Pages

Monday, April 07, 2008

The next Destination ,TIOMAN.

Lepas ke Krabi minggu lepas suami tiba2 je nak ke Pulau Tioman...dia dapat tahu kalau nak snorkling sepuas2nya tak payah pergi jauh2. Ke Pulau Tioman pun dah cukup.

Dari Kluang ke Mersing ambil masa lebih kurang sejam saja tetapi dari jeti Mersing ke pulau hampir 2 jam..mungkin bot yang di bawa tak laju sangat.Tambang pergi balik ialah RM 70 sekepala.

Di jeti kami hampir terpedaya dengan orang jual tiket tu yang cuba mengaturkan di mana kami harus turun dan menginap. Dia cadangkan kami turun pada pengkalan yang kedua kemudian dari situ kami boleh menyewa bot atau texi untuk kemana2...tetapi bila saya tanya di mana pengkalan untuk orang scuba diving dan tenguk batu karang jawapnya pengkalan yang akhir.Alasannya mudah kami akan ada lebih masa kalau turun awal sedangkan antara satu pengkalan dengan pengkalan yang lain tidak lah mengambil masa yang lama jika dibandingkan dari tanah besar iaitu Mersing.

Pulau Tioman tidak lah seindah pulau2 di Krabi tetapi spesis ikan2 yang berada di tepi2 pantai terutama di pengkalan Sanglang lebih banyak dan cantik dari di Krabi.Kami tidak pergi ke pulau2 yang memang terkenal dengan batu karang dan hidupan2 lautnya.Insyaallah lain kali.



No comments: