Pages

Tuesday, July 08, 2008

TetaMU IStimEWA


Untuk pengetahuan rumah ku jarang2 ada tetamu. Sebab nya satu kerana kami tinggal di ladang di mana masyarakatnya membezakan antara orang atasan dan orang bawahan. Kedua masyarakat nya yang kebanyakan terdiri dari bangsa yang berbeza...seperti orang India tidak akan rapat dengan orang Melayu kerana adat dan agama berbeza. Dan yang ketiga tinggal jauh dari keluarga dan teman2.

Ramai yang yang pernah berkunjung akan mengatakan mereka dah lama teingin mahu jejak kaki ke sini dan salah satu sebab nya kerana rumah ini terletak di atas bukit dan sejak suami mendiaminya sudah banyak perubahan dari segi landscape yang merupakan satu dari hobi suami.

Ahad lepas aku menerima tetamu2 istimewa. Keluarga sebelah If , jiran dan teman2 mereka yang datang dari PortKlang dan Shah Alam.Lebih kurang 12 orang semuanya. Sejak ketiadaan Mariapan (pulang India) aku tak ada pembantu...dan rumah ku ofcourse le berabuk tambah pula ada orang melakukan baik pulih jalan setengah kilometer depan rumah. Itupun masih ok kerana pada hari Sabtu aku mempunyai masa untuk mengemas rumah ala kadar.

Tetapi pada hari Ahad sewaktu mahu pulang dari marketing akak talipon mengatakan yang datang seramai 12 orang bukan 6 (yang ini aku kelam kabut sikit) ...menu yang ingin aku hidangkan ialah kerabu pucuk paku dengan kerang dan masak lemak udang galah bercili...tetapi pada hari Ahad orang ramai jadi kerang dah habis dan udang galah langsung bukan musimnya(jadi aku tak jadi buat kerabu dan udang galah ganti dengan udang kertas....aku baru tahu keluarga If makan ikan keli ,sebab dalam keluargaku hanya suami yang mengada2 tak makan keli walhal arwah emaknya juga memasak ikan keli.Anyway alhamdulillah makanan cukup untuk semua tak kira sedap ke tak sedap.

Apa2 pun gembira bertemu dengan semua pada hari itu walau pun agak mengantuk sebab malam sebelum tu pecah rekod berbual dengan member suami sampai pukul 2 pagi dan pulang rumah dan masuk tido around 3 am. Bangun around 7 .30 am n rushed to market an hour later.

No comments: