Pages

Thursday, May 22, 2008

AIYAH

Lama tak menulis...pagi2 pergi gym(tahap ketagihan), balik memasak kemudian nak mandi dan solat .Bila free aje anak pula pakai ,malam bapak dia pula yang pakai. Apa nak buat komputer tinggal satu. OH ya pagi tadi terjaga pukul 5 sempat tenguk penalty antara MU dan CHELSEA je....

Itulah...bila petir nyambar degil sangat tak mahu tutup dulu , dah tu kena masuk klinik lagi, bukan sikit duit rawatannya sampai 900 ringgit dah lah komputer baru!

Semalam pun nasib baik lah bila kita bising2 sempat lah tutup yang satu ni sebelum kena sambar petir. Kalau tak barulah padan dengan muka semua orang.

Hari ni aku tak keluar exercise kalau aku rajin aku keluar tengahari nanti. Lepas aku dah puas baca blog orang baru aku jengah blog aku yang dah berkarat ni...

Ada a few things yang aku rasa menarik sangat nak tulis tetapi hampir2 ter lupa...contoh pasal moderate islam yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim dan juga seperti di bawah ni;

Pertama, Pasal Wan Azizah dalam paper agenda daily..bila beliau kononnya bertanya siapa yang meluluskan satu kontrak yang kononnya berbau rasuah tetapi beliau tak sedar waktu iti suaminya masih Finance Minister..yang ni aku rasa amat lah LUCU!
http://www.agendadaily.com

Kedua ,bila aku baca satu blog marah2 sebab semua barangan naik tetapi 'BARANG' dia je tak naik....mungkin tension kut!

Ketiga, bila banyak sangat wanita yang menasihati wanita supaya jangan percaya laki2 100%. Yang ini kes yang berulang2 kali aku dengar.Ini aku nak komen sikit je...wanita keselurahannya ada 2 jenis...jenis LEMBIK dan jenis KERAS. Kalau dah lembik tu lembik juga kau bagi lah petua banyak mana pun dia tetap macam tu.

Keempat pasal Dr Mahathir keluar dari UMNO....dan Pak Lah tak kisah. Suami pula marah2 kat Dr Mahathir ..bukan apa saham dia jatuh lagi! Anyway dividen dapat lagi lepas lah duit minyak dan tampung keperluan anak2.

Kelima , aiyah malasnya nak tulis......



Thursday, May 15, 2008

Yes i lost weight after 3 months sweating!

Yesterday i weighed 2.6 kg lesser than 3 months ago.Yup I weighed more than 72kg b4...then after a month plus going to the gym 4 the work out my weight was the same eventhough my shape looked slimmer.

This was due to my muscle built up , luckily i had read somewhere or else it would dampen my spirit.How stupid of me to think that i can lose weight in one solid week of exercising.


To see me at the gym premise click here.

Tuesday, May 13, 2008

ROH yang HIDUP

Alhamdulillah....beberapa hari lalu aku mempelajari sesuatu yang baru.

Pernah dengar orang membaca Talkin dan sedekahkan al Fatehah kepada orang yang meninggal dunia. Arwah akan di sebut dengan nama yang di bintikan nama ibunya...itulah ROH.

Maka dalam diri setiap manusia kita mempunyai jasad dan roh...jasad akan mati tetapi roh akan terus hidup... apabila jasad kita sudah mati maka kita di seru dengan nama yang berbintikan ibu kita.

Kenapa harus kita tunggu kematian untuk di bacakan Al Fatehah kepada roh kita sedangkan sekarang pun kita boleh membaca Al Fatehah untuknya. Niatkan saja sedekah Al Fatehah kepada diri kita yang berbintikan nama ibu kita.....

Nak Tunggu anak2 kita sedekahkan al Fatehah kepada roh kita bila kita meninggal nanti atau ,pasangan kita atau saudara kita ??? FIKIR2 KAN LAH>

Monday, May 05, 2008

ALFATEHAH untuk TAN SRI SM NASIMUDDIN


---------------SEbenarnya kematian beliauTan Sri Nasimuddin - More Than 6,000 Pay Their Last Respects

Sebenarnya kematian beliau adalah satu kejutan kepada ku yang amat sangat.

Aku juga berasa agak sedih kerana dia orang Melayu dan antara yang terkaya di Malaysia..walaupun aku ini siapa , tetapi tetap berbangga dengan kejayaan dan kekayaannya. Dulu aku juga pernah terkejut dan sedikit ralat dengan pemergian Tan Sri Yahaya yang juga orang Melayu terkaya di Malaysia ni....rasa seperti kehilangan sebahagian dari kekayaan orang Melayu yang aku dapat tumpang nama Melayu tu...mudah2an pengganti nya dapat menjaga harta peninggalan ARWAH dengan baik dan di jalan yang baik2.

Sementara itu aku juga tiba2 mengetip nama Tan Sri Yahaya dan apa yang aku dapat ialah seperti di bawah.

PERANCANGAN HALUS MEMBUNUH ANWAR. YA APAPUN HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.


--------------------------------------------------------------------------------------------------



LAST RESPECTS…Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi paying his last respects to Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin who died of lung cancer in Los Angeles (LA), in the United States (US) on Thursday. Pix: Syed Muhammad Zahid

KUALA LUMPUR, May 4 (Bernama) -- More than 6,000 people were at the Masjid Wilayah, Jalan Duta here to pay their last respects to Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin who died of lung cancer in Los Angeles (LA), in the United States (US) on Thursday.

The body of the founder and chairman of the Naza Group, which was flown from LA, arrived at the mosque grounds at 1.15pm accompanied by family members and close friends.

The body was later placed at the multipurpose hall of the mosque to enable dignitaries, corporate leaders and members of the public who had waited from 12 noon to pay their last respects to Nasimuddin.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was among those who paid their respects.

Others included former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, Federal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique, former Minister of Women, Family and Community Development Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, and former Science, Technology and Innovations Minister Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Officials and players from the Kuala Muda Naza football club were also among those who paid their respects.

Shortly after the body arrived, students from the Madrasah Sheikh Mohamad Salahuddin Al-Amin from Hulu Langat and Madrasah Al-Rahmaniah from Bukit Beruntung read the `surah Yaasin'.

At about 2.30 pm, the body was brought into the mosque for the funeral prayer.

The body was later taken to the Batu 9 Muslim Cemetery, Kampung Melaka, Hulu Langat where Nasimuddin was buried beside the grave of his mother, Salbiah Abdul Majid.

Nasimuddin, 53, died at a private hospital in Long Beach, LA where he was receiving treatment for lung cancer since January.

-- BERNAMA




Perancangan Halus Membunuh Anwar?

From: Ahli Firasat
Date: 24 May 1999
Time: 12:15:09

Comments

Dulu, mungkin tidak ada yang terfikir bahawa beberapa kejadian yang berlaku, yang melibatkan Anwar tidak ada kena mengena dengan perancangan pihak tertentu untuk menghapuskannya dari muka bumi ini. Kejadian sebuah helikopter TUDM yang bercadang membawa Anwar tetapi terhempas di Kedah dan membunuh kesemua krewnya beberapa tahun dahulu hanya dilihat sebagai kemalangan biasa sahaja. Begitu juga kemalangan helikopter yang meragut nyawa Tan Sri Yahaya Ahmad, seorang sahabat Anwar yang rapat dalam tahun 1996 dahulu, juga dikatakan kemalangan biasa. Walhal helikopter Augusta yang dinaiki oleh Allahyarham baru 9 bulan dibeli. Siasatan tragedi itu pula memakan masa setahun untuk diumumkan. Menurut ceritanya, Anwar dijangka menaiki helikopter tersebut bersama Allahyarham keesokkan harinya untuk melawat sebuah kawasan. Jika ditakdirkan ibu TS Yahaya tidak sakit kuat ketika itu dan memaksa pula TS Yahaya bergegas pulang pada malam itu juga ke Terengganu, kemungkinan besar Anwar esoknya Anwar akan menaiki heleikopter tersebut bersama TS Yahaya. Namun kuasa Allah s.w.t.mengatasi perancangan manusia. Anwar terselamat tetapi TS Yahaya dijemput Allah s.w.t. untuk mengadapNya terlebih dahulu. Firasat saya sebaik sahaja mendengar kemalangan yang menimpa TS Yahaya itu ialah....'perbuatan sabotaj'... Motif asalnya ialah untuk membunuh Anwar tetapi TS Yahaya yang menerima nasib malang tersebut.

Usaha untuk membunuh Anwar tidak tamat di situ sahaja. Selepas beberapa tahun daripada insiden TS Yahaya tersebut, perancangan rapi dan halus dibuat. Kali ini menggunakan serampang dua mata : membunuh imej dan maruah Anwar dan juga membunuh nyawanya. Namun Allah belum mentakdirkan nyawa Anwar melayang oleh perbuatan jahat mereka.

Tentu anda semua masih ingat insiden 20 September 1998. Penyerbuan pasukan komando ke atas rumah Anwar pada malam tersebut bukanlah kejadian kosong yang berlaku kerana untuk menghindarkan kejadian yang tidak diingini. Tetapi ianya merupakan kejadian yang memang DIINGINI supaya terjadi. Pihak perancang, dengan memperalatkan Rahim Noor Si Bapak Anjing Suruhan, telah merancang dengan begitu teliti dan sistematik sebelum Anwar diserbu. Harapan mereka cuma satu - Anwar melawan ataupun penyokong-penyokong Anwar akan bertindak balas secara ganas.

Apabila itu berlaku, peluru-peluru akan dimuntahkan dan Anwar ditembak mati. Keesokkan harinya, akhbar dan tv akan menyiarkan berita bahawa Anwar terbunuh akibat terkena tembakan dalam rusuhan ganas ketika pihak polis cuba memberkasnya. Namun, mereka kecewa lagi kerana pelan tersebut gagal dan digagalkan oleh Allah s.w.t. Allah tidak menggerakkan hati Anwar dan penyokong-penyokongnya yang beribu-ribu tersebut supaya melawan dan bertindak ganas. Perancang begitu kecewa !

Akibat gagal dengan pelan di No. 8, Jalan Setiamurni 1, perancang konspirasi, dengan memperalatkan sekali lagi si Bapak Anjing, mengarahkan supaya Anwar "diajar cukup-cukup" . Maka terjadilah apa yang telah terjadi....Anwar Si Mata Lebam, yang menjadi tontonan seluruh dunia. Niat asal si Bapak Anjing ialah untuk menghabisi riwayat Anwar, namun Allah belum mentakdirkan Anwar terbunuh oleh tangan-tangan jahat mereka. Sebab itulah Anwar dibiarkan pengsan semalaman dan tanpa rawatan selama 5 hari ! Jika rancangan Si Bapak Anjing pada malam 20 September 1998 itu berjaya, maka keesokkan harinya, akhbar dan tv akan menyiarkan secara besar-besaran berita - Anwar terbunuh dalam 'pergelutan' dengan polis....

Nampaknya mereka gagal lagi. Kesemua perancangan jahat mereka menemui kegagalan. Kali ini Anwar dipenjara selama 6 tahun. Suatu tempoh yang agak lama. Dalam penjara ini, para konspirator merancang lagi untuk membunuh Anwar. Kali ini secara amat halus....melalui makanan !! Racun ? Mungkin tidak. Caranya ialah dengan memberi makanan yang tidak berzat dan sedikit kepada Anwar. Memberi makanan tidak berzat bermakna mangsanya akan mengalami proses 'kematian' secara beransur-ansur untuk suatu tempoh yang agak panjang.Akhirnya Anwar akan menghidap penyakit kekurangan zat makanan dan beliau akan menderita sebelum akhirnya menemui ajal di dalam penjara. Tidak hairanlah jika kita lihat Anwar sekarang kurus kering tinggal tulang !!

HANYA ALLAH SAHAJALAH YANG MAMPU MENYELAMATKAN ANWAR !!



WANITA MELAYU BERANI !

Siapa kata wanita Melayu tak berani?

Di bawah hanya segelintir berita2 hangat mengenai wanita Melayu kita.


1)'I love being a call girl - I'm in control,' boasts fallen child genius

By JAMES TOZER - Last updated at 09:05am on 7th April 200Child prodigy Sufiah Yusof has long accused her "bullying" father of making her life "a living hell". Yesterday she took her revenge - and in brutal fashion.

The maths genius, who went to Oxford University at 13, spoke with shocking frankness about her new life as a £130-an-hour prostitute.

Instead of hiding after her sordid career was revealed in the media, she posed in underwear and high heels for a Sunday newspaper.




2) Latest drug smugglers detained,
Norfaizura Azura Md Lias, 28, and Dayang Sakienah Mat Lazim, 20, were detained in Malta for allegedly smuggling drugs.--
BERNAMA


3)

Sunday May 4, 2008 MYT 9:55:30 PM

Man accuses 'wife' of marrying another man

By R.S.N. Murali


KUALA TERENGGANU: A 63-year-old man has filed a case at the Syariah High Court here, saying his wife had married another man.

Wan Yusof Sulong claimed his Siti Fatimah, 47, had married an Indian national without his knowledge and seeking to nullify the illegal union.

Judge Sheikh Ahmad Sheikh Ismail yesterday ordered Siti Fatimah to stay separately from her new husband, Muhamad Abdullah @ Mahindar Singh, with whom she tied the knot two months ago at Binjai Bongkok, Marang.

Judge Sheikh Ahmad also set June 4 for the hearing of the case.

Wan Yusof claimed he had married Siti Fatimah, who is a widow with seven children, on Sept 19, 2005.

The wedding ceremony was solemnised in Besut and the marriage certificate authorised by Islamic Council of Songkla, Thailand.

However, their marriage was not registered in Malaysia and Wan Yusof wants to do so now.

He also admitted his relationship with Siti Fatimah has been strained over the last few months and never expected her to marry another man without a legal separation from him.

Wan Yusof from Manir here also alleged that Siti Fatimah, a keropok seller at Pasar Payang, had obtained the consent from Marang Religious Department to marry Muhamad Abdullah by producing the death certificate of her first husband.

Hujan

Hari ni selepas berbulan2 tak hujan dan mengalami cuaca panas melampau (akibat global warming), Allah merahmati bumi dengan hujan. Aku tadi tergesa2 dan terhegeh2 memasak di dapur sebab pukul 9.30 pagi nanti ada belly dancing . Lagi 15 minit aku cepat2 salin pakaian dan pakai tudung....aku yang tak sabar terjerit2 bagi tahu suami yang masih dalam bilik air yang aku kena pergi dulu...tup2 masa buka pintu dan nak pakai kasut sport ...nampaklah limpahan hujan dari langit..kalau dalam rumah tak perasan langsung!

Maka tergendalalah aktiviti ku pagi ini dan aku seperti biasa akan ke tempat meluah perasaan setia ni.

Aku cukup takut dengan hujan...walaupun ia hanya renyai2. Aku selalu tanya kenapa aku cukup alah dengan air hujan ..kata suami ph nya lain..banyak asid. Aku senang di serang selsema bila hari hujan...seingat aku cikgu biologi kata anti body badan orang yang diserang selsema tak kuat. Nak kata aku kurang Vitamin C rasanya dulu dah berbotol2 aku telan begitu juga buah limau...aku memang suka limau .....bila cerita kat kengkawan kata mereka tak eluk pula sebab nanti urat jadi asam....banyak asid gitu. Kalau 10 orang kata tak sama ,mana yang betul ni?

Walaupun aku takut terkena hujan aku memang mengalu2kan kedatangan nya...sebab aku dapat berlegar dalam rumah sambil pakai baju tebal yang berlengan panjang.Kalau tak aku hanya pakai T Shirt tanpa lengan .Kadang2 bila ada orang datang kelam kabut juga aku mencari baju yang boleh menutup aurat. Tambahan sekarang hormon ku tak menentu kadang2 aku boleh berpeluh walaupun di bawah kipas angin !

Pasal global warming ni ,macam2 petua mereka bagi tahu kita contohnya jangan buka banyak lampu , mati kan enjin kereta yang tak bergerak dan macam2 lagi tapi aku nampak yang paling ketara menyumbang kepada cuaca panas ialah letupan2 bom peperangan. Kemusnahan bangunan, jentera dan infrastructure ,kebakaran yang dasyat dan haba yang di keluarkan setiap kali senjata di bedil. Tetapi orang2 Barat tak akan mengaku ,mereka akan salah kan kita kerana menebang banyak pokok nak bina bangunan.

Apa2 pun mengaku sajalah....memang walau sedikit seperti membakar sebatang mancis api dan sebatang rokok pun akan mengeluarkan haba dan menyumbang kepada global warming .Dan hari ini tiba2 hujan turun janganlah marah2 atau kesal kerana aktiviti anda tergendala..tetapi bersyukurlah kerana Tuhan telah mengurangkan kepanasan suhu dunia kita.

Friday, May 02, 2008

Bapak Harun Makan Anak


Haruan adalah seekor binatang yang hidup dalam air...spesis ikan ok. Tapi ada juga spesis manusia mungkin kita boleh panggil Harun ke Firaun ke yang tak makan anak tetapi kurung anak untuk melempiaskan nafsu syahwatnya.

Ikan Haruan jantan makan anak ni kerana perut dia lapar dan sememangnya ikan kecil Allah jadikan sebagai makanan mereka . Yang anehnya si ibu tak pulak makan anak sendiri..ni lah tabiat jantan yang ambil mudah...lapar je NGAP anak sendiri!

Tetapi di sini adalah kisah Pak Harun yang suka makan anak.

read here.

Cuba-cubalah bayangkan 24 tahun this Bapak Harun boleh kurung anaknya di bahagian bawah rumah nya tanpa disedari oleh isteri dan manusia2 lain. Bapak nya berumur 73 tahun ...kalau tiba2 kojol ke sebelum orang lain tahu...dah tentu mangsa2 tersebut juga akan mati dan mereput begitu saja . Tenguk saja gambar rumah nya yang macam bentuk penjara tu, besar dan kukuh. Memang lah sesiapapun tak akan syak.

Kata jiran2 ,Bapak Harun ni nampak baik dan mereka sangka dia memang baik sebab jaga cucu2 nya yang di tinggalkan oleh anaknya (mangsa). Kalau orang tak siuman kita boleh tahu sebab memang nampak dia tak siuman..seperti cakap merapu ,gelak sorang2 tapi Bapak Harun ni normal , sebab tu dia boleh berlakun....yang tak normalnya nafsu sex gila babi nya yang dia tak boleh kawal....mmmm, tertanya2 apa hukuman yang kerajaan Austria akan jatuhkan kepada Bapak HARUN ni nanti...

Thursday, May 01, 2008

OUTDOOR ActIviTies

Semalam Perfect U Gym instructors buat sesi senaman di luar. Bertempat di Gunung Lambak. Salah satu taman rekreasi yang terdapat di daerah Kluang.

Bulan lepas saya tak ikut sekali, sebab malas nak keluar rumah awal2 buta . Bayang kan sesi senaman bermula pukul 7 pagi bermakna saya kena keluar dari rumah dalam pukul 6 .30 pagi. Waktu saya keluar dari rumah semalam suasana masih gelap dan siap berjerebu lagi. Saya pernah beberapa kali ke Gunung Lambak jadi saya rasa optimist tidak akan sesat.

Namun jangkaan saya melesit...saya yang memang alah dengan pelan dan arah jalan ...sekali lagi terlajak dan terpaksa berpatah balik! Oleh kerana saya tersedar agak awal jadi tak lah jauh sangat saya berpatah balik dan saya sempat sampai tepat pada masa instructors saya sampai.

Sementara instuctors saya sibuk pasang audio sistem untuk muzik aerobic saya pula sibuk pasang video cam dan akhirnya sebelum hujan renyai2 saya berjaya merakam separuh dari sesi aerobik kami.


video




Di taman rekreasi ini banyak tempat atau kawasan yang boleh di gunakan untuk senaman dan riadah...di sebelah tempat kami ber aerobik terdapat satu kumpulan Taichi manakala bagi orang yang datang bersendirian untuk berjogging pihak pengurusan Gunung Lambak telah menyediakan jalan tar sehingga ke puncaknya.

Apabila hujan turun tidak semena2 aktiviti kami masih mampu di teruskan kerana terdapat kawasan yang berbumbung untuk di gunakan....In this caseI prefer exercising in the gym cos there are other equipments which i can use and air conditioning too but once in a while to be outside with my amoi friends will be GREAT!

Sebenarnya lepas senaman kami kena bermain permainan budak2 seperti pecahkan belon sambil tutup mata dan masuk dalam kertas surat khabar bergerak perlahan2 agar surat khabar tidak koyak...tak dapat nak upload kesemuanya sebab ambil masa yang agak panjang mungkin kerana komputer ni lembab sangat dan saya dah 3 kali cancel dari mengupload my second video tu.


.