Pages

Monday, October 27, 2008

APA ADA PADA NAMA.....

Sebenarnya ada sesuatu yang lucu bermain dalam kepala ku, sejak aku balik berhari raya lagi...dan bila dikumpul2kan cerita rupa2nya banyak anak2 yang tak puas hati dengan nama yang di berikan oleh ibu bapa mereka.Anak saudara ku yang berumur 4 tahun pun dah pandai bagi tahu emaknya namanya sesuai untuk orang tua sahaja....

Perasan tak nama orang sekarang dengan nama orang dahulu sangat berbeda..Masih akan ada ke lagi nama Fatimah, Ramli,Omar atau Noor Aini lepas kematian ku nanti.....Dan silap taruh nama anak ,mak bapak yang kena marah. Teringat satu masa dulu bila adik laki-laki ku yang tak suka dengan namanya, marahkan aku dan kakak sebab cakap nama Abdullah maknanya bagus ...alasannya mudah dia tak suka kawan2 kelasnya panggil dia Dolah atau Dol atau Lah....

Baginya semua tak sedap, bunyi kolot tetapi kalau dia pandai boleh tukar panggil Ab.Tapi mungkin dia tak berapa kreatif waktu itu begitu juga denagn aku.

Nama aku Noor Aini..di rumah keluarga ku panggil Ani dan di sekolah kawan2 ku panggil Noor dan bila bekerja office mate panggil Aini..dan jika di eja dalam huruf jawi bunyi namaku Aini bukan huruf A tetapi huruf Ai'n kalau boleh aku suka dengan panggilan Ai'n .

Sebenarnya aku lebih suka menamakan anak dengan nama yang mudah di panggil..masalahnya apabila kita melahirkan dan mahu memberi nama anak banyak pengaruh dari luar juga seperti , mak, mak mertua, kakak ipar and so on....

Untuk memberi kepelbagaian dan memudah kan memilih panggilan kelak maka macam2 rangkap nama akan keluar. Kawanku suatu ketika dulu memilih huruf F di setiap nama anaknya..seperti Fairouz , Firdaouz , Fareeda dan lupa pulak yang lagi sorang anak perempuannya...

Baginya nama anaknya Fareeda sudah cukup cantik tapi masih tidak memuaskan hati setengah orang...aku juga suka dengan nama itu tapi yang anehnya...anak tu oleh kerana kecilnya dulu berkulit putih, montel dan bermata bakup, dia di panggil Moi oleh bapanya sendiri.

I wish the government have a new regulations..let people when they are old enough to chose their own names...let say bila umur 17 boleh tukar nama di kad pengenalan sama seperti kes kad pengenalan lama ditukar ke kad pengenalan baru ....di dalam Islam sendiri suruh menukar nama jika nama itu tidak memberi makna yang baik.

Aku turut setuju kalau anakku sendiri dapat membuat pilihan...

Kemudian aku terfikir pula kalau lah mereka juga boleh memilih genetik apa yang mereka mahu dari ibu bapa mereka(dari aku..)mereka tentu ingin memiliki yang terbaik...yang cantik ,yang pandai ,yang sihat juga yang berbakat ..tetapi kalau lah mereka di beri pilihan antara satu yang susah mahu di pilih...antara genetik cantik dan pandai.....antara cacat dan berbakat ,antara berpenyakit dan bodoh....aku terfikir lagi...setengah orang lebih suka pada orang yang pandai dari yang cantik, orang cacat yang berbakat dari yang sombong bodoh.....

Jangan risau Allah selalu Adil.....



Friday, October 17, 2008

AIR 2 KOLAH

Tiap kali aku terima atau terbaca bab-bab mencuci mengguna mesin pembasuh tidak akan mensucikan pakaian ,aku jadi @@########### bukan bengang tapi confused. Sifat aku yang semula jadi suka bertanya diri sendiri and my favourite question...Kenapa Pulak? Akan keluar kerana perasaan tidak puas hati kerana orang bercakap pasal hukum tidak memberi dalil yang kukuh.

Alasan yang diberi sama saja tak cukup DUA KOLAH AIR....hmmm rasa2 mesin kat kedai DOBI yang paling besar pun tak cukup dua kolah.


Di Malaysia ,kita beruntung hujan selalu turun dan dua kolah air senang2 untuk di takong tetapi Islam bukan sahaja untuk Malaysia tetapi Universal...di tanah gurun ,puncak gunung malahan di kutub utara/selatan sekali pun Islam mesti disebar.

Dan Islam berkait rapat dengan hukum.Dan salah satu hukum dalam Islam ialah mensucikan diri .Aku yakin mensucikan diri bukan sahaja dari segi lahiriah tetapi bathiniah dan termasuklah minda manusia yang mesti bersih dan suci dari fikiran2 yang kotor.

TErfikir lagi kalau di kutub tempat salji ,tempat ais bagaimana cara yang betul untuk seorang Islam bersuci dan berwudhuk.

Ini yang ku terima melalui e mel...


Subject: Sedarkah anda



Kembali Ke Pangkal Jalan1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh
washing machine adalah kurang dari
2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis
(terdapat air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yang bersih pun akan
turut menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum air mutanajjis)

2. Sedarkah anda bahawa
hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya dan
sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah semasa kita hendak
memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya sebahagian dari
telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut memakan najis
tersebut. (Roti canai telur, anyone?)

3 . Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan
tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara utk
memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki kiri ke
atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan ke selipar
kanan. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri. (Kerana adab
masuk
tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar adalah dengan kaki kanan
dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan kaki kiri tapi memijak lantai,
tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan kaki kita).


4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yang
bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci. Kita perlu
menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah Agama'
hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Ismail Kamus)

5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita
perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota badan
atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan menyebabkan
anggota badan kita turut bernajis.

6 . Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk mengelakkan
sakit jantung) dan udara hembusan
pernafasan kita perlulah di luar gelas.
(Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan minumaan menjadi
acidic)

7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz' dalam chat adalah
umpama menghina ucapan
salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti
menghina Islam. Sekian, ampun dan maaf kalau ada tersalah data dan info.
Oleh kerana tidak ada dalil dan aku tidak berpuas hati ...jadi aku cari dalam internet dan alhamdulillah menemui sesuatu yang aku mehukan seperti yang aku muatkan di sini. Mudah2an menjadi panduan kita bersama.

Bab Cara Membersihkan Najis Cetak halaman ini Kirim halaman ini ke teman via E-mail
Abdul Azhim bin Badawi al-Khalafi
Wednesday, 13 December 2006

Sudah dimaklumi bahwa Syari'at Allah dan Rasul-Nya telah memperkenalkan kepada kita eksistensi barang yang najis atau yang terkena najis dan juga telah menjelaskan kepada kita kaifiyah, cara membersihkannya. Kita wajib ittiba' (mengikut) petunjuk-Nya dan merealisasikan perintah-Nya. Misalnya, manakala ada dalil yang memerintah mencuci sampai tidak tersisa bau, atau rasa ataupun warnanya, maka itulah cara membersihkannya. Apabila ada dalil yang menyuruh dituangkan, atau disiram, atau digosok dengan air, atau digosokkan ke tanah, ataupun sekedar dipakai berjalan di permukaan bumi, maka itulah cara mensucikannya. Dan ketahuilah bahwa air merupakan pembersih aneka najis yang utama dan pertama. Hal ini didasarkan pada penjelasan Rasulullah saw. tentangnya, di mana Rasulullah saw. bersabda, "Allah telah menciptakan air sebagai pembersih." (as-Sailul Jarrar I:48, no: 42). (Mengenai sabda Nabi saw., "Allah telah menciptakan air sebagai pembersih" ini Al-hafizh Ibnu Hajar dalam kitab Talkhishul Habir I: 14 menegaskan, "Aku tidak menjumpai hadits yang persis seperti itu, hanya yang semakna yang telah disebutkan di muka melalui Abu Sa'ad dengan "Sungguh air itu suci tidak bisa dinajiskan oleh sesuatu apapun" selesai).

Oleh sebab itu, tidak boleh bergeser kepada pembersih lain kecuali apabila ada kejelasan dari Nabi saw. Jika tidak ada, maka tidak boleh. Karena beralih dari sesuatu yang sudah dimaklumi sebagai pembersih kepada sesuatu yang tidak diketahui berfungsi sebagai pembersih, ini berarti menyimpang dari ketentuan rel syari'ah. (as-Sailul Jarrar I:48 no: 42 dengan sedikit diringkas).

Jika kita sudah memahami apa yang diuraikan di atas, maka ikutilah penjelasan syara' perihal sifat dan kiat membersihkan barang-barang yang najis atau yang terkena najis.

1. Membersihkan Kulit Bangkai dengan Menyamaknya.
Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam riwayat berikut: Dari Ibnu Abbas r.a., ia berkata: "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Kulit apa saja yang disamak, maka ia menjadi suci.'" (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 2907, al-Fathur Rabbani I: 230 no:49, Tirmidzi III: 135 no: 1782 dan Ibnu Majah II:1193 no: 3609 serta Nasa'i VII: 173).

2. Membersihkan Bejana yang Dijilat Anjing
Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam riwayat dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Sucinya bejana seorang di antara kamu bila dijilat anjing ialah (hendaklah) ia mensucinya tujuh kali, yang pertama dicampur dengan debu tanah.'" (Shahih: Shahihul Jami'ush Shaghir no: 3933 dan Muslim I:234 no: 91/279).

3. Mensucikan Pakaian yang Terkena Darah Haidh
Sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat Asma' berikut ini, dari Asma' binti Abu Bakar ra, ia berkata, "Telah datang seorang perempuan kepada Nabi saw. seraya berkata, pakaian seorang di antara kami, terkena daerah haidh, bagaimana ia harus berbuat?" Maka jawab Beliau, '(Hendaklah) ia menggosoknya, lalu mengeringkan dengan air kemudian membilasnya, kemudian (boleh) shalat dengannya.'" (Muttafaqun 'alaih, Muslim I:240 no: 291 dan lafadz baginya, Fathul Bari I:410 no:307).

Kalau setelah itu ternyata ia masih tersisa bekasnya, maka tidak mengapa. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah ra bahwa Khaulah binti Yasar berkata, "Ya Rasulullah aku hanya mempunyai satu potong pakaian, dan (sekarang) saya haidh mengenakan pakaian tersebut?" Maka Rasulullah menjawab, 'Apabila kamu suci, maka cucilah yang terkena daerah haidhmu, kemudian shalatlah kamu dengannya.' Ia bertanya (lagi), 'Ya Rasulullah, (bagaimana) kalau bekasnya tidak bisa hilang?!' Rasulullah menjawab, 'Cukuplah air bagimu (dengan mencucinya) dan bekasnya tidak membahayakan (shalat)mu.'" (Shahih: Shahih Abu Daud no: 351, 'Aunul Ma'bud II: 26 no: 361 dan al-Baihaqi II: 408)

4. Membersihkan Pancung Pakaian Wanita
Cara membersihkannya adalah sebagaimana yang diuraikan riwayat di bawah ini, dari seorang ibu putera Ibrahim bin Abdurrahman bin 'Auf bahwa ia pernah bertanya kepada Ummu Salamah isteri Nabi saw., "Sesungguhnya aku adalah seorang perempuan yang biasa melabukkan pancung pakaianku dan (kadang-kadang) aku berjalan di tempat yang kotor?" Maka Jawab Ummu Salamah, bahwa Nabi SAW pernah bersabda, 'Tanah selanjutnya menjadi pembersihnya.'" (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 430, Muwaththa' hal 27 no:44, 'Aunul Ma'bud II: 44 no: 379, Sunan Tirmidzi I: 95 no: 143, Ibnu Majah I: 177 no: 531).

5. Mensucikan Pakaian dari Anak Kecil yang Masih Menetek
Caranya sebabagaimana yang diriwayatkan berikut ini, dari Abus Samh, pembantu Nabi saw., ia berkata, bahwa Nabi SAW bersabda, "Dicuci (pakaian badan) yang terkena kencing anak perempuan dan (cukup) disiram dipercik air dari kencing anak laki-laki." (Shahih: Shahih Nasa'i no: 293, 'Aunul Ma'bud II: 36 no: 372 dan Nasa'i I: 158').

6. Membersihkan Pakaian dari Air Madzi
Dari Shal bin Hunaif, ia berkata, "Dahulu aku biasa mendapati kesulitan dan kepayahan karena madzi sehingga aku sering mandi karenanya. Lalu aku utarakan hal tersebut kepada Rasulullah SAW, maka Beliau bersabda, 'Sesungguhnya cukuplah bagimu hanya dengan berwudhu.' Kemudian aku bertanya, 'Wahai Rasulullah, bagaimana dengan madzi yang mengenai pakaianku?' Maka jawabnya, 'Cukuplah bagimu mengambil setelapak tangan air lalu tuangkanlah pada pakaianmu (yang terkena madzi) sampai lihat air itu membasahinya.' (Hasan: Shahih Ibnu Majah no: 409, 'Aunul Ma'bud 1: 358 no: 207, Tirmidzi I: 76 no:115 dan Ibnu Majah I: 169 no: 506).

7. Membersihkan Bagian bawah Sandal
Sebagaimana yang diriwayatkan berikut ini, dari Abus Said ra bahwa Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang di antara kamu datang ke masjid, maka baliklah kedua sandalnya dan perhatikan keduanya: kalau Ia melihat kotoran (pada sandalnya), maka gosokkanlah ke tanah kemudian shalatlah dengan keduanya." (Shahih: Shahih Abu Daud no: 605 dan 'Aunul Ma'bud II:353 no:636).

8. Mensucikan Tanah/Lantai
Dari Abu Hurairah ra ia berkata, "Telah berdiri seorang Arab Badui di (pojok) dalam masjid lalu kencing, maka kemudian para sahabat hendak menghentikannya, lalu Nabi saw. bersabda kepada mereka, 'Biarkan dia (sampai selesai) dan (kemudian) tuangkanlah di atas kencingnya setimba air atau seember air, karena kalian diutus (ke permukaan bumi) sebagai pemberi kemudahan, bukan ditampilkan untuk menyulitkan.'" (Muttafaqun 'alaih: Irwa-ul Ghalil no: 171, Fathul Bari I: 323 no: 220, Nasa'i I:48 dan 49 dan diriwayatkan secara panjang lebar oleh Abu Dawud, 'Aunul Ma'bud II:39 no:376, dan Tirmidzi I:99 no:147).

Nabi saw.memerintah para sahabat berbuat demikian hanyalah sebagai tindakan cepat agar tanah yang dikencingi segera suci kembali. Kalau tanah yang dimaksud dibiarkan sampai kering dan bau pesingnya hilang maka ia menjadi suci. Ini didasarkan pada riwayat Ibnu Umar ra. Ia berkata: "anjing-anjing sering kencing di dalam masjid, dan biasa keluar masuk (masjid) pada era Rasulullah SAW, dan para sahabat tidak pernah menyiramnya sedikitpun." (shahih: Shahih Abu Daud no:368, Fathul Bari secara mu'allaq 1:278 no:174 dan 'Aunul Ma'bud II:42 no: 378).

Sumber: Diadaptasi dari 'Abdul 'Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil 'Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma'ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm. 62 --67.

Terakhir kali diperbaharui ( Tuesday, 27 November 2007 )



Sunday, October 12, 2008

LELAKI, SUAMI DAN dot DOT DOt bah-2

Cuba bandingkan dua ungkapan ini .....
Lelaki,suami dan jalang dengan perempuan ,isteri dan jalang.....dari persepsi lelaki dan permpuan.
(untuk sape2 yang tak de benda yang nak fikir)


Ok sekarang nak sambung lagi perasaan dan persoalan yang tersembunyi dalam diri saya ni. Saya sambung sikit lagi.

Saya rasa lelaki cepat berubah bila dia ada i)duit ii) status iii) rupa iv)Bini*****

Kadang2 saya sangka lelaki kaum yang berani tetapi rupa2nya banyak perkara yang mereka takut..mereka takut Tua. Mereka takut Sunyi. Mereka takut takde duit dan tak kurang penting mereka takut mereka bukan lagi 'orang penting' di tempat kerja mahupun di dalam keluarga.

Banyak orang perempuan anggap lelaki yang suka main kayu tiga miang ,tak bertanggung jawab dll.Saya pula anggap hati mereka rapuh.Kenapa kebanyakan suami walau kononnya ada calon lain masih mahu menyimpan isteri pertama mereka? Kata orang sifat lelaki kononnya tak suka kalau milik nya di ambil orang lain ,betulkah? Atau mereka rasa tercabar kerana diri mereka tidak lagi jadi fakta 'orang penting'.

Siapa lagi selain pekerja mereka yang sangguh di arah kalau bukan isteri mereka.

Kata arwah ibu di zamannya perceraian amat mudah...semudah menyalin pakaian. Jadi tak terkejut kalau ada orang laki-laki dulu boleh kahwin berbelas-belas kali.Sekarang kerajaan telah menguatkan beberapa syarat sebelum perceraian supaya nasib wanita Islam dan waris2 nya terbela...tak jadi macam kain buruk atau pengelap kaki.

Beristeri muda hanya menaikkan satu status sahaja pada orang laki-laki iaitu mereka ada DUIT.Kalau mereka fikir mahu menunjukkan kegagahan,mereka seratus peratus silap besar.Kalau zaman dahulu isteri yang memang masih muda berkahwin lelaki tua akan merana bathin tetapi rasanya pada zaman serba moden dan berilmu ini sudah ada berbagai pilihan .

Dan saya tak fikir hati lelaki yang mempunyai isteri muda akan tenang seratus peratus -jika ada duit sure pasang spy.Tapi kalau a bit sengkek terpaksalah mengekori isteri ke hulu ke hilir kerana takut di goda jejaka yang lebih ,muda ,tampan dan kaya dari mereka.Dan bila malam pula apa cerita?Isteri cerita huruf G suami kena cari mr V.

Itulah keistimewaannya isteri lama, kalau nak kemana-manapun tiada yang melarang, di tinggalkan berminggu-minggu pun hati tetap tenang dan aman.Tak pandai demand atau mengugut kalau tak di beri. Cukup dengan pemberian seadanya.Hatinya selalu mendoakan suaminya selamat .Sayangnya mungkin tak dipamerkan depan orang ramai tetapi di rumah suami dilayan macam pemerintah.

(I think i already bored myself to death with this entry.)


DELETE*******this statement.
Potong cerita,
Lelaki ,suami dan jalang....
Lelaki perlukan perempuan untuk di jadikan isteri, dan memerlukan isteri untuk menjalang ...so kalau seorang perempuan tak sanggup jadi jalangnya ,jangan jadi isteri dan kalau tak sanggup jadi isteri jangan jadi perempuan...So nak jadi ape?

Saya tiba-tiba terfikir lagi bila pasangan suami isteri (yang sudah berkahwin selama berbelas2 tahun )bergaduh..apa yang mereka fikirkan...

perempuan selalu fikirkan jangka masa 17 tahun bersama.
lelaki pula berfikir jangka masa 17 tahun terbuang....

AM I RIGHT?RiGHT ? NO?











LELAKI ,SUAMI DAN DOT,DOT,DOT....

Bukan semalam je kata-kata perempuan ,isteri dan jalang bermain dalam fikiranku tapi dah lama sejak sebelum cerita perempuan ,isteri dan dot,dot, muncul dalam skrin putih di Malaysia.Aku macam suka je dengar bunyi dot,dot tu jadi aku tukar tajuk blog aku lelaki,suami dan dot,dot sebab aku nak berkisah pasal laki2.

Semalam kata suami ada perjumpaan sambil bermain golf di sebelah petang diikuti dengan dinner dekat kelab tetapi isteri2 tak boleh turut serta...ada pak mamat yang tak setuju bawa isteri sekali sebab takut antara isteri2 bergosssiiip.Aku terfikir tak de kerja lain ke kami nak buat....
Contohnya nak belajar pakai eye liner dengan betulke , perbagaikan cara ikat tudungke ,senam diri untuk merapatkan benda yang longgarke atau bercakap pasal petua nak bagi nafsu naik walau anak dah sederet.Macam2 boleh.

Sebab suami tak main golf, dia tak ke sana dan kalau sekadar nak makan malam kat kelab tu(suami pernah komplen ,mee hoon goreng bau hapak) ,di rumah saya goreng ikan masin ,masak Perak kesukaannya lagi berselera makan..lepas tu kami pasang karoake ,melalak macam orang gila(masuk lagu ke dua suara hilang) ,dengar koleksi muzik chacha sambil layar internet.....hmmm hujung minggu kami lebih santai dan tak serabutkan kepala dan penatkan badan dari jumpa muka yang sama ,bercakap perkara yang sama!

Petang tu surprisingly dapat phone call dari salah seorang teman ,katanya hari tu dia tak balas my Hari Raya Wish tru SMS...tapi saya cakap its ok....so we talked a bit tapi biasalah tentang anak2 ,tentang diri dia yang dalam dilema nak ikut suami berpindah ke Bintulu atau tidak. Saya boleh cakap apa yang saya pernah experience je tetapi keputusan still ditangan dia.

Tenguk!Kadang2 suami so unfair tak bawa kami sekali untuk berkumpul dan discuss masaalah kami!

Bila persoalan kenapa suami tidak mahu bawa isteri timbul dalam kepala otak saya...(maklumlah bila perempuan tak de kawan dia akan soal diri sendiri , jawab sendiri .Nasib ada blog!)Especially waktu2 happy hours...tentulah kerana they want to have FUN ....

Masaalah yang besar di sini , would the wive love to see her husband's having fun with his friends...or just pretending.Dan masaalah lain pula bila anak2 menangis dan mengamuk nak balik.. would the wive take them home without disturbing the husband's activity?

Sebab suami2 ni dah teruk bekerja jadi mereka rasa mereka deserve untuk bergembira ,kalau mereka anggap anak dan isteri adalah penghibur mereka, dah tentu mereka akan bawa sama tetapi kebanyakan suami anggap isteri dan anak hanya pengganggu ,menyusahkan, membosankan dan tidak sporting.

Sampai bila lah minda suami ini mahu terbuka supaya minda kami pun boleh tumpang terbuka....kalau kami asyik terperuk di rumah dan bersoal-jawab sorang2 sudah tentulah pak Syak dan mak 'Nah masuk campur.

Bersambung....

Oklah kadang-kadang aku nak tanya suami2 ni ,tetapi sebaliknya aku cakap sorang2 lagi....kalau kau rasa kau segan nak bawa wife kau sebab wife kau warak ,pakai tudung. Kau prefer bawa kawan kerja yang masih solo dan sporting. Let say berkaraoke atau berdansa...kan ke bodoh tindakan kau tu...kau belum ajak isteri kau mana kau tahu dia tak mahu.Namanya Si Isteri ni ke lubang cacing pun dia mahu ikut suaminya, tak caya tanyalah isteri2 kamu.

Kalau kau nak marah saya sebab saya kata kau bodoh...hophop berhenti dulu ok .Sebab saya ada sebab.

Sebab pertama...wife kau tu manusia yang masih boleh belajar dan berubah.

Kalau kau bawa orang bukan muhrim kan berdosa, lebih baik kau bawa wife kau dan kalau kau malu dia pakai tudung kat tempat orang pelik bertudung kau suruh dia buka ..at least dosa kau setakat kau tak perintah isteri kau bertudung je..kalau kau bawa yang bukan muhrim dan bersentuh2an dan lain2 kan dosa tu lagi berat!Yang ini kalau setakat kau nak peluk dan cium dia tak ada apa2 la beb, mudahan bertambah intim bertambah bahagia.So isteri2 kau niat je nak jaga maruah suami kau kemudian balik buat sembahyang taubat .

Tapi laki-laki ni kadang-kadang pelik sikit tabiatnya, dia bangga dapat bawa perempuan muda. Dia bangga dapat bagi membe jelous walaupun kalau kita tenguk muka dia tak lah hensem mana ,senang sebut macam muka kambing. Tapi tak dia bangga sangat sebab dapat pikat mak we muda.

Adoi, rasa macam nak sondol je perut dia (eheh nape pilih perut lak?)

Kalau le kau bawak isteri kau dengan anak yang berderet 2 tu...takkan hinanya malahan orang double respect kamu ,percayalah suami2 yang ada di luar sana...Demi Allah ...orang macam saya malahan isteri2 lain kan tabik kamu cara senyap.

bersambung.....










Saturday, October 11, 2008

LIFE JACKET


Hari ni aku ikut suami pergi ke salah satu kedai kegemaran >>>iaitu kedai jual alat2 menangkap ikan.

S
ebenarnya suami nak cari pump kolam ikannya yang baru siap tetapi kedai yang menjual alat tu belum buka lagi . Walaupun kedai yang kami masuk ni tak jual pump ,tapi tokehnya mesti happy dapat pelanggan yang pertama iaitu 'aku'.

Kadang2 aku sendiri rasa pelik dengan diri aku ni ,walau sebenarnya tak lah pelik sangat kalau kita tinjau semua fe'el orang lain.

Ada orang sanggup keluarkan duit atas makanan tapi sayang bila nak beli baju cantik (macam tak kamcing le kalau dah suka makan mesti badan over size...camane nak beli pakaian yang tergantung dalam butik pula),so its lojik lah.

Ada juga manusia yang tak kedekut beli CD atau DVD tapi kedekut nak beli buku...and so on.

Mula2 aku nak argue mungkin orang2 ni termasuk 'aku' tak punya cukup 'wang' jadi kena pilih antara nak atau tidak ,kemudian tak leh masuk di akal pula.Kenapa aku pilih 'NAK' sedangkan aku boleh pilih 'TAK NAK'.

Seperti ada sesuatu dalam diri kita ketika tu yang buat kita tak boleh atau tak mahu fikir yang tak eluk kecuali yang bagus2 je tentang barang itu. Macam dirasuk benda halus,belilah...belilah....Masih tak lojik kan?

Ok ,cuba perhati orang yang banyak duit...rumah besar ,kereta besar, bank besar...kalau fakir miskin datang depan pintu rumah dia nak minta sepuluh,sikit sangat tu let say seratus ringgit ,rasa-rasa orang kaya tu nak bagi ke tidak.

Sebenarnya hari ni aku cuma nak tulis...yang aku beli dua life jackets which costs me RM170 .So what is so great about it...itu yang aku nak cuba explain ....kenapa aku bab2 ni macam tak sayang duit je....dulu beli fishing rods dengan anak. Suami pula beli khemah , beli sleeping bag ,beli dapur gas ,lampu suluh and so on....ingat nak beli goggles sekali tapi bentuknya kurang cantik ...so nak tenguk kedai lain dulu...

Semua ni actually sepontan ,kalaulah aku boleh fikir cara tak nak mesti aku bagi reasons buat ape nak beli...bukan nya selalu jumpa laut OR umur macam aku ni layak ke lagi pergi ke laut....but then i realised one thing...its my spirit....i never think about my age whenever i think about camping ,snorkling ,swimming or may be for a simple picnic like bakar2 ikan yang datang dari pasar!


Friday, October 10, 2008

Keluarga Salomawati Ishak


Sekadar mengisi blog.

Gambar seorang sahabat di zaman kanak-kanak yang kami panggil Loma.

Dia bukan sahaja berjaya dalam akademik dan kerjaya malahan memecah rekod antara kawan-kawan kami yang mempunyai paling ramai bilangan warisan.


















Sepuluh orang anaknya yang cantik ,hansem dan comel!















Dan yang paling MENGAGUMKAN ,Kawanku Salomawati (seperti gambar di atas)masih tetap CANTIK ,MANIS,ANGGUN dan MENARIK!!

Wednesday, October 08, 2008

APa niii?

INi lagi satu character yang susah nak handle....i am mr perfect , what i did is right and i m always right. PALA HOTAK KAU!

MAAF

HAKIKATNYA BILA MANUSIA MELAKUKAN KESALAHAN ,SEGERA MEMOHON MAAF ,DIA AKAN DIMAAFKAN WALAU BERAT MANA SEKALIPUN KESALAHANNYA. DENGAN HARAPAN DIA INSAF DAN TIDAK AKAN MENGULANGINYA LAGI.

TETAPI BILA DIA INGIN MENGULANGI PERBUATANNYA DAN AKAN MENGULANG LAGI KESILAPANNYA , aPAKAH WAJAR KATA MAAF DIUNGKAP LAGI?

WALAU RAMAI INSAN YANG SUKA MELAKUKAN KESILAPAN BERULANG KALI tETAPI TIADA INSAN YANG SANGGUP MEMBIARKAN PERASAANNYA DIPERMAINKAN LAGI.UNGKAPAN MAAF WALAU HANYA SEKALI TETAPI CUKUP MENGHAPUSKAN SERIBU DOSA DARI SERIBU keMAAFan TETAPI TIDAK MEMPUNYAI APA-APA MAKNA.

jADI CUKUPLAH HANYA SEKALI AKU MAAFKAN.

Sunday, October 05, 2008

DIAM LEBIH BAGUS

Dulu Arwah ibu pesan kalau ada orang terutamanya yang amat rapat dengan kita contohnya suami ke, anak ke , abang ke ,saudara ke dan seterusnya bagi kita hadiah.Ucap saja terima kasih dan jangan bersungut kalau tak berkenan di hati....nanti lain kali orang tu akan serik nak beri lagi.

Dari saat tu saya yang pada mulanya suka pakaian yang bewarna kelabu ,terima saja pemberian suami yang suka warna merah garang! Hikmahnya, saya baru perasan yang kulit saya (ala-ala kulit peranakan India) bila di padankan dengan kain bewarna merah, tersangatlah sesuai!Sedikit demi sedikit minat saya bertukar dari warna kelabu ke warna terang.


Pengajarannya: Jangan terus menolak sesuatu yang kita tidak suka, mungkin ia lebih bagus dari apa yang kita suka.

Kebiasaannya seorang ibu memberi nasihat kepada anak lebih mudah daripada seorang anak hendak menasihati si ibu.

Contohnya,
a)Anak bawa balik barang makanan atas alasan untuk menjamu orang ramai , tiba2 dia kata nak buat apa beli banyak2 !

b)Bila ternampak je botol cincalok ,dia dah tanya siapa yang nak makan cincalok ,sebab dia tak makan jangan ingat orang lain tak makan juga.

c)Bila belacan habis dia sibuk suruh beli, bila dah beli dua ketul dia sibuk suruh ambil dan bawa balik seketul...bila orang kata tak payah sebab boleh beli lain ,dia kata nak bagi orang lain. Belacan tu bukan nya nak rosak kalau di simpan dalam peti ais.Daging yang tinggal besar telapak tangan pun dia nak suruh kami bawa balik ..bila orang masak dia bedal sampai kenyang.

Bila buat kuih banyak pun katanya tak ada orang datang ....kalau dia tak ucap terima kasih pun saya tak kisah cuma tak boleh tahan lah dengan feel cerewetnya. Awal2 lagi saya dah cakap ,mana yang tak mahu saya bawa pulang ,habis cerita ,tak payah bebel2.

Masa nak pulang saya jadi jahat(sebenarnya tak berapa sihat) ....saya masukkan semua barang yang di beli suami ke dalam beg plastik. Dia cuba nak pilih2 barang yang dia mahu tapi saya tak bagi chance .Bila saya nak ambil saki baki biskut raya untuk bekalkan pada anak2 ,sempat pula dia tahan satu bekas tu kononnya sedap.

Lepas ni ,harap2 dia pahamlah .

SERABAI






GAMBAR BALIK KAMPUNG - Taiping











GAMBAR BALIK KAMPUNG -Kuala Kurau

Sebahagian dari gambar yang dapat di ambil ketika beraya di Kuala Kurau.