Pages

Tuesday, March 25, 2008

ADIK dan F 1


Anak bongsu ku entah macamana boleh terpilih untuk mewakili sekolahnya iaitu Sekolah Tinggi Kluang untuk mencipta design kereta F1. Aku cuba juga melakar beberapa design untuk dia tetapi di KETAWAKAN nya kerana semua design2 tersebut langsung tak bercirikan F1 .

Selain mencipta design kumpulannya yang seramai 4 orang juga terpaksa mencari penaja untuk pakaian dan alat2 untuk membuat model kereta tersebut. Dan orang yang di tujunya ialah bapanya sendiri sebagai penaja utama...hmmm kata abahnya kalau angkanya kecil boleh laa.

Manakala logo kereta pula dia dah talipon abangnya yang berada di UPM kerana pengalaman abangnya mencipta logo2 kolej.

Buat masa sekarang belum ada lagi surat formal dari pihak sekolah berkenaan penaja tetapi kata adik ia sedang di proses. Apapun di sini mama cuma nak katakan rasa bangga mama pada usaha yang adik tunjukkan dan mudah2an adik dan kumpulan adik berjaya mencipta model yang terbaik dengan pergerakan yang terpantas.

No comments: