Pages

Tuesday, March 11, 2008

Message

Aku baru terima panggilan talipon dari mak cik, katanya duit cukai pintu apak dah bayar dan katanya tak payah lah buru2 nak balik . Dalam hati ku berkata2 - baiknya mak cik.. seperti sedang bermimpi di siang hari. Kemudian dia menambah, rumput di laman dah panjang...abang Alang nak potong tapi mesin rumput rosak.

Kataku panggil saja India yang kerja di rumah jiran ...tetapi kata mak cik mahal sangat di mintanya 50 ringgit untuk halaman yang sekangkang kera. Kata ku tak apalah nanti ku kirim kan duit melalui pos, aku serius ni.. mak cik ada no akaun tak ?

Oh, tak payah ,mak cik ingat nak suruh Atan beli mesin baru hehe..bunyi ketawa selambanya yang telingaku seboleh2nya tak nak dengar.Aduhai mak cik kau lah salah seorang wanita yang mempunyai keupayaan bersuara dan menyuarakan keinganan mu tanpa ragu2 dan segan silu...

Insyaallah message ini akan disampaikan kepada suamiku dengan jelas dan pantas.

No comments: