Pages

Friday, September 12, 2008

JAMAK


(Puan Rohana ,isteri En Adaudin Sa yang memakai tudung merah,Puan Sariah yang memakai tudung putih ,Ella yang bertudung coklat dan Ros yang nampak separuh muka.)

Semalam pertama kali New PA buat majlis berbuka di Prime City Hotel ,Kluang. Kali ni aku tak bawa telekung , aku niat sembahyang jamak ta'khir bila masuk je waktu sholat Maghrib. Aku tahu rumah aku dari hotel tu 10 min je sampai....apa yang aku tak tahu samaada pihak hotel ada sediakan tempat sholat dan boleh ke waktu makan style buffet kemudian keluar dan masuk semula sambung makan.

Bila aku bagi tahu kawan2 aku yang nak pergi sholat mereka ketawa sebab estet aku jaraknya
baru 10km..tak sampai seratus pun. Dan ini bukan kali pertama aku di tempelak macam tu...Aku explain aku bukan sholat Qasar aku sholat Jamak ...dan hukumnya harus..bukan sunat atau wajib.My first intention tidak mahu mengganggu majlis ..kata Puan Rohana ,isteri baru PA, tak kisahlah dengan apa yang kita niatkan. Like not very convincing je niat aku tu.


(Puan Nur ,isteri En Fadhil yang bertudung coklat muda dan Puan Zeila di sebelahnya)


Penulis buku rujukan aku ialah Che ShamsudinOthman..penerbit bukunya ialah Wholesale-Mart Business point Sdn Bhd.
Ikut law dia tak benarkan pembaca mengeluar ulang mana2 isi kandungan ok..jadi aku terpaksa guna ayat aku sendiri.

( Aku dan isteri Wan..lupa pulak nama dia isk isk..teruk betul perangai aku...yang duduk jauh2 boleh ingat nama ,yang duduk sebelah pula terlupa.)

Ayat yang menerangkan bahawa sembahyang Qasar dan Jamak itu adalh hadiah dan sedekah dari Allah SWT ialah ayat 101 dari An-Nisaa yang bermaksud:

"Dan apabila kamu berjalan di muka bumi maka tiada halangan bagi kamu mengqasar solatmu jika kamu takut diserang orang2 kafir.Sesungguhnya orang2 kafir itu bagi kamu ,mereka itu adalah musuh yang nyata."

Manakala dari Umar ibnul Khattab pula katanya Rasullullah SAW pernah bersabda apabila ditanya mengenai solat Qasar ,"Ia merupakan sedekah Allah yang dikurniakannya kepada kamu semua, maka terimalah sedekah Nya itu."

Makna Qasar ialah pendekkan atau ringkaskan..dari 4 rakaat menjadi 2..seperti fardu Dzohor ,Asar dan Isya.

Makna Jamak pula ialah kumpul atau himpun...seperti fardu Zohor dengan Asar dan fardu maghrib dengan Isa.

Jamak dan Qasar juga boleh dilakukan serentak . Di gabungkan dua niat..dan ini di khususkan untuk musafir sahaja dan jarak dia bermusafir ialah lebih kurang 95km keatas.

Jamak pula di bahagikan kepada dua iaitu jamak akhir dan jamak awal. Maksudnya kita boleh samada kumpulkan dua fardu dan sembahyang pada masuknya waktu sembahyang yang awal atau yang akhir. Contoh; Isya di buat pada waktu maghrib yang di panggil Jamak Takdim.Atau kita lakukan pada waktu yang akhir seperti Maghrib di lakukan pada waktu Isya yang di panggil Jamak Ta'khir.

Dan yang ingin saya tulis ialah Solat Jamak yang diharuskan ketika Tidak Musafir atau tidak dalam perjalanan jauh.
Kata penulis di atas Jamak bukan semata2 kemudahan khusus untuk orang musafir sahaja tetapi boleh dilakukan pada waktu2 tertentu.Dan di sepakati serta di rumus oleh beberapa ulamak .Ini berbeda dengan solat Qasar.

Contohnya dalam keadaan cuaca buruk..di takutkan kita tidak dapat datang semula ke masjid atau menyusahkan kita maka kita boleh niat Jamak. Dalam keadaan orang yang sedang memberi ceramah yang panjang..sakit yang serius, takut terperangkap dalam kesesakan jalan raya ....

Dan atas semua fakta2 tersebut...aku juga mengikut akal dan kewajaran ku apabila menghadapi masaalah seperti terputus bekalan air..pernah menjamak solat ku . Jika ada majlis2 yang aku sendiri tidak yakin samada dapat melakukan solat ku dengan tertib akan menjamak solat ku. Pernah aku terbaca dalam satu kitab seorang wanita yang melakukan solat adalah lebih bagus di rumah dari di masjid dan lebih afdal didalam bilik yang tidak dapat dipandang orang dari di ruang legar..wallahualam.

p/s gambar semua kelabu sebab tak adjust betul2 ,spek mata tak bawa jadi main snap snap snap aje.

No comments: