Pages

Sunday, August 10, 2008

DALAM KENANGAN



Kamu mungkin tak kenal siapa dia .Kata orang tak kenal maka tak cinta .Nah , siapalah yang amat mencintainya kalau bukan orang yang terdekat, Ibu, bapa dan keluarganya!

Aku hanya mengenalinya sewaktu dia baru hingusan...cuma cebisan memori tetapi masih kuat terpahat di kepalaku yang punya masalah suka lupa. Terasa sedih bila melihat genangan air mata yang betakung di kelopak mata ibunya yang singgah di rumah ku tadi sambil melihat gambarnya di dlam lap top kakaknya.here ...Gambar yang seperti hidup tetapi tidak bersuara itu terpampang di depan mata ku juga.

Sudah berbelas tahun aku tidak melihatnya tetapi iras nya masih ada...Mamat panggilan manja nya kini sudah 2 tahun meninggalkan orang2 yang di kasihi.Kata ibu dan kakak nya , suamiku adalah idolanya. Dia amat bangga dengan kehebatan 'Pak Cik' nya. Dan sungguh aku yakin dia akan berjaya kerana aku masih ingat lagi bagaimana opahnya mengajar dia berdikari ketika hingusan lagi menjual 'jajan' di depan rumahnya .

Dan aku rasa sedih , sungguh2 sedih kerana sejak opahnya meninggal dunia dan opah anak2 ku meninggal dunia ....kami bagai terputus tali hubungan. Alangkah bagusnya kalau dapat semula masa itu untuk menjejak kembali semua kenangan. Dan dapat berjumpa dengan ibunya memberkas semula kenangan lama..ketika masih muda ketika ibu2 kami seperti kami dan anak2 kami akan mewarisi kami.

AL FATEHAH. Moga roh mu di pelihara ALLAH.

No comments: