Pages

Saturday, November 29, 2008

Nak Jadi Tentera?

video


Nak sambung sikit lagi cerita pengalaman anak bongsuku yang pergi interview untuk masuk Maktab Tentera Di Raja hari tu....

Bukan dia saje yang bangga dan tak percaya dengan kejayaannya melepasi ujian selama 4 hari tu....aku pun tumpang bangga.Bayangkan selama 360 orang calon yang datang hari tu hanya 60 orang saja yang berjaya sampai ke hari yang terakhir dan Khaliq antara 60 orang yang berjaya tu.

Semasa bawa dia pulang rasa terhibur dengar pengalamannya...Pada hari pertama doktor melakukan ujian kesihatan (walaupun dah buat ujian darah, air kencing dan x-ray dengan doktor luar) .Ramai juga yang terkeluar contohnya calon yang rabun warna, yang ada hernia , yang berat badan melebihi BMI dan yang ada penyakit2 lain . Kata anak hampir seratus orang.

Calon dikehendaki tanda senarai penyakit jika ada dan salah satu ialah penyakit asma...anak tak dapat menipu kerana dia memang pernah mengidap asma jadi dia tanda sebagai pesakit asma...untungnya sesiapa yang ada penyakit akan di panggil dahulu berjumpa dengan doktor dan menanggal seluruh pakaian sorang-sorang manakala calon lain sekali masuk sepuluh orang dah terjerit2 aku nampak kau punya !

Alhamdulillah semasa doktor periksa dia sihat dan layak mara ke hari kedua.Hari kedua di adakan ujian fizikal ,hari ketiga ujian IQ dan yang akhir Ujian lisan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Lucu juga bila anak cerita ramai orang terkejut hairan bila nombor dia di panggil antara yang paling awal kerana berjaya mendapat markah antara yang tertinggi dalam ujian fizikal sedangkan badannya nampak sekeping.Calon dari sekolah STK semuanya 8 orang dan hanya 6 orang sahaja yang berjaya sampai ke temuduga terakhir....kata anak mereka saling bantu menbantu memberi semangat antara satu sama lain.Ssalah seorang dari kawannya telah banyak membantu dengan memberi beberapa pertunjuk cara untuk mendapat markah tambahan ketika sesi temuduga tetapi sayangnya dia gagal pada hari yang ketiga.

Beritahu anak lagi , sebenarnya bagi calon yang aktif dalam sukan akan mendapat mata ganjaran ,bagi sukan yang paling tinggi mata ganjarannya ialah sukan rugby dan ko-kurikulum yang paling digalakkan ialah rekacipta. Anak bernasib baik kerana dapat markah penuh dalam kedua2 kategori tersebut.

Apa pun,SYabas untuk anak dan kawan2nya ,walau pun badan mereka kategori saiz sederhana dan kecil tetapi otak dan semangat boleh tahan kuatnya.....

Sambungan:

Oh ya nak sebut juga...kata anak ada lebih kurang tiga budak yang guna kebel dan berjaya dengan mudah....maklumlah bapa ada pangkat dalam tentera.

2 comments:

Azlan said...

Mama x celebrate kejayaan khaliq?

Naha said...

Mm cuma ucap tahniah dan usap kepalanya yang botaktu...