Pages

Wednesday, April 09, 2008

PANTANG

Semalam Negeri Johor cuti umum sempena Hari Kelahiran Sultannya. Satu hari kami tak kemana2.
Suami janji nak bawa makan di luar tetapi sampai pukul 8 malam pun dia masih tak angkat punggongnya dari depan komputer. Sedangkan perut kami dah lapar so apa lagi kami pun ke dapur buka tudung periuk.Gulai ikan masin dengan nenas memang kegemaranku.

Baru beberapa suap ..kedengaranlah suamiku mengarah , " goreng nasi untuk abah, ma!"

Semalam aku masuk tidur awal .

Hari ini aku lewat ke gym kerana anak ku Qayum mahu keluar sama. Ada janji dengan kawannya nak tenguk wayang. Mana ada cerita yang bagus kebelakangan ni komen ku. Macam tak ada modal je nak bikin filem. Macam filem Jumper dan Vantage Point tu...rugi duit dan masa je tenguk filem yang tak ada apa2 kesan 'keseronokan'(kan tenguk wayang untuk seronok2). Habis cerita bersungut2 lagi adalah!

Hari ini di tempat gym banyak lagi muka baru dan mostly Chinese. Aku masih the only one Malay. Bukan itu saja orang India pun dah mula ramai. Aku tercari2 jawapan KENAPA bangsaku kurang datang ke gym.

Kalau di swimming pool hari itu persoalan yang sama di lontarkan kepada kami oleh Life Guard di situ . katanya ,"orang Melayu kurang betul yang tahu berenang." Aku mungkin ada jawapan untuknya dan telah menulisnya dalam entry yang lepas.

Tetapi di sini untuk exercise ? Teringat kata2 kawan ku Amizah sewaktu kami sama2 menghantar anak ke English Tuition Centre di Kuching.

"Orang2 Melayu memang kedekut nak keluarkan duit untuk anak2 tuition , berhabis duit untuk melaram rumah mereka boleh. Tenguk bangsa Cina dengan kereta buruk pun mereka sanggup hantar !"

Sebenarnya kritikan itu di tujukan khusus kepada suaminya ..yang tidak mahu keluarkan duit untuk bayaran tuition anak2 mereka.

Apakah faktor kewangan? Ada setengah ibu bapa masih berkira2 kerana di zaman mereka juga begitu terbiar jadi kenapa mereka mesti melabur duit kepada anak2 mereka pula. Ada juga yang berpendapat apabila anak2 berjaya kelak mereka akan tinggal berasingan ,tidak akan membela orang2 tua malahan akan mempunyai keluarga sendiri...Apakah atas sebab2 inikah mereka tidak mahu mengorbankan sedikit duit mereka kepada anak2 sendiri ?

Apapun aku bersyukur kerana suamiku mengambil berat tentang pelajaran dan kesihatan aku dan anak2. Pantang dia kalau aku dan anak2 bodoh. Pantang dia juga kalau aku dan anak2ku gemuk. Yang peliknya dia tak berpantang untuk dirinya sendiri.

No comments: