Pages

Monday, August 11, 2008

CHOC BROWNIES KUKUS n ROTI HOT DOG

Rasa macam nak cuba je choc brownies ni tapi bukan sekarang le ..tunggu anak2 balik ramai2 dan tolong makan sorang sikit....kalau gue sorang saje yang makan alamat badan gue nanti naik macam kueh apam yang gue selalu masak tu.


Choc. Brownies Kukus™

Brownies_kukus

Resipi drpd intnet oleh Riezanie. Mudah dan cepat utk menyediakannya dan tersangaaatlah sedapnye....Buat 10 loyang utk majlis perkahwinan anak buah smlm. Semuanya habis sblum majlis tamat.


Created on : 11-08-2008

Bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )

  • 200 g mentega/majerin
  • 200g dark choc.
  • 170 g tepung gandum
  • 30 g serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 170 g gula halus

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
  2. Tepung dan koko diayak bersama.
  3. Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
  4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
  5. Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
  6. Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
  7. Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.
  8. Hias brownies ikut selera. Disini saya bubuh topping dgn choc. cair dan juga badam hiris. yg dipanggang.

Tag

ROTI HOT DOG

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 160ml air
  • 250g tepung roti
  • 14g(1 1/2 sudu besar) gula
  • 4g(1 sudu kecil) garam
  • 8g(1 sudu besar) lemak sayur
  • 2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
  • 16g(3 sudu besar) susu tepung

Cara-cara

  1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
  2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
  3. Roti1
    Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
  4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
  5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.


No comments: