Pages

Friday, April 11, 2008

CERITA MERAPU



INI LAGI SATU CERITA MERAPU YANG AKU DENGAR ! ADA KE PATUT ADA ORANG MENULIS YANG PENJUAL2 GORENG PISANG DI TEPI JALAN TU AKAN MASUK KAN BOTOL PLASTIK DALAM MINYAK YANG PANAS SEBELUM MENGGORENG. iNI KATA MEREKA ADALAH PETUA UNTUK MEMBUAT MAKANAN TU RAPUH DAN TAHAN LAMA....MASUK AKAL TAK?

dULU AKU DENGAR PENJUAL CENDUL AKAN MASUKKAN KAKI LIPAS ATAU CACING UNTUK BAGI CENDUL TU TAHAN LAMA DAN SEDAP DIMAKAN. nAK MENYEDAPKAN CERITA ADA PULA TOKOK TAMBAH YANG SI ANU ATAU SI POLAN PERNAH TERNAMPAK KAKI LIPAS ATAU CACING DI DALAM CENDUL YG DIMAKANNYA. KALAU AKU JADI SI POLAN SIAP SAMAN PENJUAL TU KERANA TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN.

PERNAH JUGA AKU DENGAR SUATU KETIKA DULU KUAH LAKSA NAK BAGI PEKAT MASUKKAN TISU PAPER...NASIB BADANLAH SIAPA YANG TERMAKAN ..TISU PAPER BERASAL DARI POKOK DAN POKOK MUNGKIN TAK MEMUDARATKAN KESIHATAN SANGAT TETAPI KALAU BENAR BOTOL PLASTIK DI GUNAKAN DAN DI MAKAN OLEH KITA LAGI LE MALANG KERANA PLASTIK ADALAH BAHAN CHEMICAL YANG BERACUN...SEKARANG NI MACAMANA NAK DAPATKAN BUKTI YANG SAHIH KALAU TAK ADA BUKTI IA DIA ANGGAP SEBAGAI FITNAH DAN MEROSAKKAN MATA PENCARIAN PENIAGA2 KECIL.

wALAU PUN AKU KURANG YAKIN DENGAN CERITA2 DI ATAS ,AKU MEMANG BERHATI2 APABILA MEMBELI KUIH YANG BERGORENG. kALAU KU LIHAT MINYAKNYA TERLALU HITAM DAN BERBAU...AKU AKAN ELAK DARI MEMBELI.

No comments: