Pages

Tuesday, June 17, 2008

KESILAPAN

Sebagai ibu ada sedikit rasa kekesalan pada diri dan tercari2 di mana salahnya. Sudah lama perasaan seperti itu berlegar .Kadang2 terasa seperti mahu menyalahkan bapanya yang kuat merokok tetapi akhirnya aku rasa diri ku juga sebenarnya penyebab anak ku di lahir dengan jantung berlubang. Ya aku punca nya.

Semasa mengandungkan dia badanku penuh dengan bermacam2 jenis ubat dan dadah.Dan paling bodoh aku menyusukan dia , bukankah air susuku juga sudah tercemar dengan ubat yang berkemungkinan berubah menjadi racun.

Sejak kecil hingga ke saat ini aku tidak pernah berhenti merasa bimbang dan kasihan dengan dirinya.

Pada hari aku membawanya menemui Dr Kang kerana penyakit goutnya...aku hampir tersentak bila DR Kang menerang kan sesuatu.

Kami hampir melakukan satu kesilapan besar ,apabila mendaki GUNUNG LAMBAK....yang ketinggiannya lebih dari 500 m. Mujurlah tidak terjadi sesuatu yang buruk..seperti Dr Kang terangkan kepada kami ada bebarapa kejadian pendaki gunung di serang sakit jantung ketika mendaki dan tidak sempat di bawa turun dan menemui ajal di situ.

Dua orang anak ku ikut aku mendaki tempohari . Hanya beberapa meter sahaja hendak sampai ke puncak anak laki2 ku mengadu sakit dada....dan aku suruhnya berihat....itu pengalaman pertama kami,nyaris2 aku panik. Untuk mendaki cerun adalah memenatkan tetapi untuk turun mengikut cerun yang sama sangat berbahaya....nasib kami agak baik sebab sudah hampir sampai ke penghujung dan di sebelah nya ada jalan yang lebih landai.

Kalaulah berlaku sesuatu pada anakku hari itu , sudah tentu aku akan menyesal seumur hidup......

Monday, June 16, 2008

Ganguan

Aku cuba menulis dengan perasaan tetapi tumpuan ku selalu gagal.

Muzik yang terlalu kuat dan pembaca berita persendirian yang rajin bersoal !

Monday, June 09, 2008

PAK LAH CEPAT UNDUR!

Ada kawan tanya pendapat aku tentang Ezam yang masuk UMNO. Aku jawab..Aku tak peduli siapa yang nak masuk UMNO tapi PAK LAH kena berundur CEPAT. Lagi lama dia memerintah lagi teruk image MAlaysia .Dia bukan seorang pemimpin negara dan hanya orang bodoh saja yang tak tahu menilai diri sendiri!

KEHIDUPAN

Hari ini aku sepatutnya mengemas rumah ,bukan mengetip key board ni .Tetapi banyak perkara yang berlaku yang sangat2 hendak aku tuliskan. Contohnya kenaikan melambung harga minyak yang memang dah tahu akan naik.

Pendaftaran anak ku, Qayum ke MMU. Tukang kebunku Mariappan yang akan pulang ke INDIA hari ini kerana sudah tamat tempoh. Anak perempuan ku yang aku lebih suka panggil akak , saudara di KK nya panggil Farah dan famili di Taiping panggil Diana dan kawan2nya panggil nody kerana namanya yang 3 rangkap tu .Dan suami yang seperti orang yang sedang mencari sesuatu kerana takut tak dapat hidup selesa bila sudah tidak lagi bekerja.

Bila melihat rumah ku yang berselerak aku akan teringat pada Mariappan....tanpanya aku kena tukar aktiviti harianku....dulu aku tak payah basuh pinggan , menyapu ,mengemop lantai dan lain2. Mariapan akan buat, dia memang cekap dan rajin....dan dia juga pandai memasak....kalau aku buka kedai makan sudah tentu aku akan ambil dia bekerja.

SEmalam Mariapan dah menaiki bas ke KLIA manakala kami baru saja pulang dari Melaka menghantar Qayum ke minggu orientasinya di MMU.Rasa macam berat hati saja nak tinggalkan dia begitu juga dirinya tetapi apabila teringat yang kakak nya ada di sana dia seperti bersemangat semula.

Bulan ini duit keluar dari poket macam air keluar dari timba bocor. Harga petrol pula naik melambung...dan ada 3 buah kereta yang selalu dahagakan petrol. I always pray dapat berpindah kesebelah utara dekat dengan kampung halaman...atau kami mungkin buat pilihan tidak pulang beraya di kampung lah tahun ini.

Sebenarnya pilihan masih terletak di tangan kami...itu pun kalau pasangan saya setuju...banyak cara boleh di jimatkan...ikut keutamaan.

Soal diri kita sendiri apakah kita boleh mati tanpanya? Apakah kita boleh susah tanpanya? Apakah kita tak ada pilihan kecuali nya?

Contohnya ASTRO....bayaran sebulan hampir RM 90..dan sekiranya kita mohon potong sekarang kita terpaksa bayar RM 500 (harga parabola dan decorder) .Mana lebih bagus? Begitu juga dengan kereta...perlukah kita dengan kereta MPV 2 000 cc setiap masa atau hanya sekali sekala apabila semua pulang....apa salahnya dengan kereta kecil dan selebihnya boleh menaiki bas.Kita ada alternatif dan TERPULANG pada diri sendiri.

Kebelakangan ini aku agak resah....resah dengan apa yang berada di dalam kepala pasangan ku. Seperti banyak perkara yang mahu dilakukan tetapi satu pun tidak dapat dilakukan. Terlalu banyak perancangan sama juga seperti tak ada apa2 rancangan.

Thursday, June 05, 2008

JATI DIRI dan CABARAN

Aku rasa dunia sekarang dah tak sesuai dengan manusia yang mudah TERASA dan main RASA-RASA. Dunia sekarang mesti dipenuhi dengan manusia yang berhati BESI dan BerKEYAKINAN tinggi.

Kalau kamu bangsa MELAYU yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan sensitif dan MALU-MALU kucing ,HARAP AMBIL PERHATIAN!

Kalau dulu biarpun ekonomi amat mundur kita masih boleh berbangga dengan kekuatan kita di dalam arena politik. Kini kita tidak lagi bertaring di dalam Dewan Sidang....sekarang politik yang di bangga2kan oleh orang MELAYU sudah hancur ,mungkin ada HIKMAH nya bagi segelintir kita yang suka kepada cabaran dan pembaharuan.KHUSUS yang suka bertarung dan tidak mudah mahu mengalah.

Apa yang bangsa lain boleh buat ,Melayu juga boleh buat kecuali yang bertentangan dengan undang2 yang otomatik bersalahan dengan hukum kecuali mereka yang memang tidak lagi mengamal ISLAM . Kalau mereka menipu kita jangan!

Seperti kita mereka juga bukan dilahirkan terus pandai tetapi mereka mempunyai daya usaha yang tinggi. Tidak takut untuk meneroka sesuatu yang baru yang mereka fikirkan bagus.

Untuk bangsa MELAYU yang beragama ISLAM jangan lagi melatah JIKA kerajaan tidak lagi bagi subsidi buku pinjaman kepada anak2 kita yang ramai dari isteri atau isteri2 kita yang ramai tu. Jangan lagi melatah kalau kita lihat rumah2 ibadat bangsa lain tumbuh subur dengan aktiviti2 yang lebih rancak dari masjid kita. Jangan malu jadi kuli dulu sebelum jadi taukeh, cari pengalaman dan keyakinan diri dulu.

Terlanjur cakap pasal MASJID....SEMASA AKU BALIK KAMPUNG DAN MELINTASI SETIAP MASJID di SEPANJANG PERJALANAn DARI SELATAN KE UTARA MAKA AKU TERFIKIR KENAPA TEMPAT IBADAH YANG KITA PANGGIL RUMAH ALLAH ITU TERLALU SURAM......BERPAGAR INDAH TETAPI KOSONG.....TIDAK BOLEH KAH KITA BUAT IA LEBIH MESRA PENDUDUK SEPERTI SENTIASA ADA SESUTU YANG BAGUS DI DALAMNYA....ATAU MUNGKIN KAH SUATU HARI NANTI KITA TERPAKSA PASANG LAGU RAP ATAU LAGU SITI NURHALIZA UNTUK MENARIK ORANG RAMAI DATANG KE TEMPAT YANG KITA PANGGIL RUMAH ALLAH ITU.CONTOH nya SIAPA yang sanggup bagi tuition percuma kepada budak2 kampung untuk dapat PAHALA?????