Pages

Monday, October 27, 2008

APA ADA PADA NAMA.....

Sebenarnya ada sesuatu yang lucu bermain dalam kepala ku, sejak aku balik berhari raya lagi...dan bila dikumpul2kan cerita rupa2nya banyak anak2 yang tak puas hati dengan nama yang di berikan oleh ibu bapa mereka.Anak saudara ku yang berumur 4 tahun pun dah pandai bagi tahu emaknya namanya sesuai untuk orang tua sahaja....

Perasan tak nama orang sekarang dengan nama orang dahulu sangat berbeda..Masih akan ada ke lagi nama Fatimah, Ramli,Omar atau Noor Aini lepas kematian ku nanti.....Dan silap taruh nama anak ,mak bapak yang kena marah. Teringat satu masa dulu bila adik laki-laki ku yang tak suka dengan namanya, marahkan aku dan kakak sebab cakap nama Abdullah maknanya bagus ...alasannya mudah dia tak suka kawan2 kelasnya panggil dia Dolah atau Dol atau Lah....

Baginya semua tak sedap, bunyi kolot tetapi kalau dia pandai boleh tukar panggil Ab.Tapi mungkin dia tak berapa kreatif waktu itu begitu juga denagn aku.

Nama aku Noor Aini..di rumah keluarga ku panggil Ani dan di sekolah kawan2 ku panggil Noor dan bila bekerja office mate panggil Aini..dan jika di eja dalam huruf jawi bunyi namaku Aini bukan huruf A tetapi huruf Ai'n kalau boleh aku suka dengan panggilan Ai'n .

Sebenarnya aku lebih suka menamakan anak dengan nama yang mudah di panggil..masalahnya apabila kita melahirkan dan mahu memberi nama anak banyak pengaruh dari luar juga seperti , mak, mak mertua, kakak ipar and so on....

Untuk memberi kepelbagaian dan memudah kan memilih panggilan kelak maka macam2 rangkap nama akan keluar. Kawanku suatu ketika dulu memilih huruf F di setiap nama anaknya..seperti Fairouz , Firdaouz , Fareeda dan lupa pulak yang lagi sorang anak perempuannya...

Baginya nama anaknya Fareeda sudah cukup cantik tapi masih tidak memuaskan hati setengah orang...aku juga suka dengan nama itu tapi yang anehnya...anak tu oleh kerana kecilnya dulu berkulit putih, montel dan bermata bakup, dia di panggil Moi oleh bapanya sendiri.

I wish the government have a new regulations..let people when they are old enough to chose their own names...let say bila umur 17 boleh tukar nama di kad pengenalan sama seperti kes kad pengenalan lama ditukar ke kad pengenalan baru ....di dalam Islam sendiri suruh menukar nama jika nama itu tidak memberi makna yang baik.

Aku turut setuju kalau anakku sendiri dapat membuat pilihan...

Kemudian aku terfikir pula kalau lah mereka juga boleh memilih genetik apa yang mereka mahu dari ibu bapa mereka(dari aku..)mereka tentu ingin memiliki yang terbaik...yang cantik ,yang pandai ,yang sihat juga yang berbakat ..tetapi kalau lah mereka di beri pilihan antara satu yang susah mahu di pilih...antara genetik cantik dan pandai.....antara cacat dan berbakat ,antara berpenyakit dan bodoh....aku terfikir lagi...setengah orang lebih suka pada orang yang pandai dari yang cantik, orang cacat yang berbakat dari yang sombong bodoh.....

Jangan risau Allah selalu Adil.....



No comments: