Pages

Tuesday, April 29, 2008

Questionaires


Baru2 ni aku antar e mail kat kekawan aku










Soalan aku apakah mereka percaya bahawa Dtk Anwar meliwat....ramai yang jawab tidak dan sorang kata tidak tahu..tetapi jawapan yang kawan aku bagi kat bawah ni buat aku KETAWA sungguh2...

--------------------------------------------------------------------------------------------------
aku kalo bab politik ni malas nak ambik tau. orang ni kata orang tu, orang tu kata orang ni Pada aku semua sama, hipokrat. Masing2 rasa diri masing2 dah cukup bagus. Orang ni kata orang tu pentingkan kroni orang tu pun cakap orang ni cam tu. pada aku sape yg memerintah semua dulukan kroni sendiri. Orang kata pak lah ambik menantu jadi mp tapi pada aku anuar berahim lagi dasat. habis anak bini dgn dia sekali kalo boleh nak memerintah malaysia. Kalo bab anuar berahim tu meliwat mana la kita tau. Lagi pun sape la kita ni nak tahu tepat atau tidak sesuatu isu tu. Fakta boleh diputar belit weii.Tapi yang aku tahu anuar ni dari masa sekolah lagi suka memberontak. Asyik nak reformasi je. Aku rasa kalo dia memerintah negara mau rasa nya huru hara negara ni, kalo dah sikit2 nak reformasi je. Mau lingkup negara. Dah tu Dia jadi pm, bini dia jadi tpm anak dia jadi menteri kewangan. Cukup lengkap tu. Anyway aku benci politik ni lebih2 lagi politik tak jujur. Lagi pun suara aku dalam politik ni terlalu kecik, orang tak dengar pun. Nak wat camna.



Date: Wed, 23 Apr 2008 15:54:18 +1000
From: queennoor60@yahoo.com.au

Salam kawan2 semua...

Cerita ni tak habis2 ,

Dah tenguk You tube, BBC hardtalk interview dengan Dr Mahathir? Bila di tanya pasal Anwar Ibrahim Dr Mahathir tidak berganjak dari menyebut salah laku ex timbalannya.Dan salah satu dari nya ialah kes liwat.

1)Soalan saya ,adakah anda percaya Anwar Ibrahim meliwat, tolong jawab ya atau tidak.


Untuk sekadar mengenali Anwar Ibrahim di sudut penyokong UMNO sila baca di bawah:
here.

Bila di bandingkan cara Dr Mahathir jawab dengan Sdr Anwar kita jawab di BBC Hardtalk...aku masih kata macam laut dengan kolam ....Sdr Anwar kena banyak belajar dan sayangnya gurunya dahulu Dr Mahathir tidak lagi mempercayai nya untuk menurunkan ilmu tersebut.

ALLAH Tuhan Kristian?






Sebenarnaya saya dah lama nak menulis hal ini tetapi tak mempunyai masa yang sesuai..sebentar lagi saya mahu ke gym . Oleh kerana masih awal dan komputer belum di gunakan oleh sesiapa maka inilah peluang saya melepas geram.

Alhamdulillah, akhirnya penganut2 katholik percaya bahawa Allah SWT adalah tuhan yang Maha Suci lagi Maha Esa. Allah adalah nama Tuhan sejak dari Nabi Adam Alaihissallm lagi.


Oleh kerana pengkritik tidak di alu2kan mengkritik di lamannya oleh kerana katanya itu adalah lamannya dan pendapatnya ..maka saya sekadar meletakkan link dan memberi komen di halaman saya sendiri...


Pada mulanya saya meletakkan alamat blognya di link saya kerana meminati penulisannya tentang politik semasa dan perasaan saya sedikit pun tidak merasa tersentuh atau tercabar tetapi apabila bab agama menjadi topik nya saya mulai rasa seperti ada kebencian pada penulis tersebut sehingga nyaris2 saya mahu memadam link tersebut dari blog saya...



Tetapi entah tiba2 saya tertanya2 pada diri saya kenapa mesti padam, bukankah melalui penulisan nya saya dapat mengetahui isi hati penganut kristian ini....


Sila baca pendapat nya tentang Nama Tuhan ...





Dan saya hampir ketawa kenapa sekarang baru nak bubuh nama TUHAN....dan saya juga seperti nak bagi tahu semua penganut kristian lepas mengaku Allah itu tuhan mereka kerana memang itu lah yang di sebut sejak zaman Nabi Adam lagi ..saya ingin juga katakan pada mereka ...lepas ni tutup lah aurat seperti sisters/nuns zaman itu...kerana itu juga yang di sampaikan oleh Nabi Isa alaihisallam kepada pengikutnya.


Sebenarnya kami orang Islam tidak takut atau gentar dengan panggilan Allah sebagai Tuhan Ynag Maha Esa dan Maha Suci kerana kami sudah lama tahu bahawa Nabi Isa di turunkan membawa kitab suci Injil (bible) untuk kaumnya menyembah Allah SWT dan sekiranya penganutnya berada di jalan yang lurus maka tidaklah mereka mengaku Nabi Isa itu anak Tuhan.


Apa yang kami orang Islam Bencikan ialah tujuan dan Niat di sebalik propaganda untuk menamakan Tuhan mereka dengan Nama ALLAH...kenapa SEKARANG????? tidak sejak dulu lagi.
JAWAPANnya ada di sini....





Untuk orang2 Katholik...kami mempercayai Allah ,kami mempercayai Nabi Isa ....kenapa kamu tidak mempercayai Nabi Muhamad ...sedangkan Allah juga yang menjadikan dia sebagai pesuruh..atau messenger sama seperti Nabi Isa. Kenapa ambil kepala saja dan biarkan ekur melencung kelain!






Monday, April 21, 2008

DENGAR SINI SEMUA ORANG ISLAM!

Surat Fatimah gemparkan kota Baghdad
Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan dan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun karena mereka tidak dapat menemukannya, pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.

Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diselundupkan keluar dari penjara Abu Gharib, surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan terntara AS. Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad , mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq . !

Mafkarat al-Islam berhasil mendapatkan salinan surat tersebut.

Bismillahirrahmanir rahiim.

*Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.* [ Qur*an , Surat 112 *al-Ikhlas*]

Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai arti yang mendalam bagi saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku mujahidin di jalan Allah* Apa yang dapat kukatakan padamu?

Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami. Allahu Akbar.

Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak.

Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya. Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah pada Allah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah. Takutlah pada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb.

Saya saudaramu karena Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bisakah kau bayangkan? Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum menikah.

Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua..

Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami telanjang. Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentara memukulnya di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya. Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, karena dia sudah tidak sanggup menerima ini. Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya*

Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.

Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami bersama para tentara itu, agar kami bisa beristirahat dalam damai.

Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami*

Waa Mu*tasimah!.

Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir.

Hatta mataa haadza s-sukuut !!

Ini yang sudah kesekian kalinya terjadi..

Entah berapa lagi akan segera menyusul

Kemaren, hari ini dan besok

Begitu seterusnya..

Ya Rabb nasyku ilaika da'fa quwwatina

Wa qillata hiilatina

Allahumma n-shurna nashran adziima

Allahuma 'alaika bil haaula l-kuffar

Allahuma 'alaika biman adzaa l-muslimin.



catatan:

sebarkan agar semuanya bisa mengetahui keadaan ini.

Wajazaakallahu khairan.

Sunday, April 20, 2008

JAGOAN

Aku belum jumpa lagi mana2 blog yang komplen pasal pengumuman Pak Lah baru2 ni.

UMUR pekerja awam akan di sambung sampai 60 TAHUN! Mampusla budak2 baru nak tunggu dapat kerja . Lain le kalau kerajaan dapat tambah jawatan2 baru dalam sektor awam tu. Atau ada maksud lain ke? Dulu tambah gaji kakitangan kerajaan sebab dikatakan nak menang undi. Mungkinkah kali ni nak menang kerusi President pulak...kita tunggu saja komen dari blog2 politikus yang lain.

Lepas tu nak bagi duit kat Tun Salleh Abas pulak here sebab tersalah pecat semasa zaman Tun Dr Mahathir....Datuk Najib pula cepat2 jawab bukan tanda kerajaan nak minta AMPUN sebab buang kerja dia tapi lebih kepada pampasan ...kira2 macam tu lah. Tapi SEBENOnya APA? Kenapa sekarang baru nak jadi JAGOAN.

Nasib baik lah dan Alhamdulillah orang yang kamu2 semua aniayakan tu masih hidup dan sempat memaafkan kamu2 semua .

Kadang2 aku tertanya2 juga apakah Pak Lah benar2 IKHLAS melakukannya semua di atas ?

BERSAMBUNG.....(konsentrasi ku terganggu sebentar tadi)

Ok , sambung semula.

Tadi sempat juga aku ke laman CUIT SIKIT yang aku tahu memang penulisnya akan mengaitkan isu Tun Salleh Abas dan jawapan nya ada di sini here.

Yang aku sebagai rakyat sekarang ni amat bingung kenapa tiba2 Pak Lah begitu di gemari oleh orang Cina dan begitu juga dengan keluarga (karpal) singh. Sehingga melenting2 kepada Tun Dr Mahathir . Kenapa ya?

Have anyone sent U sajak lately? LIKE THIS ....

penyajak gombak appears to be offline and will receive your messages after signing in. You can also send a message to penyajak gombak's mobile device.
Send an SMS Message (Ctrl+T)

penyajak gombak: You are a classical piece of music
Who soothes a weary mind
An angel truly enchanting
Mesmerising indeed ,
rather captivating…
And in my heart..
I celebrate your very presence

Penyajak Gombak , thank you for the sajak but i dah malas nak evaluate it so no more ok.

Friday, April 18, 2008

Salah TEMPAT bertanya

Anak ku dapat Matrik di Gopeng, Perak.ALHAMDULILLAH.

Kawan aku Lah(Fadhilah) yang anak2nya masih kecil (kerana lewat kahwin) minta petua macamana nak didik anak jadi pandai dari aku?????

oooops ,KAU DAH SALAH ORANG LAH membe....

Sepatutnya dia kena minta petua dari Loma (bakal PHD ) yang mempunyai 10 orang anak, Dee sekarang sudah jadi CEO ( anak balik dari UK sebagai accountant) ,Faridah (bakal PHD) dan anak akan balik sebagai dokter dan terakhir yang kami dengar ialah Naimah yang anak sulungnya akan ke Jepun ( straight As)dan anak keduanya juga dapat 10 A1 dan menunggu permohonan ke Rusia jika berjaya.

Tapi aku bagi juga tips cara anak2 aku belajar hehe...kalau dia nak follow atau sekadar buat renungan.

Aku tak mengharap anak2 ku jadi si genius Sufiah Yusof here.Aku kagum dengan pencapaian anak2 ku walaupun tak lurus walau ramai orang kata pelajaranlah yang dapat mengubah nasib seseorang tapi aku juga nampak bukan semua orang yang kaya itu berpelajaran tinggi. Penjual cendol kadang2 lebih kaya dari si pemegang Sarjana!

Di sini aku pegang kata2 adik ku LINA....kita bagi anak kita pelajaran tetapi at the same time kita ajar mereka guna pelajaran itu untuk melakukan perniagaan bukan untuk makan gaji....

Thursday, April 17, 2008

Personal Message/ personal views

Orang yang di maksud kan dalam link di bawah ialah AKU.

http://mardhee.multiply.com/journal/item/190/Personal_msg

mardhee
mardhee wrote on Apr 14
stanza,

Gejala sosial dan politik saling berkaitan, kawan kita ini aku rasa seorang yang percaya kepada teori konspirasi nak jakikan orang Melayu sebab dalam Quran pun ada sebut, Yahudi dan Nasrani ini tidak akan redha kalu kita tak ikut cara mereka.

Aku pula fikir, memanglah lifestyle the rich and femes dan orang non-muslim dia berpeluk bercium, clubbing itu sebahagian dari gaya hidup mereka, tanda kasih sayang. Cuma anak-anak Melayu, yang innocent yang mau kelihatan uptodate, "la fame la chic" mau diterima senang terjebak dengan gejala yang menyimpang dari tatasusila orang Melayu. Sedangkan orang the rich & fames pula kalau boleh mau tinggalkan clubing, mau serba sederhana, tenang, teratur beradab lagi bersopan santun.

Kesimpulannya dah bini pembesar kita sendiri, tak tau malu lebih bollywood dari artis bollywood, anak-anak mereka clubbing sakan, macam mana kita nak kata politik tidak ada kena mengena dengan masalah sosial yang melanda umat hari ini? Dulu ada nampak Siti Hasmah berpeluk cium dengan artis lelaki? Pendek kata, POLITIK saling berkaitan fikrah dan akhlak. Kalau pemimpin rosak akhlaknya, rosaklah akhlak umat. Oleh itu walau pada mulanya aku rasa kawan aku ini meracau, mengarut-ngarut, tapi setelah lama kami berkomunikasi aku berpendapat kebimbangan kawanku sangat berasas dan patut diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Jangan fikir senang masa kini, tanpa memikirkan masa depan anak-anak kita.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
PANDANGAN:
Petang tadi kami (aku, suami dan anak) pergi ke Batu Bahat untuk mengambil MyV ....sementara suami menaiki nya dengan David Si Salesman...aku dan anak menunggu di bangku yang terletak dalam Carrefourre (?) , macamana ejaaannya huh? Dan ketika duduk2 melopong tulah datang seorang laki2 Melayu umur linkungan 30han datang memberi salam dan minta duduk di sebelah. Sambil minta izin untuk bertanya pendapat....

Dia dari Takaful ,soalannya mudah sahaja apa pendapat kami dengan insuran hayat/nyawa. Kami dua2 sepakat mengatakan ikut hukum dah pernah di jatuhkan berdosa atau haram. Saya siap bagi pandangan lebih elok di namakan insuran kemalangan atau kecederaan.Kalau insuran nyawa orang malas nak beli kerana dia terpaksa mati dahulu baru dapat insuran.

Oleh kerana dia sekadar nak dengar pendapat so macam2 pendapatlah yang aku beri...Akhirnya rumusan ku memang wajar setiap orang menyedari akan pentingnya mempunyai insuran...tetapi setakat ini tidak ada insuran yang benar2 ikhlas mahu membantu orang yg memerlukan .

Contohnya...orang tua lah yang amat memerlukan rawatan doktor kerana mereka tidak lagi kuat dan tambah malang mereka tidak lagi mampu mencari rezki..tetapi orang2 ini lah yang enggan di terima oleh penjual insuran begitu juga dengan orang yang berpenyakit. Kalau ada pun harga polisi insuran menjadi terlalu tinggi.

Dan kataku lagi sebagai pengguna atau pembeli kami mahu yang terbagus...rata2 salesman akan berjanji manis sebelum dapat menjual kemudian setelah berjaya menjual janji hanya tinggal janji dan ini akan menjauhkan pembeli dari penjual.Lebih banyak rangkaian klinik2 pakar dengan Takaful lebih bagus.

Akhirnya sebagai penutup aku memberitahunya yang aku tidak bekerja tetapi jawabnya dia berpuas hati kerana pendapat ku sangat bernas dan dia akan cuba ketengah kan untuk membaiki lagi kekurangan yang ada.

Wednesday, April 16, 2008

Kisah Sang Kelembai

Ini bukan kisah dongeng dulu2 mengenai Sang Kelembai yang amat di takuti oleh orang2 Melayu purba kala termasuk semasa aku kecil2 dulu.Orang2 Melayu dulu takut sangat kena sumpah jadi batu...kenapa BATU? yang selalu di jadikan bahan sumpahan orang2 Melayu...mengapa tak jadi kayu ke air ke...Ingat cerita Si Tanggang?

Ini bukan cerita Sang Kelembai yang boleh tegur orang dan jadi batu..ini blog Sang Kelembai yang di tuduh menerima satu juta RM kerana memohon maaf dan mencium tangan Pak Lah, the Perdana Menteri.

Hmmmm...awat sikit sangat..kalau tak salah orang DAP dapat tawaran berkali2 ganda tetapi menolaknya...sampai berpuluh2 milion...Kalau Sang Kelembai dapat itu rezki dia...dan sekadar nak mohon maaf dan cium tangan ,macam pucuk di cita ulam mendatang.DOSA terhapus DUIT dapat ....

Aku pun tak paham dengan orang PR ni....kenapa marah2 kat dia sebab mohon maaf dan cium tangan Pak Lah...sekurang2 dia gentlemanla berani minta maaf .Yang lain2 tu berani ke atas nama Islam.

Aku adalah salah sorang pembaca setia kolumnya dari dia kena buang kerja lagi..tugas nya ialah menegur Pak Lah begitu juga bekas PM yang dulu. Mision nya hampir selesai...SO ? Dia bukan penyokong PR dia adalah UMNO.

Alasannya dah di tulis dalam blognya sila baca dan di sini aku juga akan melakukan yang sama walaupun tak dapat satu sen pun!

Friday, April 11, 2008

CERITA MERAPU



INI LAGI SATU CERITA MERAPU YANG AKU DENGAR ! ADA KE PATUT ADA ORANG MENULIS YANG PENJUAL2 GORENG PISANG DI TEPI JALAN TU AKAN MASUK KAN BOTOL PLASTIK DALAM MINYAK YANG PANAS SEBELUM MENGGORENG. iNI KATA MEREKA ADALAH PETUA UNTUK MEMBUAT MAKANAN TU RAPUH DAN TAHAN LAMA....MASUK AKAL TAK?

dULU AKU DENGAR PENJUAL CENDUL AKAN MASUKKAN KAKI LIPAS ATAU CACING UNTUK BAGI CENDUL TU TAHAN LAMA DAN SEDAP DIMAKAN. nAK MENYEDAPKAN CERITA ADA PULA TOKOK TAMBAH YANG SI ANU ATAU SI POLAN PERNAH TERNAMPAK KAKI LIPAS ATAU CACING DI DALAM CENDUL YG DIMAKANNYA. KALAU AKU JADI SI POLAN SIAP SAMAN PENJUAL TU KERANA TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN.

PERNAH JUGA AKU DENGAR SUATU KETIKA DULU KUAH LAKSA NAK BAGI PEKAT MASUKKAN TISU PAPER...NASIB BADANLAH SIAPA YANG TERMAKAN ..TISU PAPER BERASAL DARI POKOK DAN POKOK MUNGKIN TAK MEMUDARATKAN KESIHATAN SANGAT TETAPI KALAU BENAR BOTOL PLASTIK DI GUNAKAN DAN DI MAKAN OLEH KITA LAGI LE MALANG KERANA PLASTIK ADALAH BAHAN CHEMICAL YANG BERACUN...SEKARANG NI MACAMANA NAK DAPATKAN BUKTI YANG SAHIH KALAU TAK ADA BUKTI IA DIA ANGGAP SEBAGAI FITNAH DAN MEROSAKKAN MATA PENCARIAN PENIAGA2 KECIL.

wALAU PUN AKU KURANG YAKIN DENGAN CERITA2 DI ATAS ,AKU MEMANG BERHATI2 APABILA MEMBELI KUIH YANG BERGORENG. kALAU KU LIHAT MINYAKNYA TERLALU HITAM DAN BERBAU...AKU AKAN ELAK DARI MEMBELI.

Wednesday, April 09, 2008

PANTANG

Semalam Negeri Johor cuti umum sempena Hari Kelahiran Sultannya. Satu hari kami tak kemana2.
Suami janji nak bawa makan di luar tetapi sampai pukul 8 malam pun dia masih tak angkat punggongnya dari depan komputer. Sedangkan perut kami dah lapar so apa lagi kami pun ke dapur buka tudung periuk.Gulai ikan masin dengan nenas memang kegemaranku.

Baru beberapa suap ..kedengaranlah suamiku mengarah , " goreng nasi untuk abah, ma!"

Semalam aku masuk tidur awal .

Hari ini aku lewat ke gym kerana anak ku Qayum mahu keluar sama. Ada janji dengan kawannya nak tenguk wayang. Mana ada cerita yang bagus kebelakangan ni komen ku. Macam tak ada modal je nak bikin filem. Macam filem Jumper dan Vantage Point tu...rugi duit dan masa je tenguk filem yang tak ada apa2 kesan 'keseronokan'(kan tenguk wayang untuk seronok2). Habis cerita bersungut2 lagi adalah!

Hari ini di tempat gym banyak lagi muka baru dan mostly Chinese. Aku masih the only one Malay. Bukan itu saja orang India pun dah mula ramai. Aku tercari2 jawapan KENAPA bangsaku kurang datang ke gym.

Kalau di swimming pool hari itu persoalan yang sama di lontarkan kepada kami oleh Life Guard di situ . katanya ,"orang Melayu kurang betul yang tahu berenang." Aku mungkin ada jawapan untuknya dan telah menulisnya dalam entry yang lepas.

Tetapi di sini untuk exercise ? Teringat kata2 kawan ku Amizah sewaktu kami sama2 menghantar anak ke English Tuition Centre di Kuching.

"Orang2 Melayu memang kedekut nak keluarkan duit untuk anak2 tuition , berhabis duit untuk melaram rumah mereka boleh. Tenguk bangsa Cina dengan kereta buruk pun mereka sanggup hantar !"

Sebenarnya kritikan itu di tujukan khusus kepada suaminya ..yang tidak mahu keluarkan duit untuk bayaran tuition anak2 mereka.

Apakah faktor kewangan? Ada setengah ibu bapa masih berkira2 kerana di zaman mereka juga begitu terbiar jadi kenapa mereka mesti melabur duit kepada anak2 mereka pula. Ada juga yang berpendapat apabila anak2 berjaya kelak mereka akan tinggal berasingan ,tidak akan membela orang2 tua malahan akan mempunyai keluarga sendiri...Apakah atas sebab2 inikah mereka tidak mahu mengorbankan sedikit duit mereka kepada anak2 sendiri ?

Apapun aku bersyukur kerana suamiku mengambil berat tentang pelajaran dan kesihatan aku dan anak2. Pantang dia kalau aku dan anak2 bodoh. Pantang dia juga kalau aku dan anak2ku gemuk. Yang peliknya dia tak berpantang untuk dirinya sendiri.

WAY to FIGhT CaNCeR

Do not eat these mini lobsters.

These mini crustaceans are literally the garbage cleaners in the sewage treatment plants.

The ' dirtier ' the water, the fatter these mini lobsters
become.

Their lungs are full of worms and their flesh saturated with poisonous metals.

Unscrupulous merchants somehow found a way to get these marketed to eateries.

Do not order this dish. Pass this to those friends who may want to try these mini ' lobsters ' .


============ ========= ========= ========= ========= ======


AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO TRY (TRY THE KEY WORD) AND ELIMINATE CANCER, JOHN HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY.


1. Every person has cancer cells in the body.These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size.

2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime.

3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumors.

4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.

5. To overcome the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system.

6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly growing cancer cells and also destroys rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastro-intestinal tract etc, and can cause organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc.

7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells, tissues and organs.

8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumor size. However prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumor destruction.

9. When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune system is either compromised or destroyed, hence the person can succumb to various kinds of infections and complications.

10. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites.

11. An effective way to battle cancer is to starve the cancer cells by not feeding it with the foods it needs to multiply.

CANCER CELLS FEED ON:

a. Sugar, is a cancer-feeder.

By cutting off sugar it cuts off one important food supply to the cancer cells. Sugar substitutes like Nutrasweet, Equal, Spoonful, etc are made with Aspartame and it is harmful. A better natural substitute would be Manuka honey or molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white in colour. Better alternative is Bragg's aminos or sea salt. ( THE WEST MADE US 2 CHANGE FROM SEA 2 WHITE IODISED SALT )

b. Milk causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer feeds on mucus .

By cutting off milk and substituting with unsweetened soya milk cancer cells are being starved.

c.. Cancer cells thrive in an acid environment.

A meat-based diet is acidic and it is best to eat fish, and a little chicken rather than beef or pork. Meat also contains livestock antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful,especially to people with cancer.

d. A diet made of 80% fresh vegetables and juice, whole grains, seeds, nuts and a little fruits help put the body into an alkaline environment. About 20% can be from cooked food including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and reach down to cellular levels within 15 minutes to nourish and enhance growth of healthy cells. To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice (most vegetables including bean sprouts) and eat some raw vegetables 2 or 3 times a day. Enzymes are destroyed at temperatures of 104 degrees F (40 degrees C).

e. Avoid coffee, tea, and chocolate, which have high caffeine.

Green tea is a better alternative and has cancer-fighting properties. Water- best to drink purified water, or filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water. Distilled water is acidic, avoid it.

12. Meat protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested meat remaining in the intestines become putrified and leads to more toxic buildup.

13. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body's killer cells to destroy the cancer cells.

14. Some supplements build up the immune system (IP6, Flor ssence,Essiac, anti-oxidants, vitamins,minerals, EFAs etc.) to enable the body's own killer cells to destroy cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apoptosis, or programmed cell death, the body's normal method of disposing of damaged, unwanted, or unneeded cells.


15. Cancer is a disease of the mind,body, and spirit. A proactive and positive spirit will help the cancer warrior be a survivor. Anger, unforgiveness and bitterness put the body into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to relax and enjoy life.

16. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily, and deep breathing help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another means employed to destroy cancer cells.

PLEASE READ ON

1. No plastic containers in micro.

2. No water bottles in freezer.

3. No plastic wrap in microwave.

Johns Hopkinshas recently sent this out in its newsletters. This information is being circulated at WalterReedArmyMedic alCenteras well. Dioxin chemicals causes cancer, especially breast cancer.

Dioxins are highly poisonous to the cells of our bodies. Don't freeze your plastic bottles with water in them as this releases dioxins from the plastic. Recently, Dr. Edward Fujimoto,
Wellness Program Manager at CastleHospitalwas on a TV program to explain this health hazard.

He talked about dioxins and how bad they are for us. He said that we should not be heating our food in the microwave using plastic containers. This especially applies to foods that contain fat.

He said that the combination of fat, high heat, and plastics releases dioxin into the food and ultimately into the cells of the body.

Instead, he recommends using glass, such as CorningWare, Pyrex or ceramic containers for heating food.

You get the same results, only without the dioxin. So such things as TV dinners, instant ramen and soups, etc., should be removed from the container and heated in something else. Paper isn't bad but you don't know what is
in the paper. It's just safer to use tempered glass, CorningWare, etc. He reminded us that a while ago some of the fast food restaurants moved away from the foam containers to paper. The dioxin problem is one of the reasons.

Also, he pointed out that plastic wrap, such as Saran, is just as dangerous when placed over foods to be cooked in the microwave. As the food is nuked, the high heat causes poisonous toxins to actually melt out of the plastic wrap and drip into the food. Cover food with a paper towel instead.

Monday, April 07, 2008

The next Destination ,TIOMAN.

Lepas ke Krabi minggu lepas suami tiba2 je nak ke Pulau Tioman...dia dapat tahu kalau nak snorkling sepuas2nya tak payah pergi jauh2. Ke Pulau Tioman pun dah cukup.

Dari Kluang ke Mersing ambil masa lebih kurang sejam saja tetapi dari jeti Mersing ke pulau hampir 2 jam..mungkin bot yang di bawa tak laju sangat.Tambang pergi balik ialah RM 70 sekepala.

Di jeti kami hampir terpedaya dengan orang jual tiket tu yang cuba mengaturkan di mana kami harus turun dan menginap. Dia cadangkan kami turun pada pengkalan yang kedua kemudian dari situ kami boleh menyewa bot atau texi untuk kemana2...tetapi bila saya tanya di mana pengkalan untuk orang scuba diving dan tenguk batu karang jawapnya pengkalan yang akhir.Alasannya mudah kami akan ada lebih masa kalau turun awal sedangkan antara satu pengkalan dengan pengkalan yang lain tidak lah mengambil masa yang lama jika dibandingkan dari tanah besar iaitu Mersing.

Pulau Tioman tidak lah seindah pulau2 di Krabi tetapi spesis ikan2 yang berada di tepi2 pantai terutama di pengkalan Sanglang lebih banyak dan cantik dari di Krabi.Kami tidak pergi ke pulau2 yang memang terkenal dengan batu karang dan hidupan2 lautnya.Insyaallah lain kali.



Saturday, April 05, 2008

Balasan to Entry didicated Khas To Me

Dalam blog anak dara ku tertulis satu entry yang di tujukan khas buat ayah ibunya...aku anggap entry itu sebagai satu luahan untuk minta duit belanja lebih yang baru2 ini pun telah dilebihkan oleh abahnya.

Entry dedicated khas kepada ibu bapa saya.

Item


Price

Meals (RM10 per day)


300

Groceries (cofee, cereals, fruits etc)


30

Stationeries (A4 ppr, printer ink etc)


20

Sanitary Pad


7

Movie on Wednesdays


5

Toner


10/2=5

Moisturizer


10/2=5

Acne gel


8/2=4

Shampoo


14/2=7

Facial Cleanser


16/2=8

Shower foam


8/2=4

Ubat gigi


5

Laundry


10

Jalan Jalan (duet minyak, fast food etc)


20

Jumlah


430



Ni baru jumlah wajib. Belum masuk bab bab emergency contohnya ternampak baju comel on sale etc. Or mengidam makan roti pisang di tengah malam buta lalu pergi ke mapley. Or tiba tiba haus di tengah hari lalu membeli teh O ais kat mapley bawah apartment tu. Or nak potostet nota itu nota ini. Or makan terlebeh amek lauk lalu dicharge more than rm5. Rm5 per meal. Twice a day lunch and dinner. Tak masuk breakfast minum petang and supper tu. Tu belum masuk kalau beli a piece of buah betik sekali tu. Da tambah lagi 8 kupang. And kalau tetiba teringin nak makan fast food KFC ke kenny rojers ke ape kan da cikai cikai pun rm20. Belum masuk kes kes emegency spt bila membe lupa bawak duet gi makan ke ape. And most importantly kewujudan anasir anasir jahat yang tak malu pow duet orang. Tak masuk kalau laundry hantar cadar kena extra charge so mahal sikit. Tak masuk banyakk lagi perkara penting yang remeh temeh yang lain lain.



Btw, tadi pergi jusco. Singgah kat biotherm since amoi kawan kiterang pomot menedealah itu. And since my skin health condition adalah sangat lah deteriorating dengan lebih extreme eversince i tidak period selama 4 months dulu tu, and since also i desperately needs something that can help my skin, i pun hamek lah itu cleanser oil. Sebabbbbb, dia testing cuci tangan saya kan, guna oil+deep cleanser dia kan, pastu dia suruh compare with my other hand, memang sangat berbezaaaa yknow the colorrr. Homaigoddd selama aku hidup ini bayangkan i go to bed every single day dengan kulit muka yang rupanya basuh tak bersih. Erghhh. I thot setakat pakai compact powder basuh guna cleanser sudeyy la kan. Rupa rupanya tidakk nokssss. Erghh no wonder i always ada breakouts every now and then. Nasib baek bukan jerawat batu gedabak gedabak tu. Erghhhhh. Lari bajet dow.



Ini pula e mail yang aku terima dari kawan ku Saodah yang aku anggap boleh menjawap luahan rasa anak daraku itu dan anggaplah ia luahan hati di sebelah pihak pula.

Can A Family Man With Salary RM3,000 Survive In Malaysia...!

Can a family man with SalaryRM3,000survive in Malaysia
Let's do some simple calculations here.

In Malaysia, the average family income isRM3,000 /month
(where father works, mother doesn't).

I understand there are many families whose
monthly income does not reach RM3,000,
but, to make things simple,
let's take RM3,000as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has
Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ....
(I have 5 children including her)
Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)
With air cond ,water heater and others...RM200 to 300
Phone bill ( Telekom): RM100
Telekom masuk stremyx RM 200 , Digi RM 500
Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)
Mama not working so not hard up for happy meals everyday....i put it RM 20 /day marketing.
Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 ... can eat what?)
Papa minum teh tarik once in a while but his rokok is 3 kotak /day
Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)
paying for Naza mpv, satria 2nd hand and soon My V ...RM 2000
Petrol (living in city, traffic-jam):RM300
(go to work, bring son to school,
only can afford one car running)
Petrol to and fro 10 km Kluang town RM 10/day tak masuk yang keluar dari Kluang Town. Average RM 600.
Insurance: RM650
(kids, wife and myself)
3 Car Insurance and road tax plus two motor cycles all papa has to pay yearly so divide by twelve months.
House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs,
retired still have to work to pay!)
Luckily has finished paying but still has to pay RM 591 to Islamic bank.
Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don't think so)
Tuition adik and his asrama fees plus duit belanja RM 120
Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)
RM 400 x 3(children) tak masuk duit bayar tempat tinggal.Soon another one will go to college..so kena add another 400 lor.
School fees: RM30
(enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)
Adik saja RM 100 plus mama n papa another RM 300 (termasuk makanan rabbits n Pushie)
Oh wait!!! I have to stop here, so...
No Astro, Astro RM 89
no movie @ cinema, RM 30 campur pop corn.
no DVD,
no CD,
no online,
cannot KFC,
cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive),
no chit chat on phone with grandparents, and etc...
GYM RM 75
Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit!RM3,610already...

EPF belum potong, income tax lagi........oledi RM3,610 ....

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study?
Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month!!!
What is this? Inilah Malaysia Boleh...Sorry... it should beMalaysians Boleh, because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

Ok lets say abah's income more than that...let say time by 3 la...even though abah dont has three houses but abah still has 2 cars to pay and will add one more end of this month cos MPV melantak too much petrol. For 100 phone bill is very2 cheap , abah is paying Telekom average 200 for its internet line and average RM 500 for Digi family pack post paid.Lain2 list seperti di atas .

So i hope no more demand2 to increase duit allownce...the only think you can do is to ikat perut kuat2 so you will become slimmer and sexier :p

Thursday, April 03, 2008

WANITA SIAM



Sekali pandang wajahnya sama seperti wanita Melayu...tetapi dia adalah wanita Siam yang tinggal berdekatan dengan Fishing Bay,Krabi.Dari pemakaiannya memang mudah untuk kita teka bahawa dia seorang Muslim malangnya dia tidak pandai berbahasa Melayu atau Inggeris...kami cuma dapat bertukar salam dan senyum...dan perkataan 'kap kun kap' di ucapkan sebagai tanda terima kasih.

Entry yang lepas aku yang bertajuk gambar2 di Krabi terpaksa di tukar kerana ia telah mengundang comments yang di hantar melalui e mail dan mengandungi virus .Nama seperti Dumuro dan Dunh telah di gunakan dengan perkataan Security Central please click here. Ada le tu manusia yang bencikan nama Krabi sehinggakan sesiapa yang tulis tajuk Krabi akan dihantar virus.

Wednesday, April 02, 2008

Gambar2 kenangan



Saya suka permandangan di atas ...batunya seperti tempat singgahsana macam cerita fantasi the little mermaid..boleh duduk2 sambil melihat panorama yang indah ...dan sedang kami syok duduk2 dan sembang2 tiba2 terasa kaki kami kena gigit.Apa lagi kami pun cabut le..mungkin anak2 ikan tu tak suka dengan kehadiran kami di tempat mereka.




Gambar ni pula baru sampai kedarat di salah sebuah pulau...waktu untuk bersalai atau sun bathing. Waktu ini memang ketara ..orang2 Asia akan cari tempat teduh sambil pakai topi besar manakala orang2 putih akan berbaring di bawah cahaya matahari. 20 minit meniarap 20 minit menelentang!



Selepas rehat2 di tempat redup kami mula meredah air untuk sejukkan badan.



Mmm sempat lagi photographer panggil nama kami untuk tangkap gambar...so apa lagi kami pun posing le dalam air.



Ketika di dalam bot laju sebelum sampai ke tepi pantai.Masa pergi masih ok ..bot laju belum lagi melambung2 tetapi ketika balik ...kami ,termasuk perempuan Thai yang kahwin dengan orang putih tu terjerit2 tiap kali bot ini melambung di pukul ombak !

Tuesday, April 01, 2008

PENGALAMAN snorkling di KRABI




Alhamdulillah aku dan anak2 selamat pulang dari Krabi Thailand dan sampai ke rumah betul2 pukul 12 malam semalam.

Satu perkara penting yang mesti aku ingat bila pergi makan angin di tempat baru ialah Persediaan yang betul! Krabi satu distinasi yang menarik , mengembirakan tetapi satu perkara yang aku tidak ketahui ialah cuaca nya yang panas dan udaranya yang bearkuap tanpa angin.

Krabi terletak di tepi Laut Andaman...cuacanya amat panas... bertudung tebal dan memakai pakaian yang bahan nya di buat dari kain tebal amatlah tidak sesuai. Muka dan badan akan cepat terasa melekit walaupun baru saja lepas mandi.

Percutian kami selama 4 hari tiga malam di sana sebenarnya tidak mencukupi untuk pergi ke semua lokasi pelancungan..tetapi pengalaman snorkling menakjubkan. Seperti pengalaman pertama aku meluncur dari ketinggian tahap gila semasa di A Farmosa sehingga mendapat pujian tahap KAGUM dari suami ku yang memang jarang memuji begitu juga lah dengan snorkling. Bezanya snorkling dengan orang putih yang terer2 membuatkan aku nampak memang bodoh.

Aku yang memang tak pandai berenang dan tak pernah terjun ke laut dalam telah di beri galakan tahap DEWATA oleh anak perempuanku untuk pergi snorkling. Alasannya yang boleh menusuk kepala hotakku ialah bila katanya, tak ade undang2 mengatakan orang snorkling kena pandai berenang...dan kedua kanak2 pun boleh snorkling dengan memakai pelampung!

Then i agreed and then i knew...its not that easy!

Kami sebenarnya di bawa naik speed boat yang berkelajuan kereta racing dan berhenti di 4 buah pulau yang terdapat di sekitar perairan .Nama2 pulau seperti Phi phi ,rhiley, bamboo(yang kami nampak banyak pokok rhu bukan pokok buluh) dan pulau ayam dalam bahasa Malaysia nya. 3 location kami akan berhenti snorkling untuk melihat ikan dan batu2 karang , satu pulau lagi berhenti untuk BERSALAI (sun bathing) dan di Pulau Phi phi untuk lunch.

PENGALAMAN ku;
>Masalah pertama ialah aku tidak biasa bernafas melalui mulut sahaja .Tetapi sewaktu snorkling aku kena pakai cermin mata yang ada penutup hidung. Aku tak boleh bernafas melalui hidung tetapi kena bernafas melalui mulut ketika snorkling.

>Masaalah kedua cara memakai google dan life jaket mestilah kemas dan betul.Aku kena tahu cara nak gigit dan kebam corong palstik supaya air tak masuk dan aku tak tertelan air laut!Dan jaket keselamatan pula ada 3 saiz dan tali pengikatnya ada khusus untuk diikat di bawah kelangkang yang aku tak tahu guna.

>Masaalah ketiga ialah kena jangka apa yang akan berlaku bila dah masuk dalam laut!

PERCUBAAN PERTAMA AKU KANTOI!!!!!

Sebab2 kantoi ; Air terlalu dalam dan aku jadi panik ,jaket yang aku pakai tidak kemas dan badan aku seperti mahu terlentang .Goggle juga seperti tidak ketat dan nampak kelabu aku mula rasa sesak nafas sebab cara aku bernafas sangat2lah salah. Jadi badan aku tak bergerak kemana pun cuma terlekat kat tali sauh dan tangga speed boat dan aku terlalu takut terkena kipas bot atau termasuk bawah perut bot hingga aku menghalang orang lain untuk turun .Bila dapat capai je tangga aku terus minta diangkat naik.AKU PANIK TAHAP GABAN!

Setelah berbual dan berbincang dengan anak aku pun setuju turun snorkling di lokasi yang keadua. Cuba adibantu oleh anak dan suami...dalam hal ini suami langsung tidak membantu.Bila aku masih takut untuk menyelamkan kepala ku dia seperti fed up seakan2 mahu merejamkan kepalaku dengan paksa..and at this point i really hate him.

Apabila aku sudah mula dapat mengawal badanku di dalam air dan bernafas dengan betul melalui goggle..walaupun pelampung yang ku pakai sedikit longgar dan asyik naik ke bahagian kepalaku kerana tidak mengikat tali di bahagian celah kaki. Keyakinan diri ku mula pulih.

Aku berjaya snorkelling dan melihat keindahan ikan dan batu karang .Permandangan nya sungguh menakjubkan dan aku seperti bermimpi dapat bermain dengan ikan2 yang cantik.