Pages

Wednesday, March 12, 2008

AnaKku dan SPM

Saya terlalu GEMBIRA hari ini(terus tulis dalam blog)..selain dari gembira ikut suami ke KL, saya juga gembira dengan keputusan yang dikhabarkan oleh anak saya Muhd Qayum.

Dia dapat 6 A, 3 B dan 1 C dalam keputusn SPMnya..tentu ramai orang akan melecehkan saya dengan kegembiraan yang tak seberape ni....apalah sangat dengan 6 A tu...ramai lagi yang dapat lebih bagus.Itu mereka yang tidak mempunyai apa2 masaalah diri..tetapi anak aku yang ini lain...terlalu bermasaalah.

Hingga ke bulan2 terakhir sebelum peperiksaan dia tidak bersemangat untuk belajar sehingga menyuruh aku mencari 'orang pandai' untuk mengubatinya. Kalau sekadar cari ubat atau kismis Ustaz Ismail Khamus yang dikatakan boleh cerdas kan minda tu aku mungkin tak risau. Paling tidak kalau tak cerdas juga tentu bukan salah aku.Atau minta minum air jampi untuk terangkan hati ke insyallah boleh lah aku sendiri sebagai ibu doakan....ini tidak...berkali2 dia bagi tahu aku seperti ini , 'Ma, Ayum tak bersemangat nak belajar .. ..

Kataku ,apa boleh mama buat sebab semangat itu ada dalam diri kamu, orang lain tidak dapat memaksa....kamu tidak tumpukan pelajaran kerana kamu menumpu pada masaalah lain, sesuatu yang merunsingkan kamu ...sesuatu yang kamu anggap amat berat.Sedangkan perkara yang berat itu kamu boleh fikir selepas peperiksaan kamu dan cuba selesai kan sesudah peperiksaan kamu ! Itu lah kata2 nasihat yang dapat aku berikan ketika kawan2nya yang lain yang tidak bermasalah berlumba2 mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan SPM, anak aku yang seorang ni masih tercari2 SEMANGATnya yang HILANG!
tekan di sini.

2 comments:

undefined_emotions said...

tahniah qayyum;)

Naha said...

Thanks ,on behalf of Qayum..