Pages

Monday, September 08, 2008

Majlis berbuka Puasa

Kebiasaannya asyik tenguk dalam TV je majlis berbuka puasa yang di buat di hotel2...sampai tertanya2 ..eh diorang ni tak sembahyang Maghrib ke apatah lagi buat sholat Isya dan Terawikh.

Jadi bila suami kata ada jamuan berbuka di Hotel Emperor Melaka last Saturday..rasa macam excited juga...aturcara macam biasalah bila tanya suami semua nya tak tahu ,yang dia tahu di mana ,bila dan isteri boleh ikut.(Bab2 ni boleh jadi bengang juga..sebab kita kena fikir baju apa yang harus dipakai. Sebab ini majlis agama tentulah kena pakai Baju Melayu..jadi saya siapkan ajelah , baju,songkok dan sampin).

Bila sampai je ,baru tahu yang majlis starts after Asar around five thirty....katanya ada majlis bagi angpau untuk anak2 yatim.Kelamkabut lah saya menyerika pakaiannya..dan saya pula ,kata suami tak yah ikutlah ....waktu berbuka nanti baru join....oklah ..boleh relaks lagi.

Lepas siap ,dia call kawannya nak turun sekali la lepas tu kawannya cakap...dia bawa isteri sekali.Tinggal2 ,nanti nak jumpa kat mana pula...
Dah gesa2 suruh saya bersiap cepat...kita perempuan mestilah renyah nak bersiap ...kalau berserabai je nanti ..terkejut pula anak2 yatim tu.

Bila siap mestilah ber lenggang2 kangkung nak ke majlis, tup2 jumpa members semua dah siap bawa telekung ....rupa2nya majlis berbuka tu akan disusuli dengan sembahyang Maghrib berjemaah di dewan sebelah ,kemudian jamuan makan ,kemudian sambung dengan sembahyang Isya dan Tarawikh beramai2...jadi terpaksalah terketek2 balik semula ke bilik dengan menuruni 3 tingkat ke bawah dan menaiki 21 tingkat ke atas dengan menggunakan 2 lift yang berbeda dan menuruni semula 21 tingkat ke bawah dan menaiki 3 tingkat keatas semula untuk masuk ke dewan majlis....

Komen atas majlis;
Makanan terlalu banyak dan berlebihan.
Kurang teratur.

1 comment:

Azlan said...

"jadi terpaksalah terketek2 balik semula ke bilik dengan menuruni 3 tingkat ke bawah"

Terketek2? macam rupa itik berjalan je. hehehe