Pages

Friday, July 25, 2008

PERKAUMAN

Bila kerajaan dah senget macam ni barulah Pak2 Mentri dari parti komponen bersuara supaya kerajaan melayan semua rakyat dengan adil tak kira apa parti yang mereka sertai. Soalan aku apakah belum terlambat?


Perpecahan kaum kalau tidak dapat dilihat dengan mata kasar, macam kuman kalau di teropong secara halus nampak kejelikannya.Tanya lah mereka yang bekerja di syarikat2 swasta.

Budak2 mentah yang kebanyakannya berpotensi tinggi akan memilih pekerjaan di syarikat2 swasta yang terkenal dan gah di mata dunia dan di matanya. Semangat mereka berkobar2 untuk bekerja dan mengharap dapat pengiktirafan dari majikan atas titik daya usaha mereka yang sebenar.

Apa yang mereka belum tahu ialah permainan politik di Malaysia. Kerajaan meletakkan syarat supaya syarikat2 ini mengambil 30% qota pekerja bumiputra.Sepertinya kerajaan sudah tahu tanpa qota tersebut ,pintu2 pekerjaan untuk bumiputra tertutup langsung .KENAPA?Di mana keikhlasan nya?

Dengan tangga gaji yang berbeda dan kenaikan pangkat megikut warna kulit.Apakah mereka melindungi kaum mereka untuk survival .Kerajaan pula terus membisu kerana rakyat khususnya bumiputra yang bekerja di situ hanya secumit dari penyokongnya. Dan dari secumit itu pula hanya beberapa kerat yang memegang ijazah dan akan terus melompat dari satu syarikat ke syarikat yang lain kerana tertindas.

Mulanya ahli2 politik mempermainkan isu bahasa. Kononnya untuk mendaulatkan negara bahasa mesti di daulatkan dahulu. Tidakkah kerajaan tahu bukan semua orang yang cerdik bahasa cerdik sains atau cerdik matematik begitu juga sebaliknya. Dan tidak juga semua orang yang cerdik semuanya akan memenuhi qota pekerjaan yang di war2kan.JADI kenapa menyusahkan rakyat?

Dan kenapa war2kan ketuanan Melayu yang nampak pelik di mata dan sumbang di telinga.Tanyalah budak2 sekolah apakah mereka paham dengan makna yang tersirat selain yang tersurat....paling tidak mereka akan beri makna ketuanan itu sendiri seperti orang yang punya banyak tanah, banyak kuli seperti drivers ,tukang masak tukang picit atau yang banyak rumah,banyak kereta ,banyak harta....itu yang di katakan tuan.Kalau nak ungkap sesuatu ungkap dengan jelas!Kalau mahu aman jangan main sentiment rakyat itu saja....


No comments: