Pages

Thursday, July 31, 2008

Nilai Kesyukuran

Hari ni nak tulis pasal sifat manusia yang selalu lupa atau kurang sekali mengucap terima terima kasih. Anak2 kurang mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah. Anak2 murid terhadap guru2 ,pekerja terhadap majikan atau pun rakyat terhadap pemimpin.Dan yang paling ketara hamba terhadap Penciptanya.

Terima kasih menunjukkan kita bersyukur dan menghargai apa juga pemberian yang kita terima dengan ikhlas. .Anak yang berterima kasih kepada kedua ibu bapanya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Terima kasih tidak perlu walaupun selalu di tunjukkan dengan memberi dalam bentuk material tetapi cukup sekadar meluahkan dengan kata2 dan perbuatan.Seperti anak menjaga orang tuanya yang sudah tua dan lemah. Pekerja yang sanggup bekerja lebih masa untuk menyelesai kan kerja dalam tempoh tertentu dan sebagainya.

Janganlah kerana marah pada ibu bapa kerana tidak mendapat sesuatu sanggup lari dari rumah atau kerana kenaikkan gaji yang sedikit ,pekerja mengugut untuk berhenti atau mahu kerja main2. Atau marahkan majikan kerana tidak peka bahawa rezki itu juga pemberian Ilahi.

Baru2 ini ramai yang tidak puas hati kerana kenaikan gaji yang kecil tetapi saya ingin mereka fikir kembali.Sekiranya kita menilai 50 rm dengan nilai duit memang lah kecil tetapi kita boleh membuat iabenar2 bernilai. Contohnya dengan nilai tersebut kita boleh beli sekampit beras wangi yang boleh dimakan untuk sebulan...sekurang2nya tetap meringankan beban kita bukan?

Alhamdulillah.... kenaikan tahun lepas mampu menjelaskan bayaran bulanan MyV dan kenaikan tahun ini walaupun kurang lepas juga beban bayar duit kereta Satria saya .Dan saya tetap besyukur .Mudah2an mereka yang lain tidak bersungut* (semut* pun lagi pandai bersyukur!) Bukankah Allah suka pada hamba2 yang selalu bersyukur.Ada orang kaya tetapi hatinya tak bahagia...rumah besar tapi penghuninya sedikit dan sunyi pula.....saya yakin setiap kesempitan ada hikmahnya.

Tuesday, July 29, 2008

KISAH TERBARU ....POLITIK MELAYU (PM)

Bila dah baca ,terpulang lah pada diri sendiri mahu percaya atau tidak . Dan aku setuju kalau orang bilang agama tidak boleh di campur dengan politik .Sebab politik ini lebih cenderung kepada pilihan hati mereka dari mendengar yang benar.

Politik juga cenderung kepada jatuh menjatuhkan kawan dan lawan demi kuasa. Tidak takut pada dosa ,pada Tuhan.Bagi sesiapa yang sayang pada PM kita tentu tak boleh terima tulisan di bawah ni tetapi aku yang berkecuali ni sudah tentu terima saja ...kerana seperti kata orang dulu2 situasi ni seperti sudah terang lagi bersuluh!

Terus baca di sini;
http://kickdefella.wordpress.com/2008/07/29/dah-main-belakang-kot/

Monday, July 28, 2008

Inflasi

Tiap2 tahun ada bulan2 tertentu yang sangat2 di nantikan oleh saya dan suami. Mungkin setengah orang ternanti2 hari anniversary atau hari lahir nya tetapi ini lebih bagus. Iaitu hari suami dapat increment dan kemudian tunggu bonus pula.

Tahun ini increment suami dan staff2 yang lain tak sebagus tahun lepas. Kurang tiga per empat.(Maaf, kurang dua per tiga.) Patutlah ada executives muda yang sakit hati ,merajuk ,ambil cuti balik kampung dan sebagainya.
Bagi aku dan suamiku ...masih boleh terima kerana kami dah pernah melalui keadaan yang lebih teruk sekitar tahun 1998 sehingga semua kenaikan gaji di bekukan sama sekali. Sekarang Malaysia dilanda inflasi sekitar7.7 peratus yang terburuk sepanjang 27 tahun.

Merujuk pada semua petanda seperti ekonomi yang lembab ,harga barang makan yang melambung , saham yang jatuh ,minyak petrol yang semakin berkurangan ,pengeluaran yang tak seimbang permintaan dan politik yang tidak menentu ,saya rasa lambat lagilah keadaan akan pulih. Dan tentang bonus pula....entah lah berserah pada Tuhan.

Kadang2 rasa macam tak percaya bawa dua ribu semasa ke Kelang , pulang hampir kosong tak nampak apa yang dibeli .Nauzubillah...

Friday, July 25, 2008

PERKAUMAN

Bila kerajaan dah senget macam ni barulah Pak2 Mentri dari parti komponen bersuara supaya kerajaan melayan semua rakyat dengan adil tak kira apa parti yang mereka sertai. Soalan aku apakah belum terlambat?


Perpecahan kaum kalau tidak dapat dilihat dengan mata kasar, macam kuman kalau di teropong secara halus nampak kejelikannya.Tanya lah mereka yang bekerja di syarikat2 swasta.

Budak2 mentah yang kebanyakannya berpotensi tinggi akan memilih pekerjaan di syarikat2 swasta yang terkenal dan gah di mata dunia dan di matanya. Semangat mereka berkobar2 untuk bekerja dan mengharap dapat pengiktirafan dari majikan atas titik daya usaha mereka yang sebenar.

Apa yang mereka belum tahu ialah permainan politik di Malaysia. Kerajaan meletakkan syarat supaya syarikat2 ini mengambil 30% qota pekerja bumiputra.Sepertinya kerajaan sudah tahu tanpa qota tersebut ,pintu2 pekerjaan untuk bumiputra tertutup langsung .KENAPA?Di mana keikhlasan nya?

Dengan tangga gaji yang berbeda dan kenaikan pangkat megikut warna kulit.Apakah mereka melindungi kaum mereka untuk survival .Kerajaan pula terus membisu kerana rakyat khususnya bumiputra yang bekerja di situ hanya secumit dari penyokongnya. Dan dari secumit itu pula hanya beberapa kerat yang memegang ijazah dan akan terus melompat dari satu syarikat ke syarikat yang lain kerana tertindas.

Mulanya ahli2 politik mempermainkan isu bahasa. Kononnya untuk mendaulatkan negara bahasa mesti di daulatkan dahulu. Tidakkah kerajaan tahu bukan semua orang yang cerdik bahasa cerdik sains atau cerdik matematik begitu juga sebaliknya. Dan tidak juga semua orang yang cerdik semuanya akan memenuhi qota pekerjaan yang di war2kan.JADI kenapa menyusahkan rakyat?

Dan kenapa war2kan ketuanan Melayu yang nampak pelik di mata dan sumbang di telinga.Tanyalah budak2 sekolah apakah mereka paham dengan makna yang tersirat selain yang tersurat....paling tidak mereka akan beri makna ketuanan itu sendiri seperti orang yang punya banyak tanah, banyak kuli seperti drivers ,tukang masak tukang picit atau yang banyak rumah,banyak kereta ,banyak harta....itu yang di katakan tuan.Kalau nak ungkap sesuatu ungkap dengan jelas!Kalau mahu aman jangan main sentiment rakyat itu saja....


Thursday, July 24, 2008

I love Singapura

Tentu payah menjadi seorang jejaka muda ,tampan , banyak wang dan bernafsu tinggi! Tambahan pula yang di cita dan di cinta ialah seoarng wanita muda, cantik dan sexy seperti yang terpampang di sini http://newpaper.asia1.com.sg/news/story/0,4136,171292,00.html? Yang saya pelik tu kalau kau dah suka dia kenapa kahwin dengan orang lain bukankah dengan orang lain tu pun dulu kau suka juga.

Lagi payah bila ada law mengatakan laki2 tu tak boleh kahwin lebih dari satu .Sebab orang kaya biasanya pandai maka ada saja idea untuk mengingkari undang2 ciptaan manusia.Sebagaimana yang saya pernah tulis dulu...wanita ada instinct...tak boleh nak sorok lama2 dia akan terhidu juga.

Itu kisah orang Cina kaya di Singapura . Tetapi yang best nya ialah bila mak pengantin cakap pada anak2 buahnya yang datang dari JB hari tu ,kau boleh kahwin dengan perempuan Singapura tapi tak dapat le nak pasang 4. Saya amat setuju ..bukan pasal law kata tak boleh tapi memang tak mampu pun kerana sara hidup di sana terlalu tinggi. SEtahu saya laki2 Singapura pun suka mencari pasangan di seberang tambak.

Walaupun negara di sana sudah moden dan maju ,bangsa Melayu yang bilangan nya terlalu kecil cuba menghidupkan budaya dan adat resam mereka sehingga ia nampak terlalu janggal di mata saya.Namun saya gembira melihat penyatuan mereka dari segi identiti supaya tidak terus hilang.

Dari segi pekerjaan mereka nampak jauh lebih independent dari Melayu di Malaysia mungkin juga dari segi pelajaran dan pemikiran.Mereka tidak di manjakan ,mereka kena bekerja keras .Dan mereka masih beruntung kerana ada orang Malaysia untuk mereka panggil orang kampung.Di kampung saya tidak janggal melihat orang berpakaian seperti orang kampung tetapi sebaliknya di dalam bandar yang moden dan canggih ia amat janggal.

Bila lah agaknya Malaysia..atau sekurang2nya Johor Baru dapat menyerupai Singapura,Wallahualam.

X X X

Mak oi posting yang dulu pecah rekod dapat komen paling banyak. Semua komen datang dari perjudian. Mentang2lah tajuk posting ana nama ala2 ARAB gitu.Senang nya nak pancing penjual judi ni.

Wednesday, July 23, 2008

Gambar2 di Arab Street.






Masih lagi gambar2 di Singapura...oleh kerana hari tu masuk kami bawa 3 jenis kamera yang berlainan...saya bawa kamera baru Olympus 790 SW(yg boleh tangkap dalam air juga) Hari tu dapat tangkap a few pictures di Arab Street.Sebab kami bergerak ke sana pun dah lewat petang..jadi tak dapat jalan lama sebab kedai2 di sana tutup awal.Di sini walaupun di namakan Arab Street tetapi orang Arab yang membeli belah di sini amat berkurangan jika di banding kan di Bintang Walk, Malaysia. Sehingga pada bulan July hingga August orang Arab terlalu ramai dan bulan itu dipanggil Musim Arab.

Monday, July 21, 2008

TrIP ujung minggu


Balik dari Singapura pada hari yang sama ie Saturday .Tidur rumah Edy di JB. The next day waktu balik sempat lagi singgah Air Hitam cari stoneware.


Picture ni Amat yang tangkap. I like this one..ada seni sikit.



Ini gambar yang di ambil dari flat pengantin tingkat 7. Di bawah tu tempat kenduri berlangsung..kena booking awal2 dan berbayar.Untuk pengumuman rakyat Malaysia yang beli apartment kat KL ke mana2 dlm negara BERSYUKURLah ...sebab di sana penduduk flat kena bayar parking satu jam se dolar Singapura,kalau letak kereta tepi bangunan compound 100 dolar...sebab tu tempat parking dlam flat kosong..orang yang mampu je boleh pakai kereta.



Ini bergambar di depan apartment Edy,sebelum nak bertolak balik.

Gambar2 Perkahwinan di Toa Payoh, Singapura






Thursday, July 10, 2008

LEPAS GERAM

Baru nak tulis dah masuk satu msg dari Alan, katanya stethescope nya pun hilang....another 100+ ....UPM dah lahirkan pENCURI2 BEKALIBER alaf PAK LAH ke?BOLEH TAK AKU TURUN SENDIRI BUAT SIASATAN???

MengapaLAH aku masih nak salah kan orang tua yang tak berdosa tu. Aku pun tak tahu...MUNGKIN aku tengah marah pasal lain . Tadi baca news dari PEnang tuduh Jabatan Agama Islam suka curi mayat orang Hindu...dan bukan tu saja duit2 keluarga Hindu tu pun mereka kemut masuk dalam Baitul Mal .Sekarang orang Hindu yang hidup nak tuntut balik sebab mereka tak percaya saudara mereka masuk ISLAM.MANA SUARA PAK LAH SEORANG IMAM AKA ANAK IMAM???

Aku nak tanya kat orang HInDU ni kalau ahli keluarga dia masuk KRISTIEN awatnya hampa diam je, tentu mati tak masuk kubur HINDU kan,berapa ramai orang INDIA masuk KRISTIEN tak bising pun KAPAL SINK si lawyer buruk tu...Awat takut sangat dengan ISLAM .Benci orang Islam makan daging lembu tapi tak makan daging babi.ATAU tolong bagi satu saja SEBAB yang aku rasa boleh REDAKAN MARAH KU.

Aku rasa negeri PAK LAH dan JUGA ANWAR IBRAHIM ni akan menjadi duri dalam daging kerana mereka akan timbulkan berbagai2 propaganda dan bantahan. KENAPA agama BUDHA, HINDU, KATHOLIK dan yg lain2 tidak menjadi sasaran mereka...apakah sebab tak de gereja ke ,kuil ke ,tokong ke ,aku tenguk bersepah je...kat tempat aku ni saja KUIL ada 3 buah.Sebab nak elakkan dari robohkan kuil jalan yang sepatutnya terkena kuil pun boleh di anjak ke sebelah yang tak patut di anjak.TAK PUAS HATI LAGI?

Tuesday, July 08, 2008

TetaMU IStimEWA


Untuk pengetahuan rumah ku jarang2 ada tetamu. Sebab nya satu kerana kami tinggal di ladang di mana masyarakatnya membezakan antara orang atasan dan orang bawahan. Kedua masyarakat nya yang kebanyakan terdiri dari bangsa yang berbeza...seperti orang India tidak akan rapat dengan orang Melayu kerana adat dan agama berbeza. Dan yang ketiga tinggal jauh dari keluarga dan teman2.

Ramai yang yang pernah berkunjung akan mengatakan mereka dah lama teingin mahu jejak kaki ke sini dan salah satu sebab nya kerana rumah ini terletak di atas bukit dan sejak suami mendiaminya sudah banyak perubahan dari segi landscape yang merupakan satu dari hobi suami.

Ahad lepas aku menerima tetamu2 istimewa. Keluarga sebelah If , jiran dan teman2 mereka yang datang dari PortKlang dan Shah Alam.Lebih kurang 12 orang semuanya. Sejak ketiadaan Mariapan (pulang India) aku tak ada pembantu...dan rumah ku ofcourse le berabuk tambah pula ada orang melakukan baik pulih jalan setengah kilometer depan rumah. Itupun masih ok kerana pada hari Sabtu aku mempunyai masa untuk mengemas rumah ala kadar.

Tetapi pada hari Ahad sewaktu mahu pulang dari marketing akak talipon mengatakan yang datang seramai 12 orang bukan 6 (yang ini aku kelam kabut sikit) ...menu yang ingin aku hidangkan ialah kerabu pucuk paku dengan kerang dan masak lemak udang galah bercili...tetapi pada hari Ahad orang ramai jadi kerang dah habis dan udang galah langsung bukan musimnya(jadi aku tak jadi buat kerabu dan udang galah ganti dengan udang kertas....aku baru tahu keluarga If makan ikan keli ,sebab dalam keluargaku hanya suami yang mengada2 tak makan keli walhal arwah emaknya juga memasak ikan keli.Anyway alhamdulillah makanan cukup untuk semua tak kira sedap ke tak sedap.

Apa2 pun gembira bertemu dengan semua pada hari itu walau pun agak mengantuk sebab malam sebelum tu pecah rekod berbual dengan member suami sampai pukul 2 pagi dan pulang rumah dan masuk tido around 3 am. Bangun around 7 .30 am n rushed to market an hour later.

KaMi Orang KamPOng ( Khusus BUat Mak SU)

Gambar ni dah ada dlam komputer lebih kurang 3 bulan baru nak download dalm blog.INi kisah adik aku yang resign dari pegawai pemasaran di salah satu syarikat di KL dan balik Manjung untuk ternak/bela ikan siakap. Gambar2 untuk kenangan mana tahu dua tiga tahun kelak akan jadi usahawan atau saudagar besar.


Suami dengan Cikgu Kamarul (adik ipar)







Aku dan mak su Lina (adik)








Projek rumah kolam ikan di MANJUNG.

UPM

Kebelakangan ni ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatanku. Kepala mudah pening bila tunduk atau lepas senam dan cuba baring. Mungkin Vertigo , antara penglihatan ,pendengaran dan urat saraf yang menyampaikan maklumat kepada otak ku dah berkecamuk. Dulu pun pernah kena ,kepala ku berpinar2....terpaksa merangkak sebab nampak lantai berpusing2. Macam biasa pergi ke doktor katanya tak ada apa2 penyakit.

Lepas tu buah dada ku pula rasa pedih semacam dan hari ni bila di perhatikan ada bisul kecil seperti jerawat..mudah2an memang jerawatlah dan tak lebih dari itu...tak masuk penyakit lain seperti kebas2 ,sakit2 sendi tulang apabila bangun.Aduhai badan betullah kata orang bila dah menopaus ni macam2 penyakit akan datang.

Sebenarnya aku bukan nak tulis hal2 yang diatas tapi nak tulis hal UNIVERSTI PUTRA MALAYSIA pula dulu tulis pasal UNISEL. Lepas 3 orang anak2 ku pulang ke tempat masing2 semalam dapatlah panggilan ...dah tentulah dari Alan. Almari dan laci meja dia dan kawan2nya kena pecah! Mak Oiiii! asrama UPM yang berpagar dan ada dua tiga ekur JAGA kat pintu pagar pun masih ada pencuri boleh masuk ka? Yang bestnya depa lepas tangan alasan ada orang menumpang waktu students bercuti .PATUT KE?

Yang hilang bukan sikit2 untuk seorang student contohnya Alan kehilangan baju jaketnya , buku yang beharga lebih dari seratus ringgit, LAN cabel ,router ,peti ais .Dan aku dengar kawan nya Syazwan pun tak kurang hebatnya barang yang hilang.

Lagi satu yang menjengkelkan, ada setengah budak2 kolej yang tak dapat sambung dan yang bangangnya penuntut2 ni tak di beritahu awal2. Termasuklah roomate dan housematenya . Yang sorangtu ,bila buat rayuan , berjaya tetapi terpaksa tukar ke tingkat tiga bersama budak2 Arab.Walhal bilik alan masih kosong. Dan sorang lagi pulak tak berjaya. Sekarang masih tinggal dalam bilik yang sama kerana mana nak cari tempat tinggal kalau dah tak bagi tahu awal2.

Rupa2nya UPM cuma hantar surat kepada students yang berjaya saja tinggal dalam kolej yang tak berjaya mrk tak umumkan bila sampai kolej baru nampak list nama terpampang....kalau nak ikut Alan pun tak dapat surat ....entah landing kat mana surat nya aku pun tak paham tetapi alhamdulillah lah ,macam aku kata kat anak aku yang tergesa2 nak balik awal sebab surat tak dapat dan tak tahu samaada dapat tinggal dlam kolej atau tak. Apa bezanya , kalau dah termaktub , lambat atau cepat sama saja.

Tapi yang bangangnya pihak UPM ni bukan kah budak yang tak dapat stay tu lagi rumit masaalahnya kerana perlu cari tempat tinggal lain..mereka perlukan masa dan duit untuk downpayment ,takkan nak tido tepi jaln kot! Budak2 ni lah yang pihak U kena inform dulu .BANGANG punya management! Bila budak2 nak bersuara kena mark dan cari salah budak2 tu.Sepatutnya dalam kampus biar ada pembangkang biar ada pengkritik barulah boleh di perbaiki lagi sistem yang ada....ini tak semua nak senang semua nak menang. Kalau malas ke atau nak jimat ke...just e mail them ,itupun pihak UPM tak reti buat!

Friday, July 04, 2008

POLITIK BUAT AKU TERMUNTAH

Apa nak jadi dengan Politik di Malaysia ni......semua kaki jubur ! Dulu Anwar dituduh meliwat...sekarang nama Najib pulak lepas tu siapa, Pak LAH???? Saham jatuh merudum, harga barang semua naik terutama beras yang diimpot.... nak hidup kena beli juga buatnya beras impot pun dah tak boleh impot sebab MAlaysia dah Bankrupt MACAMANA?

Yang orang2 politik dok main JUBUR. BANGANG punya pemimpin!!