Pages

Saturday, November 15, 2008

CUTI

Cuti penggal akhir sekolah dah bermula...seperti biasa si Muis anak kawan aku @ kawan anak aku dah dua malam berada di rumah...aku tak sempat nak suruh anak aku bagi alasan dia dah bertolak dari Kelang....hmmm betul2 tak matang ! Bukan dia sorang saja kawan Khaliq yang ada di rumahku tapi kawan seasramanya yang tinggal di Kahang juga masih belum pulang kerumah keluarganya...kadang2 aku hairan...emak mereka tak kisah ke...atau mungkin perangai mereka dengan anak aku tu lebih kurang je kalau dah kata hendak keluar..tak boleh di halang2.

Suami bercadang nak habiskan cuti tahunnya ...aku suggest balik kampung je...mungkin aku boleh duduk lama sikit di Taiping sambil tu boleh le pergi khenduri anak kawan yang tinggal di Tanjung Malim tu hujung bulan ni dan terus tunggu sampai anak Kak Ani bertunang di Taiping dan kemudian ke Ipoh kenduri kawin anak Abg Razak.SEjak tinggal di Johor ni banyak betul miss saudara-mara punya kenduri.

Tapi pagi tadi sebelum suami pergi kerja sedap betul dia cakap...tak payah booking2 kita pergi je Senai airport ambil je tiket terus terbang....aduhai ,dia masih nak buat style tu....bukannya tak boleh tapi perjalanan yang tak dirancang lebih banyak pakai duit...kadang2 seluar dalam pun lupa nak bawak tau!

No comments: