Pages

Saturday, November 29, 2008

Nak Jadi Tentera?




Nak sambung sikit lagi cerita pengalaman anak bongsuku yang pergi interview untuk masuk Maktab Tentera Di Raja hari tu....

Bukan dia saje yang bangga dan tak percaya dengan kejayaannya melepasi ujian selama 4 hari tu....aku pun tumpang bangga.Bayangkan selama 360 orang calon yang datang hari tu hanya 60 orang saja yang berjaya sampai ke hari yang terakhir dan Khaliq antara 60 orang yang berjaya tu.

Semasa bawa dia pulang rasa terhibur dengar pengalamannya...Pada hari pertama doktor melakukan ujian kesihatan (walaupun dah buat ujian darah, air kencing dan x-ray dengan doktor luar) .Ramai juga yang terkeluar contohnya calon yang rabun warna, yang ada hernia , yang berat badan melebihi BMI dan yang ada penyakit2 lain . Kata anak hampir seratus orang.

Calon dikehendaki tanda senarai penyakit jika ada dan salah satu ialah penyakit asma...anak tak dapat menipu kerana dia memang pernah mengidap asma jadi dia tanda sebagai pesakit asma...untungnya sesiapa yang ada penyakit akan di panggil dahulu berjumpa dengan doktor dan menanggal seluruh pakaian sorang-sorang manakala calon lain sekali masuk sepuluh orang dah terjerit2 aku nampak kau punya !

Alhamdulillah semasa doktor periksa dia sihat dan layak mara ke hari kedua.Hari kedua di adakan ujian fizikal ,hari ketiga ujian IQ dan yang akhir Ujian lisan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Lucu juga bila anak cerita ramai orang terkejut hairan bila nombor dia di panggil antara yang paling awal kerana berjaya mendapat markah antara yang tertinggi dalam ujian fizikal sedangkan badannya nampak sekeping.Calon dari sekolah STK semuanya 8 orang dan hanya 6 orang sahaja yang berjaya sampai ke temuduga terakhir....kata anak mereka saling bantu menbantu memberi semangat antara satu sama lain.Ssalah seorang dari kawannya telah banyak membantu dengan memberi beberapa pertunjuk cara untuk mendapat markah tambahan ketika sesi temuduga tetapi sayangnya dia gagal pada hari yang ketiga.

Beritahu anak lagi , sebenarnya bagi calon yang aktif dalam sukan akan mendapat mata ganjaran ,bagi sukan yang paling tinggi mata ganjarannya ialah sukan rugby dan ko-kurikulum yang paling digalakkan ialah rekacipta. Anak bernasib baik kerana dapat markah penuh dalam kedua2 kategori tersebut.

Apa pun,SYabas untuk anak dan kawan2nya ,walau pun badan mereka kategori saiz sederhana dan kecil tetapi otak dan semangat boleh tahan kuatnya.....

Sambungan:

Oh ya nak sebut juga...kata anak ada lebih kurang tiga budak yang guna kebel dan berjaya dengan mudah....maklumlah bapa ada pangkat dalam tentera.

Friday, November 28, 2008

PASAL AKU


Hari ini kepala aku rasa berat...bukan saja kepala rasa berat, perut pun rasanya semakin berat(kerana kurang bersenam)....Aku belum lagi rasa nak ke klinik walaupun pergelangan tangan kiri ku dah lama sakit.

Bukan tak pergi langsung ke klinik tetapi bila jumpa je muka doktor ..terlupa nak cakap pasal penyakit yang memang dah lama dalam list maklumlah banyak penyakit...bila nak discribe dekat doktor tenguk muka doktor yang macam senyum tapi tak senyum...malu pulak.Dalam hati dia entah2 fikir aku mengada2 atau tak paham itulah penyakit ketuaan bukan ketuanan.

Tadi semasa aku nak buat teh ,tekan air panas kat water dispenser tu kering kontang..masyaallah siapa orang terakhir yang buat kopi ni...setahu aku yang ada dalam rumah ni semua laki2 tetapi yang perempuan ni la yang kena dok isi air 20 liter dan angkat botol yang berat tu ,dan barula aku terperasan kenapa pergelangan tangan kiri ku sakit selalu.... Aku gunakan lengan kiri ku untuk menahan 20 liter air dan mengangkat untuk meletaknya semula atas dispenser.

Kata Khaliq kawan2nya tak percaya umur ku dah cecah 48...aku jawab balik mungkin ibu mereka tak dye rambut kot ...jawab Khaliq lagi bukan pasal rambut tapi rupa mereka ..jawab aku lagi mungkin ibu mereka kerja berat banting tulang, berkebun....jawab Khaliq mereka pun duduk rumah macam mama... kalau macam tu mereka tak pakai krim muka kot....tetapi yang sebenarnya cara berpakaian juga boleh menipu umur yang sebenarnya..tenguk pelakun yang boleh jadi muda dan tua dalam jangka masa yang sama kerana pakaian yang mereka pakai...mungkinkan?




Thursday, November 27, 2008

RMC - pt2


Ma.....aliq dpt msok tmu duge akhir...rmai da kne buang...tnggal brape org jek...

From: Aliq
11:16pm 26-NOV-08

Wednesday, November 26, 2008

RMC

Maa...ive survived till this day n dont know until when i can stay here..
Nanti kalau masuk final temu duga ,aliq kena korbankan rambut yg chantek ini....

From:Aliq

Isnin lalu aku dan suami hantar anak ke RAMD Batu Tiga untuk anakku melalui beberapa ujian kelayakan untuk masuk Royal Military College. Dia kena tinggal dalam kem selama 4 hari untuk menghadapi IQ test dan Fizikal Test.

Sebelum aku jejak kaki dalam kem tu aku rasa confident anak akau akan berjaya terpilih kerana ada ciri2 atlit dalam dirinya ,tetapi bila sampai je dan lihat kehadiran orang ramai tiba2 perasaanku berubah . Calon2 yang datang tu bukan calang2 orang. Kebanyakannya terdiri dari pengawas sekolah..ada yang datang dari Muar, Melaka ,Johor Baru dan seluruh kawasan Johor yang lain. Badan mereka tegap, pakaian dan rambut mereka kemas dan keyakinan diri mereka nampak tinggi macam seratus peratus yakin atau sekurang2nya 100% bersedia.

Anak aku seperti biasalah ..suruh potong rambut pun tak potong..persiapan last minute , baju sekolah pun pinjam kawan sebab katanya uniform sekolah dia tinggalkan di asrama...dah lah pakai uniform pengawas ,tag nama AHMAD ZAHARI pun masih terpampang di bahagian kiri Vest tu.Bila aku sebut kalau penemu duga tu perasan nama adik lain dengan uniform , apa adik nak jawab...dah gelabah .... Nak tukar pakai T- Shirt... lepas register tukar balik pakai baju tu ..lastly aku suggest tanggal je nama tu....so kelam kabut la guna pin tudung untuk tetas benang.

Sebab itulah aku dan suamiku tak berapa yakin ....tapi tak mahu tunjukle ....dalam hati cuma terfikir kalau dia dapat..itu adalah usahanya sendiri dan aku akan kagum dan kalau tak dapat pun aku tak terkilan sebab kehadiran nya itu ada faedahnya dari segi pengalaman.Sebelum berpisah aku sempat pesan...kalau jawab soalan tu jangan tergagap...kalau tak tahu pun jangan cakap tak tahu tetapi guna ayat pada pendapat saya jawapan nya macam tu macam ni...Orang lebih minat tenguk cara adik menjawab bukannya salah atau betul.

9/11 >>>UNTOLD STORIES

BAGI ANDA YANG SUKA THEORIES OF CONSPIRACY . u TUBE DI BAWAH INI YANG MENGANDUNGI 29 BAHAGIAN MEMANG BAGUS UNTUK DI TONTON SEBAGAI PEMBUKA MINDA.

http://www.youtube.com/watch?v=gAcxGD6-c-E&feature=related

Sunday, November 23, 2008

Lagi2 SUAMI

Hari tu kawan buat tea party khusus untuk kami ,mak2 budak....enjoy sangat kami ..banyak sangat cerita2 lucu yang keluar. Semua yang di jemput termasuk aku gave positive response..really kami betul2 enjoyed that evening...so thanks to Nor.

Terkejut juga bila ada suami cikai yang jumpa suami Nor dan komplen, kenapa huh???

Nor cakap dia invite je tapi tak paksa datang...kalau dia tak suka wife dia datang dia ada hak tegur wife atau halang wife dia datang tapi dia tak ada hak nak sekat orang lain nak buat minum petang dan panggil kawan datang.Kami terfikir sebab2 atau alasan2 kenapa suami dia melenting sangat...hmmm.

=Mungkin ke isteri dia suka membanding2 dan mula bersuara kenapa suami si Nor tu boleh beli itu dan ini tetapi suami dia kata tak boleh....(memulakan bibit2 pertengkaran)

ATAU

=Suami dia mula risau apabila isteri nya mula baik dengan kumpulan kami jadi dia tidak boleh lagi guna modal lama...bila nak keluar ada meeting...(suami nakal)

Apa pun...Puan Rohana,isteri GM (bakal ambil PHD) sokong tindakan kami buat aktiviti untuk isteri2 dan anak2 begitu juga dengan suaminya...

NOTE: BIla lah mentaliti dan ego suami ni nak berubah.

Wednesday, November 19, 2008

BESTNYA LAGU!!

http://www.youtube.com/watch?v=wAfUMfCtcDA
A new track from Native deen. (Final edition)
* Added Lyrics:
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It Was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love --
They brought her in -- told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know.....when I'm praying and fasting'
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

one day there's a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing.... her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don't see me sweatin' when they're jokes cracking
Never see me cussing' with my pants saggin'
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause...

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Now, I'm a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don't dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more....

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn't cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I'll be strong as stone
And I'll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Tuesday, November 18, 2008

RINDU

Rindu betul nak melepak dengan bini2 planters ni.... kalau dah berkumpul macam2 cerita boleh terkeluar....

Sampai kan topik screw pun boleh keluar... ikut kan bini GM nak berkumpul di Ulu Remis Golf Club...dia dah arah Ella upgrade sikit swimming pool yang dah berkurun tak di gunakan tu...kolam tu perlu dibersihkan ...entah2 bukan saja anak katak yang berenang dalam tu anak Anaconda pun mungkin ada...

Mary dah janji nak buat open house during Christmas...tapi lambat lagi le...actually mereka suruh buat kat rumah aku tapi aku wonder ...boleh ke mereka sampai tanpa suami2 mereka..sebab tempat aku yang paling jauh dari tempat mereka. Lagi satu yang aku dengar bini Densy dah mula berkhidmat sebagai Doktor...nampaknya dia sibuk le sikit...entah boleh join tak...yang lain2 tu mostly nya guru...nak buat weekdays mustahil...ujung minggu mesti mereka nak bersama suami...hmm...

Saturday, November 15, 2008

Diary Abby

Sudah seminggu Abby beranak...anaknya yang se ekor itu masih merah...sebiji macam anak tikus. Aku terlambat mengasingkan Coddy...kalau tak dah tentu keempat2nya masih hidup....

CUTI

Cuti penggal akhir sekolah dah bermula...seperti biasa si Muis anak kawan aku @ kawan anak aku dah dua malam berada di rumah...aku tak sempat nak suruh anak aku bagi alasan dia dah bertolak dari Kelang....hmmm betul2 tak matang ! Bukan dia sorang saja kawan Khaliq yang ada di rumahku tapi kawan seasramanya yang tinggal di Kahang juga masih belum pulang kerumah keluarganya...kadang2 aku hairan...emak mereka tak kisah ke...atau mungkin perangai mereka dengan anak aku tu lebih kurang je kalau dah kata hendak keluar..tak boleh di halang2.

Suami bercadang nak habiskan cuti tahunnya ...aku suggest balik kampung je...mungkin aku boleh duduk lama sikit di Taiping sambil tu boleh le pergi khenduri anak kawan yang tinggal di Tanjung Malim tu hujung bulan ni dan terus tunggu sampai anak Kak Ani bertunang di Taiping dan kemudian ke Ipoh kenduri kawin anak Abg Razak.SEjak tinggal di Johor ni banyak betul miss saudara-mara punya kenduri.

Tapi pagi tadi sebelum suami pergi kerja sedap betul dia cakap...tak payah booking2 kita pergi je Senai airport ambil je tiket terus terbang....aduhai ,dia masih nak buat style tu....bukannya tak boleh tapi perjalanan yang tak dirancang lebih banyak pakai duit...kadang2 seluar dalam pun lupa nak bawak tau!

Wednesday, November 12, 2008

CERITA SEMALAM

Suami dalam keadaan sibuk(baru balik dari meeting) ,bawa aku ke klinik kemudian tinggalkan aku di situ kerana nak jumpa kawannya. Hmmm mula2 terasa seakan suami very2 ambil perhatian kemudian sekelip mata berubah rasa kerana kawan dia sanggup keluar lagi.

Katanya call dia kalau dah habis...

Dah selesai terus call his number...dia minta tunggu dalam 15 min....so i give him 15 min....sebab aku jenis tak reti bagi peluang dua kali....ofcourse aku tak boleh tunggu lagi walau pun seminit...so angkat kaki naik bas yang banyak lalu lalang depan klinik tu. Baru je jejak kaki dekat Kluang Parade, suami pun sampai...he just missed me by a few minutes....but as i said i am not that kind of person who can sabar banyak kali.

Lepas tu jumpa kawan ,sembang2 dan makan2....kami(suami) bercadang nak ikut mereka bercuti ke Turkey..tapi kata mereka tak jadi sebab air port tax tinggi sangat....plan nak bercuti 2 minggu pun kena cancel juga sebab banyak sangat meeting..so they plan nak pergi Beijing dalm 5 hari....macam biasa my husband tak berapa excited going to Beijing walaupun he didn't say no.

ME dalam keadaan tak sihat begini lagilah tak rasa apa2....apapun pray for the best.

Oh ya hari ini En M. Asogen ahli EXCO Kerajaan Negeri Johor singgah di teratak kami...sekarang dok menjamu selera di atas pondok sambil sembang2 sebelum ke Sekolah Tamil untuk penyampaian hadiah.

Batuk darah

Semalam aku batuk darah, dan aku langsung tak terkejut.......siang tu aku makan acar buah walaupun aku tahu risikonya ...dan sebelum tu aku bantai jambu batu jeruk dan buah strawberry yang anak aku bawa balik dari Cameron Highland. Dan akibatnya...aku kena ke klinik minta ubat...

Monday, November 03, 2008

FENOMENA

Semalam seperti biasa aku masuk tidur bila rasa mengantuk...Setiap kali aku mahu terlelap aku terpaksa 'berhempas pulas' untuk cuba bangun kerana rasa sesak nafas ...badan jadi terlalu lemah...Akhirnya aku bangun buka lampu dan ubah posisi ku dengan mengiring atas bahu kananku.

Aku lakukan demikian ialah satu: posisi jantung yang terletak di dada kiri jadi kemungkinan aku menghimpit jantungku ketika tertidur lalu perjalanan darahku tersekat.

kedua: terlalu lemah memudahkan unsur2 jahat memasuki badan ku melalui pembuluh darah ,jadi aku cerahkan bilikku agar aku tidak terlena dalam gelap.

Pagi tadi aku bangun dalam keadaan sedikit lelah...terfikir.... apakah itu tindak balas dari pengambilan ubat baru DONNA untuk sakit tulang ku atau mungkin sebab2 lain.Sebab lain ialah kemungkinan aku pengidap penyakit sleep apnea ,entahlah ...