Pages

Tuesday, April 29, 2008

ALLAH Tuhan Kristian?






Sebenarnaya saya dah lama nak menulis hal ini tetapi tak mempunyai masa yang sesuai..sebentar lagi saya mahu ke gym . Oleh kerana masih awal dan komputer belum di gunakan oleh sesiapa maka inilah peluang saya melepas geram.

Alhamdulillah, akhirnya penganut2 katholik percaya bahawa Allah SWT adalah tuhan yang Maha Suci lagi Maha Esa. Allah adalah nama Tuhan sejak dari Nabi Adam Alaihissallm lagi.


Oleh kerana pengkritik tidak di alu2kan mengkritik di lamannya oleh kerana katanya itu adalah lamannya dan pendapatnya ..maka saya sekadar meletakkan link dan memberi komen di halaman saya sendiri...


Pada mulanya saya meletakkan alamat blognya di link saya kerana meminati penulisannya tentang politik semasa dan perasaan saya sedikit pun tidak merasa tersentuh atau tercabar tetapi apabila bab agama menjadi topik nya saya mulai rasa seperti ada kebencian pada penulis tersebut sehingga nyaris2 saya mahu memadam link tersebut dari blog saya...



Tetapi entah tiba2 saya tertanya2 pada diri saya kenapa mesti padam, bukankah melalui penulisan nya saya dapat mengetahui isi hati penganut kristian ini....


Sila baca pendapat nya tentang Nama Tuhan ...





Dan saya hampir ketawa kenapa sekarang baru nak bubuh nama TUHAN....dan saya juga seperti nak bagi tahu semua penganut kristian lepas mengaku Allah itu tuhan mereka kerana memang itu lah yang di sebut sejak zaman Nabi Adam lagi ..saya ingin juga katakan pada mereka ...lepas ni tutup lah aurat seperti sisters/nuns zaman itu...kerana itu juga yang di sampaikan oleh Nabi Isa alaihisallam kepada pengikutnya.


Sebenarnya kami orang Islam tidak takut atau gentar dengan panggilan Allah sebagai Tuhan Ynag Maha Esa dan Maha Suci kerana kami sudah lama tahu bahawa Nabi Isa di turunkan membawa kitab suci Injil (bible) untuk kaumnya menyembah Allah SWT dan sekiranya penganutnya berada di jalan yang lurus maka tidaklah mereka mengaku Nabi Isa itu anak Tuhan.


Apa yang kami orang Islam Bencikan ialah tujuan dan Niat di sebalik propaganda untuk menamakan Tuhan mereka dengan Nama ALLAH...kenapa SEKARANG????? tidak sejak dulu lagi.
JAWAPANnya ada di sini....





Untuk orang2 Katholik...kami mempercayai Allah ,kami mempercayai Nabi Isa ....kenapa kamu tidak mempercayai Nabi Muhamad ...sedangkan Allah juga yang menjadikan dia sebagai pesuruh..atau messenger sama seperti Nabi Isa. Kenapa ambil kepala saja dan biarkan ekur melencung kelain!






No comments: