Pages

Monday, May 05, 2008

ALFATEHAH untuk TAN SRI SM NASIMUDDIN


---------------SEbenarnya kematian beliauTan Sri Nasimuddin - More Than 6,000 Pay Their Last Respects

Sebenarnya kematian beliau adalah satu kejutan kepada ku yang amat sangat.

Aku juga berasa agak sedih kerana dia orang Melayu dan antara yang terkaya di Malaysia..walaupun aku ini siapa , tetapi tetap berbangga dengan kejayaan dan kekayaannya. Dulu aku juga pernah terkejut dan sedikit ralat dengan pemergian Tan Sri Yahaya yang juga orang Melayu terkaya di Malaysia ni....rasa seperti kehilangan sebahagian dari kekayaan orang Melayu yang aku dapat tumpang nama Melayu tu...mudah2an pengganti nya dapat menjaga harta peninggalan ARWAH dengan baik dan di jalan yang baik2.

Sementara itu aku juga tiba2 mengetip nama Tan Sri Yahaya dan apa yang aku dapat ialah seperti di bawah.

PERANCANGAN HALUS MEMBUNUH ANWAR. YA APAPUN HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.


--------------------------------------------------------------------------------------------------



LAST RESPECTS…Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi paying his last respects to Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin who died of lung cancer in Los Angeles (LA), in the United States (US) on Thursday. Pix: Syed Muhammad Zahid

KUALA LUMPUR, May 4 (Bernama) -- More than 6,000 people were at the Masjid Wilayah, Jalan Duta here to pay their last respects to Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin who died of lung cancer in Los Angeles (LA), in the United States (US) on Thursday.

The body of the founder and chairman of the Naza Group, which was flown from LA, arrived at the mosque grounds at 1.15pm accompanied by family members and close friends.

The body was later placed at the multipurpose hall of the mosque to enable dignitaries, corporate leaders and members of the public who had waited from 12 noon to pay their last respects to Nasimuddin.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was among those who paid their respects.

Others included former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, Federal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique, former Minister of Women, Family and Community Development Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, and former Science, Technology and Innovations Minister Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Officials and players from the Kuala Muda Naza football club were also among those who paid their respects.

Shortly after the body arrived, students from the Madrasah Sheikh Mohamad Salahuddin Al-Amin from Hulu Langat and Madrasah Al-Rahmaniah from Bukit Beruntung read the `surah Yaasin'.

At about 2.30 pm, the body was brought into the mosque for the funeral prayer.

The body was later taken to the Batu 9 Muslim Cemetery, Kampung Melaka, Hulu Langat where Nasimuddin was buried beside the grave of his mother, Salbiah Abdul Majid.

Nasimuddin, 53, died at a private hospital in Long Beach, LA where he was receiving treatment for lung cancer since January.

-- BERNAMA




Perancangan Halus Membunuh Anwar?

From: Ahli Firasat
Date: 24 May 1999
Time: 12:15:09

Comments

Dulu, mungkin tidak ada yang terfikir bahawa beberapa kejadian yang berlaku, yang melibatkan Anwar tidak ada kena mengena dengan perancangan pihak tertentu untuk menghapuskannya dari muka bumi ini. Kejadian sebuah helikopter TUDM yang bercadang membawa Anwar tetapi terhempas di Kedah dan membunuh kesemua krewnya beberapa tahun dahulu hanya dilihat sebagai kemalangan biasa sahaja. Begitu juga kemalangan helikopter yang meragut nyawa Tan Sri Yahaya Ahmad, seorang sahabat Anwar yang rapat dalam tahun 1996 dahulu, juga dikatakan kemalangan biasa. Walhal helikopter Augusta yang dinaiki oleh Allahyarham baru 9 bulan dibeli. Siasatan tragedi itu pula memakan masa setahun untuk diumumkan. Menurut ceritanya, Anwar dijangka menaiki helikopter tersebut bersama Allahyarham keesokkan harinya untuk melawat sebuah kawasan. Jika ditakdirkan ibu TS Yahaya tidak sakit kuat ketika itu dan memaksa pula TS Yahaya bergegas pulang pada malam itu juga ke Terengganu, kemungkinan besar Anwar esoknya Anwar akan menaiki heleikopter tersebut bersama TS Yahaya. Namun kuasa Allah s.w.t.mengatasi perancangan manusia. Anwar terselamat tetapi TS Yahaya dijemput Allah s.w.t. untuk mengadapNya terlebih dahulu. Firasat saya sebaik sahaja mendengar kemalangan yang menimpa TS Yahaya itu ialah....'perbuatan sabotaj'... Motif asalnya ialah untuk membunuh Anwar tetapi TS Yahaya yang menerima nasib malang tersebut.

Usaha untuk membunuh Anwar tidak tamat di situ sahaja. Selepas beberapa tahun daripada insiden TS Yahaya tersebut, perancangan rapi dan halus dibuat. Kali ini menggunakan serampang dua mata : membunuh imej dan maruah Anwar dan juga membunuh nyawanya. Namun Allah belum mentakdirkan nyawa Anwar melayang oleh perbuatan jahat mereka.

Tentu anda semua masih ingat insiden 20 September 1998. Penyerbuan pasukan komando ke atas rumah Anwar pada malam tersebut bukanlah kejadian kosong yang berlaku kerana untuk menghindarkan kejadian yang tidak diingini. Tetapi ianya merupakan kejadian yang memang DIINGINI supaya terjadi. Pihak perancang, dengan memperalatkan Rahim Noor Si Bapak Anjing Suruhan, telah merancang dengan begitu teliti dan sistematik sebelum Anwar diserbu. Harapan mereka cuma satu - Anwar melawan ataupun penyokong-penyokong Anwar akan bertindak balas secara ganas.

Apabila itu berlaku, peluru-peluru akan dimuntahkan dan Anwar ditembak mati. Keesokkan harinya, akhbar dan tv akan menyiarkan berita bahawa Anwar terbunuh akibat terkena tembakan dalam rusuhan ganas ketika pihak polis cuba memberkasnya. Namun, mereka kecewa lagi kerana pelan tersebut gagal dan digagalkan oleh Allah s.w.t. Allah tidak menggerakkan hati Anwar dan penyokong-penyokongnya yang beribu-ribu tersebut supaya melawan dan bertindak ganas. Perancang begitu kecewa !

Akibat gagal dengan pelan di No. 8, Jalan Setiamurni 1, perancang konspirasi, dengan memperalatkan sekali lagi si Bapak Anjing, mengarahkan supaya Anwar "diajar cukup-cukup" . Maka terjadilah apa yang telah terjadi....Anwar Si Mata Lebam, yang menjadi tontonan seluruh dunia. Niat asal si Bapak Anjing ialah untuk menghabisi riwayat Anwar, namun Allah belum mentakdirkan Anwar terbunuh oleh tangan-tangan jahat mereka. Sebab itulah Anwar dibiarkan pengsan semalaman dan tanpa rawatan selama 5 hari ! Jika rancangan Si Bapak Anjing pada malam 20 September 1998 itu berjaya, maka keesokkan harinya, akhbar dan tv akan menyiarkan secara besar-besaran berita - Anwar terbunuh dalam 'pergelutan' dengan polis....

Nampaknya mereka gagal lagi. Kesemua perancangan jahat mereka menemui kegagalan. Kali ini Anwar dipenjara selama 6 tahun. Suatu tempoh yang agak lama. Dalam penjara ini, para konspirator merancang lagi untuk membunuh Anwar. Kali ini secara amat halus....melalui makanan !! Racun ? Mungkin tidak. Caranya ialah dengan memberi makanan yang tidak berzat dan sedikit kepada Anwar. Memberi makanan tidak berzat bermakna mangsanya akan mengalami proses 'kematian' secara beransur-ansur untuk suatu tempoh yang agak panjang.Akhirnya Anwar akan menghidap penyakit kekurangan zat makanan dan beliau akan menderita sebelum akhirnya menemui ajal di dalam penjara. Tidak hairanlah jika kita lihat Anwar sekarang kurus kering tinggal tulang !!

HANYA ALLAH SAHAJALAH YANG MAMPU MENYELAMATKAN ANWAR !!



1 comment:

Noreen said...

Good words.