Pages

Thursday, December 04, 2008

TAK JADI

Minggu lepas sepatutnya aku punya rancangan ke Tanjung Malim ada jemputan kahwin anak sulung Loma. Dah plan ,mula2 call dan tanya Azlan kalau2 dia free untuk temankan aku pada hari tu,tetapi dia dah ada plan lain.

Kemudian call anak sulung ku Ahmad, dia kata ok boleh jemput aku di Puduraya. Dari situ kami akan ke TM. Aku cadang ambil tiket pulang ke Kluang malam tu juga, maklum lah aku nak pergi sorang2 tinggalkan suami dan anak bongsu kat rumah.Itu plan asal. Sekarang cuma nak minta IZIN suami saja lagi.

Bila dah cakap dengan suami pasal plan tu, dia pun nak ikut...aku cakap naik kereta Satria Ahmad jemput, dia cakap tak confident .Dia mahu pakai Myvi.So aku kena kacau Azlan ....nak jadi cerita plan Azlan pun terpaksa berubah hari tu..Aku cakap nak bertolak dari rumah dengan bas pukul 7 pagi tapi suami kata 10 pagi pun ok.Lepas tu dia cakap naik MPV je lah.Seperti selalunya ,dari pukul 10 pagi jadi pukul 12 tengahari...

Ikutkan tak perlu pergi sebab dah tahu takkan sampai kerumah kenduri tu tetapi atas sebab nak hantar si Muis tu balik, ikut lah juga.Sampai Melaka dah pukul 3 ptg .Jalan agak sesak ,maklumlah cuti sekolah....suami pula seperti yang dimaklumkan macam dah tak de tenaga nak driving...dan akhirnya kami melepak di Melaka instead of KL.

Di Melaka aku jumpa a few things yang menawan hati,termasuklah piring kuih 2 tingkat ni..tapi bila pulang dan display atas meja makan macam tak cukup pula satu...jadi aku call anak kat MMU suruh cari lagi satu ....nak sebiji macam dalam gambar ni ...kalau tak serupa tak mau tau. ITU SAJA ;) .Yang selalu tak menjadi..MM.

No comments: