Pages

Sunday, October 12, 2008

LELAKI ,SUAMI DAN DOT,DOT,DOT....

Bukan semalam je kata-kata perempuan ,isteri dan jalang bermain dalam fikiranku tapi dah lama sejak sebelum cerita perempuan ,isteri dan dot,dot, muncul dalam skrin putih di Malaysia.Aku macam suka je dengar bunyi dot,dot tu jadi aku tukar tajuk blog aku lelaki,suami dan dot,dot sebab aku nak berkisah pasal laki2.

Semalam kata suami ada perjumpaan sambil bermain golf di sebelah petang diikuti dengan dinner dekat kelab tetapi isteri2 tak boleh turut serta...ada pak mamat yang tak setuju bawa isteri sekali sebab takut antara isteri2 bergosssiiip.Aku terfikir tak de kerja lain ke kami nak buat....
Contohnya nak belajar pakai eye liner dengan betulke , perbagaikan cara ikat tudungke ,senam diri untuk merapatkan benda yang longgarke atau bercakap pasal petua nak bagi nafsu naik walau anak dah sederet.Macam2 boleh.

Sebab suami tak main golf, dia tak ke sana dan kalau sekadar nak makan malam kat kelab tu(suami pernah komplen ,mee hoon goreng bau hapak) ,di rumah saya goreng ikan masin ,masak Perak kesukaannya lagi berselera makan..lepas tu kami pasang karoake ,melalak macam orang gila(masuk lagu ke dua suara hilang) ,dengar koleksi muzik chacha sambil layar internet.....hmmm hujung minggu kami lebih santai dan tak serabutkan kepala dan penatkan badan dari jumpa muka yang sama ,bercakap perkara yang sama!

Petang tu surprisingly dapat phone call dari salah seorang teman ,katanya hari tu dia tak balas my Hari Raya Wish tru SMS...tapi saya cakap its ok....so we talked a bit tapi biasalah tentang anak2 ,tentang diri dia yang dalam dilema nak ikut suami berpindah ke Bintulu atau tidak. Saya boleh cakap apa yang saya pernah experience je tetapi keputusan still ditangan dia.

Tenguk!Kadang2 suami so unfair tak bawa kami sekali untuk berkumpul dan discuss masaalah kami!

Bila persoalan kenapa suami tidak mahu bawa isteri timbul dalam kepala otak saya...(maklumlah bila perempuan tak de kawan dia akan soal diri sendiri , jawab sendiri .Nasib ada blog!)Especially waktu2 happy hours...tentulah kerana they want to have FUN ....

Masaalah yang besar di sini , would the wive love to see her husband's having fun with his friends...or just pretending.Dan masaalah lain pula bila anak2 menangis dan mengamuk nak balik.. would the wive take them home without disturbing the husband's activity?

Sebab suami2 ni dah teruk bekerja jadi mereka rasa mereka deserve untuk bergembira ,kalau mereka anggap anak dan isteri adalah penghibur mereka, dah tentu mereka akan bawa sama tetapi kebanyakan suami anggap isteri dan anak hanya pengganggu ,menyusahkan, membosankan dan tidak sporting.

Sampai bila lah minda suami ini mahu terbuka supaya minda kami pun boleh tumpang terbuka....kalau kami asyik terperuk di rumah dan bersoal-jawab sorang2 sudah tentulah pak Syak dan mak 'Nah masuk campur.

Bersambung....

Oklah kadang-kadang aku nak tanya suami2 ni ,tetapi sebaliknya aku cakap sorang2 lagi....kalau kau rasa kau segan nak bawa wife kau sebab wife kau warak ,pakai tudung. Kau prefer bawa kawan kerja yang masih solo dan sporting. Let say berkaraoke atau berdansa...kan ke bodoh tindakan kau tu...kau belum ajak isteri kau mana kau tahu dia tak mahu.Namanya Si Isteri ni ke lubang cacing pun dia mahu ikut suaminya, tak caya tanyalah isteri2 kamu.

Kalau kau nak marah saya sebab saya kata kau bodoh...hophop berhenti dulu ok .Sebab saya ada sebab.

Sebab pertama...wife kau tu manusia yang masih boleh belajar dan berubah.

Kalau kau bawa orang bukan muhrim kan berdosa, lebih baik kau bawa wife kau dan kalau kau malu dia pakai tudung kat tempat orang pelik bertudung kau suruh dia buka ..at least dosa kau setakat kau tak perintah isteri kau bertudung je..kalau kau bawa yang bukan muhrim dan bersentuh2an dan lain2 kan dosa tu lagi berat!Yang ini kalau setakat kau nak peluk dan cium dia tak ada apa2 la beb, mudahan bertambah intim bertambah bahagia.So isteri2 kau niat je nak jaga maruah suami kau kemudian balik buat sembahyang taubat .

Tapi laki-laki ni kadang-kadang pelik sikit tabiatnya, dia bangga dapat bawa perempuan muda. Dia bangga dapat bagi membe jelous walaupun kalau kita tenguk muka dia tak lah hensem mana ,senang sebut macam muka kambing. Tapi tak dia bangga sangat sebab dapat pikat mak we muda.

Adoi, rasa macam nak sondol je perut dia (eheh nape pilih perut lak?)

Kalau le kau bawak isteri kau dengan anak yang berderet 2 tu...takkan hinanya malahan orang double respect kamu ,percayalah suami2 yang ada di luar sana...Demi Allah ...orang macam saya malahan isteri2 lain kan tabik kamu cara senyap.

bersambung.....










No comments: