Pages

Tuesday, December 09, 2008

AJAL

Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ini aku mulakan postingku dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan dengan rasa hati seorang hamba ,akan rasa amat kecut kerana ingin berbicara soal mati.Perkara yang amat di takuti kerana banyak yang tersembunyi ketika menghadapi mati dan perkara2 yang akan berlaku sesudah mati itu sendiri.

Oleh kerana yang hidup tidak dapat lari dari kematian seperti orang Muda tidak dapat lari dari menjadi tua...makanya tidak menjadi satu kesalahan kalau aku berbicara soal mati dan ketentuan Tuhan.Berkurun Saintis mencuba dan terus mencuba hendak menghidup semula orang yang mati dan kerana mati juga bersangkut rapat dengan jangka hayat maka banyaklah sudah kaedah2 yang boleh melambatkan proses penuaan..tetapi perkara MATI tetap datang.

Rambut yang putih boleh dihitamkan ,kulit yang berkedut boleh di tegangkan malahan badan yang lemah boleh di kembalikan tenaga .Jantung yang tidak berdegup pun boleh di degupkan dengan menggunakan bateri. Namun nyawa manusia masih menjadi misteri. Siapa yang boleh menjadi Tuhan untuk memberi dan mengambil Nyawa.

Ajal adalah ketentuan Illahi Yang Maha Esa dan tidak ada seorang manusia atau makhluk Allah yang dapat meramal kematian kita dengan tepat. Namun sejak manusia mempelajari sains dan teknologi ,pakar sudah pandai meramal dan mengagak jangka masa hidup pesakitnya(dengan melihat kerosakan organ dalaman). Tidak tepat tetapi hampir tepat seperti dapat mengira bila janin akan membesar dan di lahirkan dari rahim Ibu.Seperti pesakit kanser yang dapat di kira dari kerusakan cell dalam tubuh pesakit tersebut.

Selain pesakit kanser yang mungkin tahu ajal nya akan tiba, ada juga beberapa kes seperti banduan yang akan menjalani hukuman mati dan hari hukumannya sudah diumumkan....bagaimana perasaan mereka ketika itu, tenang?Kecut?

Aku tertanya-tanya diriku sendiri seandainya aku di beri pilihan apakah aku mahu tahu BILA KEMATIAN KU? Apakah ia lebih Baik dari tidak mengetahui ?Apakah aku akan menangis sepanjang masa sampil mengenang2 nasib ku yang malang itu atau aku akan dilanda kemurungan ,hilang selera makan kerana putus asa dan sebagainya.

Bagaimana pula kalau pengidap kanser yang sudah tahu dia akan mati itu lebih bertuah dari insan yang tidak tahu....erti kata lain mereka boleh bersedia menghadapi kematian.Mereka sempat memohon maaf dari orang yang pernah mereka sakiti, melangsaikan hutang piutang mereka atau sekurang2nya menulis nama2 orang yang mereka berhutang, memohon ampun atau bertaubat , memperbanyakkan ibadah dan sedekah serta lain2.Bukankah mereka lebih beruntung?

Manusia semua akan mati cuma cara dan penyebab kematian itu berlainan. Kita mungkin mati tertindih bantal , lemas, terjatuh bangunan ,terlanggar kereta , termakan racun , tertimbus tanah ,terkena serangan jantung ,tertembak ,terbakar ,di tikam perompak dan lain2.

Atau paling tidak kita mati kerana jangka hayat kita sudah tamat...kita sudah tua ,terlalu lemah untuk menghirup udara melalui sistem pernafasan kita , dengan erti kata lain semua sistem dalam badan kita akhirnya gagal untuk berfungsi . Semua organ badan sudah tamat tempuh .Kulit kita yang tegang dulu pun sudah kecut dan keriput. Usus perut kita pun sudah longggar ,tidak dapat mencerna makanan dan menolaknya keluar dan terkumpullah najis tersebut didalam usus besar .Dan ketika mayat kita dimandikan dan di bersihkan ,perut kita akan di tekan sedikit agar najis itu keluar.

Ajal di takrifkan dalam rukun iman yang keenam iaitu percaya kepada kada dan kadar sesudah mempercayai untung baik dan jahat.Sewaktu di bangku sekolah rendah aku diajar makna kada dan kadar. Kadar adalah ketentuan Allah yang masih boleh berubah manakala Kada adalah sesuatu yang sudah termaktub.

Pepatah Melayu dahulu selalu berkata, beras secupak tidak akan menjadi segantang tetapi disangkal oleh cerdik pandai.Kalau dulu orang ramai tidak bersekolah, mereka jadi malas hendak berusaha..semua menyalahkan Takdir....
Mereka hanya tahu bahawa jodoh , rezki dan ajal di tangan Tuhan lalu mereka tidak perlu berusaha kerana semua sudah tersurat dalam Takdir kita.

Tetapi kata Ustaz ,selagi ajal belum tiba kita boleh berusaha untuk mengelakkan diri dari maut.Contohnya jika wabak telah datang ke tempat kita ,kita boleh berusaha pindah dan seandainya kita terkena wabak tersebut...kita boleh berusaha untuk mengubatinya pula sehinggalah kematian menjemput maka kita terima ia sebagai takdir dan ketentuan Allah yang termaktub dalam kada kita.Begitu juga dengan rezki kita kena berusaha bersungguh2 dan kemudian berserah atau bertawakkal pada Allah SWT.

Kita salahkan driver bas bila berlaku pelanggaran dan kematian penumpang .Dan apabila berlaku tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan menyebabkan kematian, kita salahkan kerajaan kerena membenarkan mereka membina rumah di kaki2 bukit. Kita juga salahkan majikan yang menekan pekerja sehingga pekerja jadi stress dan mati diserang sakit jantung.Kita salahkan pemakanan dan cara hidup kita yang tidak sihat apabila kita jatuh sakit.Baru2 ini Majikan suami akan menghukum Pengurus Ladang atau Kilang sekiranya pekerjanya mati kemalangan sewaktu bekerja di bawahnya.

Apabila terlalu kerap berlaku kemalangan dalam waktu kerja, salah seorang bos telah menghantar surat pekeliling agar dilakukan sembahyang hajat beramai2 agar Tuhan memberi pertunjuk ...sehari selepas sembahyang hajat dilakukan ...dia meninggal dunia kerana serangan jantung ketika bermain bedminton. Banyak andaian, banyak pengajaran yang boleh didapati dari peristiwa ini...salah satu darinya tak kira apa usaha majikan telah lakukan untuk mengelak kemalangan ketika bekerja tetapi Allah itu lagi Maha Mengetahui...kita manusia boleh merancang dan berusaha tetapi penentuan bukan di tangan kita.

Allah matikan kita dengan bersebab.Jika manusia mati tanpa sebab...tidakkah kita hidup dalam keadaan lebih takut dan panik.Seandainya kita semua mati tanpa sebarang sebab tidakkah kita akan menunggu kematian itu setiap detik sehingga tidak mahu melangkah keluar sejengkal pun dari tempat kita duduk.

Tetapi Allah itu Maha Sempurna, dimatikan kita dengan bersebab dan disembunyikan waktunya dari kita supaya kita boleh terus hidup seperti biasa tanpa rasa takut sehinggalah Malaikat Maut muncul di hadapan kita.......

Didikasi untuk Allahyarham Muhamad Yusuf bin Abdullah .


No comments: