Pages

Thursday, March 13, 2008

Jangan Pandang Belakang

Aiyo pagi ni buka je TV dalam bilik hotel dengar je berita orang kuat dan orang lama parti DAP Lim Kit Siang tak setuju dengan pemilihan Mohd Nizar Jamaluddin dari parti PAS menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Katanya ketua DAP itu sampai menyuruh semua DUN nya memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar hari ini.

Aku terus tukar channel kerana rasa sakit hati kerana bukan sekejap pemberita tu bercholoteh benda yang sama tetapi makin melalut panjangnya.Semalam aku baca blog semasa penamaan chalon di serah kan kepada Raja/Pemangku Sultan Perak Raja Nazrin mereka bersedia menerima siapa saja yang terpilih dengan hati terbuka.Kan rang undang2 negeri Perak sendiri mengatakan Menteri Besar mestilah terdiri dari calon yang beragama Islam.

Lepas tu baca pulak morning news sama juga ceritanya...jadi hati mula syak eh betul ke 'orang tua' nak bantah penchalonan Mohd Nizar ni dengan alasan dia dari PAS.Sebab ideologi orang tua ni dan ketakutan nya yang melampau terhadap agama Islam memang ketara sejak dulu lagi.Aku mula rasa tak senang hati...kalau lah begini Lim Kit Siang memang tak layak di beri tempat dalam DAP lagi.Dia juga dah jadi tak relevan macam juga setengah orang2 UMNO.Kadang2 aku rasa nak tanya direct kat muka dia apa yang dia takut sangat dengar nama islam...takut pasal tak boleh makan babi ke..Islam tak melarang mereka makan...takut tak boleh berjudi ke...Islam juga tak melarang dan begitu juga minum arak....mereka tidak akan dihalang kerana satu2 sebabnya mereka bukan Islam. Oleh kerana negara ini berbilang2 kaum dan agama mereka harus ingat berpada2 lah sekiranya ingin membesarkan atau mengeluar lesen perniagaan ke arah itu.Jangan lebih kuah dari sudu pulak..maksudnya cukuplah pengeluaran sekadar untuk kegunaan mereka sahaja..

Orang2 Melayu pula cukup takut dengan kehilangan DEB dan hak2 istimewa Bumiputra manakala DAP pula takut negara Malaysia jadi Islam.Tahu tak Nak Islamkan orang Melayu pun amat sukar sekarang apatah lagi nak islamkan negara.Dalam kegentingan inilah maka saya bersyukur ada blogger seperti Mahaguru58 dengan berani menyuarakan pendapatnya apatah lagi kalau ada suara2 sumbang yang menghina Islam.

Tiap2 kali pilihan raya kita di ulang cerita bagaimana susahnya nak mendapat kemerdekaan. Saya tak nafikan Sejarah patut diketahui, di kaji dan kadang2 dihafal untuk menjawab peperiksaan. NAMUN tidak wajarlah kita memandang ke belakang apabila mahu melangkah ke depan.Lihat lah negara2 seperti Amerika ,Eropah dan Australia....apakah mereka sibuk menoleh ke belakang dan mengenang2 sejarah silam.Semua negara mempunyai sejarah masing2 seperti negara Vietnam, Korea dan Jepun.Malahan sejarah silam mereka lebih ngeri dari sejarah 13 Mei (pergaduhan kaum) di negara kita.Tak boleh kah kita terus melangkah tanpa menoleh ke belakang kerana ia melambatkan proses kita untuk maju.

Saya yakin DEB perlu di teruskan tetapi mesti dirombak supaya semua kaum yang miskin dapat memenafaatkannya dengan samarata.

No comments: