Pages

Saturday, August 02, 2008

PARENTING

Hari ini aku pergi sekolah anak aku kerana ada Hari ke Ibu-bapaan atau Parenting Day untuk budak2 asrama. Of course aku kena tunjuk muka ku kerana me yakini anak aku memang popular di asrama juga di sekolah.

Seperti biasa aku dan anak aku yang tak boleh duduk berlama2 mendengar syarahan tentulah menguap bebrapa kali. Jadi untuk hilangkan mengantuk kami ada sesi berbual dan bisik2 di belakang.Bukan tak mahu dengar tapi semua yang di sampaikan pasal parenting macam tak de apa yang baru.

Contohnya kata tukang syarah tu kalau nak anak cemerlang kena ambil berat hal anak, tanya dia dah buat homework ke belum , ambil tahu pasal jadual peperiksaannya....katanya ada ibu bapa yang suka berleter, suka terkam ke sekolah dan serang2 cikgu dan bla,bla,bla...yang semuanya tak kena langsung pada aku ,seorang ibu yang baik ;)

Sambil tu di suruh ibu dan anak kemudian anak dan bapa berpeluk2an dan mencium dahi antara satu sama lain, ALASAN boleh memberi rangsangan minda pada anak2 seperti juga mujarabnya doa ibu-bapa. Nasib baik anak aku waktu tu tak ada dalam dewan...kalau tak tentu aku akan tergelak bila tenguk muka dia yang tiap kali mengelak bila aku mahu menciumnya depan kawan2. Sedangkan kat rumah masih tak malu nak tidur bawah ketiak emak.

Oleh kerana sewaktu sesi parenting tu banyak sangat cerita anak2 komplain pasal ibu-bapa mereka dan juga kerana mengantuk aku tulis 5 perkara yang terlintas di kepala ku dan aku suruh anak ku gred kan(sistem sekolah)....1 hingga 5 paling teruk.

Yang aku ingat aku tulis..ialah DISPLIN , MAKAN , DUIT , PAKAIAN , JALAN2.
Aku suruh dia gred dan aku bagi tahu secara umum apa saja berkaitan dengan perkara di atas antara aku dan dia yang terlintas di hatinya yang dia rasa puas hati dan tidak. Contoh kalau MAKAN, samaada dia puas hati dengan layanan ku, masakan ku atau apa saja yang berkait dengan makan. Kalau duit pun begitu juga samaada dia rasa cukup atau tidak atau apa saja yang dia tak puasa hati....

SO gred ikut urutan yang di beri nya ialah, 3 ,1 , 3 ,1 ,1.
DISPLIN...aku langsung tak tanya sebab kami sama2 paham lagu tu. MAKAN aku tanya sebab aku surprise dia bagi 1 sedangkan aku fikir 3 kerana aku tak pernah betul2 layan dia makan macam anak raja like hidang2 macam tu atau always makan sama2... aku macam selalu kata' mama dah masak kalau rasa nak makan ,makanlah.'...yang kadang2 sampai makanan jadi sejuk 'gedi' kata orang utara.Dan itu menerangkan displin kami yang teruk.

Tapi dia bagi aku 1 sebab katanya aku masak sedap2 bila dia balik....oh ya betul juga dan aku tak lupa ayamnya ,ingat khaliq ingat ayam..begitulah sinonimnya dia dengan daging ayam.

DUIT aku tanya , dan jawapannya dia macam susah nak minta duit nak beli baju T sampai kadang2 terpaksa meminjam dari kawan. Untuk pengetahuan umum....anak saya ni macam2 aktiviti sekolah dia masuk dan dalam sebulan macam2 duit baju T yang dia minta.Kalau abang sulung dia tahu tentu tak ada ayat lain kecuali..' mama manjakan dia sangat..'

Tapi instead nak kata macam tu ,aku ambil kertas dan tulis angka padanya..simple calculation...like your dad's gaji is this much xxxxx tolak (-) epf xxxx (-) incometax xxxx , baki xxxx . kemudian tolak duit kereta xxxx ,tolak duit belanja abang2 dan kakak kau xxxx, tolak duit cr card + astro+ digi + streamyx xxxx baki ada sekian xxxx kemudian tolak unbudgeted expenses dan ofcourse duit asrama kamu duit poket kamu duit alat mandian dan wangian kamu lagi.....

Anakku terdiam dan kemudian katanya macamana budak lain boleh hidup ? Aku jawap boleh hidup bila kita nak sesuatu tanya diri balik is it very2 necessary to buy it?

INI PENGAJARAN TERBAIK UNTUK KU....IBU BAPA KENA BERTANYA PADA ANAK2 DAN KEMUDIAN MENERANGKAN ,kadang2 kita ingat mereka paham kenapa kita bertindak begitu kepada mereka.

BLOG DIA ADA DI SINI KISahkhaliq.

No comments: