Pages

Wednesday, September 17, 2008

Bahang Raya

Sudah 2 minggu berpuasa,Alhamdulillah masih tak tinggal sembahyang sunat Tarawikh. Tahun ini Insyaalah nak buat solat Aidil Fitri di masjid bersama2 suami dan anak2.Puasa tahun ini lebih banyak berbuka di rumah dari di luar. Suami pun rasa lebih puas berbuka di rumah.Hari ini dah buat janji ngan suami ,lepas berbuka di rumah nak ke pasar ramadhan...nak intai apa2 yang patut di beli..such as biskut raya ke. Sekarang bahan2 biskut terlalu mahal jadi macam tak relevan je nak jamu biskut.Jadi suami cadangkan buat masakan je seperti, mi kari ke laksa ke, satey ke untuk jamu orang yang datang berhari raya...SETUJU sangat rasanya.Yang penting niat berkunjung dan bermaaf2an sesama kita sambil meraikan rasa kemenangan mengerjakan ibadah sebulan puasa. oh, Ya! Raya tahun ni saya tak lah berapa beria2 sangat sebab anak2 nak exam..mereka risau saya pun risau....mudah2an mereka dah bersedia sebelum raya jadi bila berhari raya nanti tak de le muka tension.Mudah2an !

No comments: