2008

Kita dah Ada KERAJAAN !

HaHaHa...Reform Cabinet Pak Lah ...Banyak muka2 glamour yang kena buang dan ooops siapa kata semua muka2 lama akan terus dilupakan.

TERsenyum2 aku bila MUHAMAD the son of Muhamad terpilih dan aku tak sabar2 nak baca komen dalam blog RPK.

Monday, March 17, 2008

Ada SUKA Ada BENCI

Siapa tak kenal dengan Raja Petra Kamarudin atau RPK, siapa yang tak baca Malaysia Today pada hari ini .Banyak yang baca ,termasuk akule pambaca setianya.

Aku suka dia..oops tulisan dia . Dari penulisan nya lah (selain A Kadir Jasin) aku dah tak payah keluar dan cari surat2 khabar tempatan.Begitu juga buku2 politik hanya untuk tahu perkembangan perkembangan semasa dalam negeri.

SUNGGUH JIMAT WANG DAN MASA!

TERINGAT. Dulu bila Anwar Ibrahim dipecat..banyak orang politik buat duit..entah2 ramai yang jadi jutawan segera kerana menulis buku pasal kes Anwar.Apataknya semua buku yang terpampang dalam kedai semua orang seperti aku ni nak beli .Macam2 DALIL..semata2 nak tahu KENAPA!

Tetapi semua yang aku baca langsung tidak jelas .10 macam buku 10 macam sebab .

Tapi RPK ni lain ...dia ulas sebiji2 siap dengan data dan fakta yang buat aku macam ; "O( yang panjang), macam tu ke ,baru aku paham!"

Dia ni macam(Hero) berani nak mampos ...pernah ditahan di bawah ISA dan hampir2 di tahan lagi sebab ulasannya yang berani dan suara2nya yang lantang menegur kerajaan(UMNO) .Kemudian ni dia kena lantang tegur parti dia pulak BARISAN RAKYAT.

Tetapi di sini bukan semua tulisannya saya baca dengan senang hati .

Dalam diri nya ada keberanian, kepandaian , kematangan fikiran ,keyakinan dan kebijaksanaan mengungkap kejadian2 yang berlaku dan akan berlaku.Faktor2 inilah yang mengagumi ku sepenuhnya.Dan anehnya saya amat membencinya bila dia menyuarakan buah fikirannya tentang Islam.

Dia membantah Malysia jadi negara Islam kerana melihat contoh negeri Kelantan. Kelantan di perintah oleh PAS dan berteras kan agama tetapi masih ada pelacuran di sana sini. Seakan mengatakan biar ada pelacuran asalkan jangan guna nama Islam .Negara Islam yang penduduknya masih melacur adalah negara yang hipokrate atau dalam arab di sebut munafik.

Sebenarnya saya sendiri tak mahu negara Malaysia di tukar jadi negara PAS. Malaysia ,Malaysialah...nak tokok tambah dekat mana lagi.Yang nak di tokok ialah sistem yang berterajukan agama. Tetapi di sini aku nampak macam RPK dan isterinya yang hipokrate. Macam bangga isterinya pakai seluar ketat dan baju ketat dengar ceramah PAS dan duduk dalam jemaah lelaki di sisinya.

Apa kah mata dan hati nya buta apabila statistik mengatakan remaja2 Melayu (terutama di KL) dah ramai yang tak de dare walaupun TAK MELACUR! They do it for pleasure not for money ok.

Mungkin dia tak hipokrate atau munafik macam setengah orang yang sekejap tutup sekejap bukak. Dan aku tak boleh marah atau kata dia jahat sebab itu lah diri dia yang sebenarnya .Yang beragama tetapi MODEN.

Dan aku terus saja membaca ,membenci dan menyukai tulisan2nya.

NoT NAJIB but ITs AnwaR !

Tokok-tambah :

Teringat .Macamana agaknya reaksi orang dalam UMNO terutama Che' Dek. Tak mahu salahkan dia apabila dia bagi pendapat yang Anwar hanya bermimpi apabila teringin nak jadi PM. Alasan nya orang dalam UMNO telah menolaknya secara TOTAL (sebulat suara) dan alasannya juga Anwar selalu burukkan dia di luar negara...macam pembelot negara je...tapi alasan Anwar pula sebab dalam negeri orang UMNO atau di panggil kerajaan tidak bagi dia platform untuk membela diri.Walau pun guna undang2(pakai mahkamah) kesnya selalu kena tendang. Kalau dia menang dah dapat juta2 dan bertambah senang dia untuk berkempen dan sure UMNO akan kalah lagi TERUK dalam pilihan raya lepas.

Sekarang ni UMNO dah lemah ,peluang Anwar semakin cerah..so kalau lah Anwar jadi PM, apakah dia akan mengorek semua rahsia2 peribadi musuhnya..mungkin tidak..sebab kata orang dia ada pegangan agama. Dalam agama pun melarang kita membuka pekung (sejenis penyakit kulit yang boleh di sorok) orang lain. Dalam Islam suruh kita memaaf dan memohon maaf....SO jangan le pulak ngada2 nak korek dan mengaibkan bekas BOSS nya dulu..sebab bagi pendapat saya itu adalah perbuatan KURANG BAGUS OK.

Teringat. Baru la aku percaya bahawa kehidupan ini macam RODA..Walaupun bukan roda kereta F1 yang berpusing teramat laju atau roda kereta lembu ,yang pergerakannya slow sikit tetapi roda kehidupan yang membawa kita berpusing bersama2 ,kadang2 kita berada di atas dan kadang2 kita berada di bawah.


Paparan Asal:

Pak Lah belum lagi berundur dah ada macam2 nama keluar untuk jadi penggantinya , mentang2 lah Rakyat Power..

Dan nama yang di sebut2 tak lain ialah Anwar Ibrahim ...Timbalan yang pernah meringkuk dalam penjara semasa di bawah pimpinan Mahathir dulu...Sejak saya dengar suami saya cerita pasal ESQ bahawa manusia ni sama saja...jadi kat sini saya minta maaf lae sebab tak letak pangkat di depan nama2 yang saya tulis di atas dan ini bukan bermakna saya tidak menghurmati mereka. Sebab lain ia bagus bagi mengelakkan sebarang kesalahan panggilan title sebab saya kurang arif dengan pangkat2 ni.

Anwar Ibrahim dijangka akan menjadi PM kita .

WOW!

Dan WOOOOH!

Wow is like SIAPA SANGKE YE...

Wooooh is like dasyatnye.... BOLEH KE ?

Sebab aku baru je nak berjinak2 dengan politik ...masih beringus...takut tersilap komen...yang pasal kes LIWAT tu ..mungkin yea mungkin tak...jadi di sini aku akan ambil jawapan tak.

Jadi cerita tu aku tolak tepi le...

Sekarang ni aku nak tanya...nanti kalau dia jadi PM dia akan jadi kawan baik Amerika lagi ke ...dan kalau Malaysia menghadapi masaalah kewangan ,apakah dia akan bagi orang lain handle atau dia yang akan handle sendiri macam isu IMF.

Di sini aku kena fikir yang positif...Aku rasa le ,antara sebab kita patut bagi peluang dia jadi PM ialah kerana dia pernah masuk penjara...katakan dia teraniaya ,ada konspirasi menjatuhkan dia ..kemudian dia bangun semula dengan penyatuan rakyat semua kaum dan berjaya mengguling atau membungkus BN (lebih tepat :UMNO). Jadi kalau dia jadi PM nanti tentu dia INSAF, tentu dia tak berani jadi BONGKAK ,tentu dia tak berani seleweng2 ,tentu dia TAKUT PISANG BERBUAH DUA KALI>>TENTU , betul tak?

Oklah...Saya SETUJUUUU!

Dan anda bagaimana pulak?

Thursday, March 13, 2008

Jangan Pandang Belakang

Aiyo pagi ni buka je TV dalam bilik hotel dengar je berita orang kuat dan orang lama parti DAP Lim Kit Siang tak setuju dengan pemilihan Mohd Nizar Jamaluddin dari parti PAS menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Katanya ketua DAP itu sampai menyuruh semua DUN nya memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar hari ini.

Aku terus tukar channel kerana rasa sakit hati kerana bukan sekejap pemberita tu bercholoteh benda yang sama tetapi makin melalut panjangnya.Semalam aku baca blog semasa penamaan chalon di serah kan kepada Raja/Pemangku Sultan Perak Raja Nazrin mereka bersedia menerima siapa saja yang terpilih dengan hati terbuka.Kan rang undang2 negeri Perak sendiri mengatakan Menteri Besar mestilah terdiri dari calon yang beragama Islam.

Lepas tu baca pulak morning news sama juga ceritanya...jadi hati mula syak eh betul ke 'orang tua' nak bantah penchalonan Mohd Nizar ni dengan alasan dia dari PAS.Sebab ideologi orang tua ni dan ketakutan nya yang melampau terhadap agama Islam memang ketara sejak dulu lagi.Aku mula rasa tak senang hati...kalau lah begini Lim Kit Siang memang tak layak di beri tempat dalam DAP lagi.Dia juga dah jadi tak relevan macam juga setengah orang2 UMNO.Kadang2 aku rasa nak tanya direct kat muka dia apa yang dia takut sangat dengar nama islam...takut pasal tak boleh makan babi ke..Islam tak melarang mereka makan...takut tak boleh berjudi ke...Islam juga tak melarang dan begitu juga minum arak....mereka tidak akan dihalang kerana satu2 sebabnya mereka bukan Islam. Oleh kerana negara ini berbilang2 kaum dan agama mereka harus ingat berpada2 lah sekiranya ingin membesarkan atau mengeluar lesen perniagaan ke arah itu.Jangan lebih kuah dari sudu pulak..maksudnya cukuplah pengeluaran sekadar untuk kegunaan mereka sahaja..

Orang2 Melayu pula cukup takut dengan kehilangan DEB dan hak2 istimewa Bumiputra manakala DAP pula takut negara Malaysia jadi Islam.Tahu tak Nak Islamkan orang Melayu pun amat sukar sekarang apatah lagi nak islamkan negara.Dalam kegentingan inilah maka saya bersyukur ada blogger seperti Mahaguru58 dengan berani menyuarakan pendapatnya apatah lagi kalau ada suara2 sumbang yang menghina Islam.

Tiap2 kali pilihan raya kita di ulang cerita bagaimana susahnya nak mendapat kemerdekaan. Saya tak nafikan Sejarah patut diketahui, di kaji dan kadang2 dihafal untuk menjawab peperiksaan. NAMUN tidak wajarlah kita memandang ke belakang apabila mahu melangkah ke depan.Lihat lah negara2 seperti Amerika ,Eropah dan Australia....apakah mereka sibuk menoleh ke belakang dan mengenang2 sejarah silam.Semua negara mempunyai sejarah masing2 seperti negara Vietnam, Korea dan Jepun.Malahan sejarah silam mereka lebih ngeri dari sejarah 13 Mei (pergaduhan kaum) di negara kita.Tak boleh kah kita terus melangkah tanpa menoleh ke belakang kerana ia melambatkan proses kita untuk maju.

Saya yakin DEB perlu di teruskan tetapi mesti dirombak supaya semua kaum yang miskin dapat memenafaatkannya dengan samarata.

Wednesday, March 12, 2008

DATUK NAJIB NEW PM????

Dah lama aku tak blogging sampai anak ku tertanya2...jawapannya mudah je sebab sejak nak pilihan raya hari tu aku lebih banyak membaca blog orang terutama blog politik.

Bila dah selesai pilihan raya dan berpuas hati dengan keputusan nya ,NAH ,bertalu2 pula entry yang hendak aku tulis.

Mula2 aku hampir patah hati kerana seakan tidak terdaya mahu melawan pemerintah bongkak , tetapi akhirnya....macam iklan Adidas , IMPOSSIBLE is NOTHING.

Aku nak ucap tahniah pada calon2 Barisan Rakyat yang berjaya dan yang tidak berjaya jangan putus asa atau kecewa kerana anda masih diperlukan.

Aku benar2 puas hati campur terkejut juga dengan tertewasnya negeri Perak (negeri sendiri) dan juga Selangor. Dalam keadaan barisan pembangkang kekurangan kewangan ,masa dan media arus perdana untuk berkempen ,mereka tetap MENANG .YAHOO!

Dan sebaik saja pengumuman pilihan raya selesai, bekas perdana menteri terus panggil press dan bagitahu press yang Pak Lah mesti bertanggung jawab atas kekalahan teruk Barisan Nasional dan meminta dia meletak jawatan...OK le yang ini saya terima. Tetapi apabila nama Najib di sebut sebagai pengganti ...OOPS tunggu dulu , yang ini saya boleh terima juga ke?

Alasan saya senang je..kalau setengah orang mungkin anggap dia racistke, kaki betina ke ,apa ke yang memang BETUL, tetapi saya cuba membandingkan antara dia dan Pak Lah...dua2 TERUK dan siapa LEBIH TERUK? Atau kita kena PILIH yang mana BAIK SIKITdari DUA2 yang TERUK ni!

Dan kita dipaksa buat perbandingan...Pak Lah imam hadhari, alim kan . Najib alim tak?...Najib pun le ni dah pandai guna ayat2 al quran bila bagi ceramah..bukan ALIM KUCHING tau!

Pak Lah bersekedudukan sebelum kawen campur dan peluk2 Micheale Yeoh...Najib?....pernah sebilik dengan seorang penyanyi ( kalau tak benar dosa tanggung sendiri tau!),ngorat isteri orang.

Najib di tuduh bersubahat dalam satu kes pembunuhan orang Monggolia..Pak Lah ? ...boleh tak kita kait kan kematian penyokong PAS di Batu Buruk, kematian adik Nurin sebagai kesalahan Pak Lah.

Pak Lah lembik ...Najib gentleman.

Pak Lah dua kali kawen (seorang hidup dan seorang sudah meninggal)ada dua orang anak dan dua orang menantu dan dua anak tiri....Najib pun dua kali berbini (dua2 masih hidup kan?)....berapa orang anak dia? berapa orang pula anak tiri dia ..(kena buat research ni)
Note; Lagi banyak anak lagi BAHAYA!

Pak Lah kaki tido ..Najib pernah tak tido (pasal kes Al Tanthuya).

Pak Lah suka make dunno...Najib pandai bertutur...

Pak Lah dah TUA ,Najib masih BERGETAH.

Rasanya cukuplah senarai di atas so antara Pak Lah dan Datuk Najib mana yang lebih baik...

AnaKku dan SPM

Saya terlalu GEMBIRA hari ini(terus tulis dalam blog)..selain dari gembira ikut suami ke KL, saya juga gembira dengan keputusan yang dikhabarkan oleh anak saya Muhd Qayum.

Dia dapat 6 A, 3 B dan 1 C dalam keputusn SPMnya..tentu ramai orang akan melecehkan saya dengan kegembiraan yang tak seberape ni....apalah sangat dengan 6 A tu...ramai lagi yang dapat lebih bagus.Itu mereka yang tidak mempunyai apa2 masaalah diri..tetapi anak aku yang ini lain...terlalu bermasaalah.

Hingga ke bulan2 terakhir sebelum peperiksaan dia tidak bersemangat untuk belajar sehingga menyuruh aku mencari 'orang pandai' untuk mengubatinya. Kalau sekadar cari ubat atau kismis Ustaz Ismail Khamus yang dikatakan boleh cerdas kan minda tu aku mungkin tak risau. Paling tidak kalau tak cerdas juga tentu bukan salah aku.Atau minta minum air jampi untuk terangkan hati ke insyallah boleh lah aku sendiri sebagai ibu doakan....ini tidak...berkali2 dia bagi tahu aku seperti ini , 'Ma, Ayum tak bersemangat nak belajar .. ..

Kataku ,apa boleh mama buat sebab semangat itu ada dalam diri kamu, orang lain tidak dapat memaksa....kamu tidak tumpukan pelajaran kerana kamu menumpu pada masaalah lain, sesuatu yang merunsingkan kamu ...sesuatu yang kamu anggap amat berat.Sedangkan perkara yang berat itu kamu boleh fikir selepas peperiksaan kamu dan cuba selesai kan sesudah peperiksaan kamu ! Itu lah kata2 nasihat yang dapat aku berikan ketika kawan2nya yang lain yang tidak bermasalah berlumba2 mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan SPM, anak aku yang seorang ni masih tercari2 SEMANGATnya yang HILANG!
tekan di sini.

Al Fatehah untuk Abang Z

Hari yang kedua suami dan teman2 kerjanya mendengar ceramah motivasi dari Pak Ary Ginanjar Agustian yang di bawa khas dari negara Indonesia.

Kata suami ,mama patut masuk dan dengar...kalau bayarannya 200 ringgit mungkin juga mama sanggup tetapi satu kepala(untuk orang luar) bayarannya 950 ringgit untuk 3 hari.

Walaubagaimana pun terima kasih ku pada Tuhan kerana Sime Darby Berhad sanggup mengeluarkan sebegitu banyak wang untuk menjemput pakar motivasi yang gemilang ini untuk pegawai2nya.Ada orang yang menangis kerana hiba dan sayu dan ada yang teresak2 dan ada yang sampai tak lalu makan setelah mendengar ceramahnya yang berbentuk sufism.

Katanya ,yang mengejar2 pangkat ,yang mengejar2 harta dan yang mengejar2 nama ....adalah orang yang rugi tanpa mengetahui apa sebenarnya tujuan hidup. Lagi malang apabila yang di kejar sudah berada di telapak tangan dan tiba2 dia di jemput malaikat .Cerita suamiku ala-ala pendakwah yang tersohor tu.

Tiba2 berita kematian Zakaria Md Deros yang terpampang dalam The Star hari ini menjadi satu iktibar kepadaku....mahligai mewahnya yang menjadi kontroversi suatu ketika dahulu terpaksa di tinggalkan jua ....dan siapa yang akan menemaninya sekarang...hanya Malaikat Mungkar Nangkir dan binatang2 yang melata di dalam kubur. Mudah2an dia tidak tersiksa di alam barzakh .. dan Al Fatehah untuk rohnya.

Teringat kata2 suami lagi ,kita bukan ada apa2 - we are nothing but dust...

Sesungguhnya asal kejadian manusia ini adalah dari tanah yang kotor ,kemudian pula dari setetes air mani yang hanyir dan tanpa sifat ...dan apakah patut bila kita lahir kedunia ini kita mula berlagak dan jadi bongkak pada sesama kejadian Tuhan ? Anak2 bersifat bongkak kepada kedua ibu bapa sendiri,orang2 muda tidak lagi hurmat orang2 yanh lebih tua ,majikan pula bersifat kuku besi kepada pekerja ,pemerintah membiarkan rakyatnya hidup dalam kemelut kemiskinan dan seterus atau sebaliknya. Ingat2lah ..diri kita tidak akan kekal selamanya dan kita di lahirkan secara hina (telanjang) dan tanpa apa2 kuasa(lemah).

Tuesday, March 11, 2008

Message

Aku baru terima panggilan talipon dari mak cik, katanya duit cukai pintu apak dah bayar dan katanya tak payah lah buru2 nak balik . Dalam hati ku berkata2 - baiknya mak cik.. seperti sedang bermimpi di siang hari. Kemudian dia menambah, rumput di laman dah panjang...abang Alang nak potong tapi mesin rumput rosak.

Kataku panggil saja India yang kerja di rumah jiran ...tetapi kata mak cik mahal sangat di mintanya 50 ringgit untuk halaman yang sekangkang kera. Kata ku tak apalah nanti ku kirim kan duit melalui pos, aku serius ni.. mak cik ada no akaun tak ?

Oh, tak payah ,mak cik ingat nak suruh Atan beli mesin baru hehe..bunyi ketawa selambanya yang telingaku seboleh2nya tak nak dengar.Aduhai mak cik kau lah salah seorang wanita yang mempunyai keupayaan bersuara dan menyuarakan keinganan mu tanpa ragu2 dan segan silu...

Insyaallah message ini akan disampaikan kepada suamiku dengan jelas dan pantas.

Saturday, March 08, 2008

Aku tak mengundi

Hari ni orang keluar mengundi tetapi aku pergi YOGA.