Pages

Tuesday, April 01, 2008

PENGALAMAN snorkling di KRABI




Alhamdulillah aku dan anak2 selamat pulang dari Krabi Thailand dan sampai ke rumah betul2 pukul 12 malam semalam.

Satu perkara penting yang mesti aku ingat bila pergi makan angin di tempat baru ialah Persediaan yang betul! Krabi satu distinasi yang menarik , mengembirakan tetapi satu perkara yang aku tidak ketahui ialah cuaca nya yang panas dan udaranya yang bearkuap tanpa angin.

Krabi terletak di tepi Laut Andaman...cuacanya amat panas... bertudung tebal dan memakai pakaian yang bahan nya di buat dari kain tebal amatlah tidak sesuai. Muka dan badan akan cepat terasa melekit walaupun baru saja lepas mandi.

Percutian kami selama 4 hari tiga malam di sana sebenarnya tidak mencukupi untuk pergi ke semua lokasi pelancungan..tetapi pengalaman snorkling menakjubkan. Seperti pengalaman pertama aku meluncur dari ketinggian tahap gila semasa di A Farmosa sehingga mendapat pujian tahap KAGUM dari suami ku yang memang jarang memuji begitu juga lah dengan snorkling. Bezanya snorkling dengan orang putih yang terer2 membuatkan aku nampak memang bodoh.

Aku yang memang tak pandai berenang dan tak pernah terjun ke laut dalam telah di beri galakan tahap DEWATA oleh anak perempuanku untuk pergi snorkling. Alasannya yang boleh menusuk kepala hotakku ialah bila katanya, tak ade undang2 mengatakan orang snorkling kena pandai berenang...dan kedua kanak2 pun boleh snorkling dengan memakai pelampung!

Then i agreed and then i knew...its not that easy!

Kami sebenarnya di bawa naik speed boat yang berkelajuan kereta racing dan berhenti di 4 buah pulau yang terdapat di sekitar perairan .Nama2 pulau seperti Phi phi ,rhiley, bamboo(yang kami nampak banyak pokok rhu bukan pokok buluh) dan pulau ayam dalam bahasa Malaysia nya. 3 location kami akan berhenti snorkling untuk melihat ikan dan batu2 karang , satu pulau lagi berhenti untuk BERSALAI (sun bathing) dan di Pulau Phi phi untuk lunch.

PENGALAMAN ku;
>Masalah pertama ialah aku tidak biasa bernafas melalui mulut sahaja .Tetapi sewaktu snorkling aku kena pakai cermin mata yang ada penutup hidung. Aku tak boleh bernafas melalui hidung tetapi kena bernafas melalui mulut ketika snorkling.

>Masaalah kedua cara memakai google dan life jaket mestilah kemas dan betul.Aku kena tahu cara nak gigit dan kebam corong palstik supaya air tak masuk dan aku tak tertelan air laut!Dan jaket keselamatan pula ada 3 saiz dan tali pengikatnya ada khusus untuk diikat di bawah kelangkang yang aku tak tahu guna.

>Masaalah ketiga ialah kena jangka apa yang akan berlaku bila dah masuk dalam laut!

PERCUBAAN PERTAMA AKU KANTOI!!!!!

Sebab2 kantoi ; Air terlalu dalam dan aku jadi panik ,jaket yang aku pakai tidak kemas dan badan aku seperti mahu terlentang .Goggle juga seperti tidak ketat dan nampak kelabu aku mula rasa sesak nafas sebab cara aku bernafas sangat2lah salah. Jadi badan aku tak bergerak kemana pun cuma terlekat kat tali sauh dan tangga speed boat dan aku terlalu takut terkena kipas bot atau termasuk bawah perut bot hingga aku menghalang orang lain untuk turun .Bila dapat capai je tangga aku terus minta diangkat naik.AKU PANIK TAHAP GABAN!

Setelah berbual dan berbincang dengan anak aku pun setuju turun snorkling di lokasi yang keadua. Cuba adibantu oleh anak dan suami...dalam hal ini suami langsung tidak membantu.Bila aku masih takut untuk menyelamkan kepala ku dia seperti fed up seakan2 mahu merejamkan kepalaku dengan paksa..and at this point i really hate him.

Apabila aku sudah mula dapat mengawal badanku di dalam air dan bernafas dengan betul melalui goggle..walaupun pelampung yang ku pakai sedikit longgar dan asyik naik ke bahagian kepalaku kerana tidak mengikat tali di bahagian celah kaki. Keyakinan diri ku mula pulih.

Aku berjaya snorkelling dan melihat keindahan ikan dan batu karang .Permandangan nya sungguh menakjubkan dan aku seperti bermimpi dapat bermain dengan ikan2 yang cantik.

No comments: