Pages

Thursday, July 24, 2008

I love Singapura

Tentu payah menjadi seorang jejaka muda ,tampan , banyak wang dan bernafsu tinggi! Tambahan pula yang di cita dan di cinta ialah seoarng wanita muda, cantik dan sexy seperti yang terpampang di sini http://newpaper.asia1.com.sg/news/story/0,4136,171292,00.html? Yang saya pelik tu kalau kau dah suka dia kenapa kahwin dengan orang lain bukankah dengan orang lain tu pun dulu kau suka juga.

Lagi payah bila ada law mengatakan laki2 tu tak boleh kahwin lebih dari satu .Sebab orang kaya biasanya pandai maka ada saja idea untuk mengingkari undang2 ciptaan manusia.Sebagaimana yang saya pernah tulis dulu...wanita ada instinct...tak boleh nak sorok lama2 dia akan terhidu juga.

Itu kisah orang Cina kaya di Singapura . Tetapi yang best nya ialah bila mak pengantin cakap pada anak2 buahnya yang datang dari JB hari tu ,kau boleh kahwin dengan perempuan Singapura tapi tak dapat le nak pasang 4. Saya amat setuju ..bukan pasal law kata tak boleh tapi memang tak mampu pun kerana sara hidup di sana terlalu tinggi. SEtahu saya laki2 Singapura pun suka mencari pasangan di seberang tambak.

Walaupun negara di sana sudah moden dan maju ,bangsa Melayu yang bilangan nya terlalu kecil cuba menghidupkan budaya dan adat resam mereka sehingga ia nampak terlalu janggal di mata saya.Namun saya gembira melihat penyatuan mereka dari segi identiti supaya tidak terus hilang.

Dari segi pekerjaan mereka nampak jauh lebih independent dari Melayu di Malaysia mungkin juga dari segi pelajaran dan pemikiran.Mereka tidak di manjakan ,mereka kena bekerja keras .Dan mereka masih beruntung kerana ada orang Malaysia untuk mereka panggil orang kampung.Di kampung saya tidak janggal melihat orang berpakaian seperti orang kampung tetapi sebaliknya di dalam bandar yang moden dan canggih ia amat janggal.

Bila lah agaknya Malaysia..atau sekurang2nya Johor Baru dapat menyerupai Singapura,Wallahualam.

No comments: