Pages

Tuesday, December 23, 2008

politik DAN perempuan

Baru2 ni dalam blog perempuan Umno ada mention Kak Pidah dah menopause jadi depa tak perlukan khidmat bakti Kak Pidah lagi tetapi mahu Kak Shaharizat pula yang jadi ketua.

Pelik betul lah orang perempuan ni... masih tak paham.... orang perempuan yang dah menopause lah lagi bagus ..tak de nak goda2 dan digoda .Dengar cerita entah betul atau tidak Kak Pidah benarkan suaminya kahwin lagi satu semata2 nak ambil tempat dia sebagai isteri kerana dia tak mampu berada di sisi suaminya sepanjang masa.

Ini menunjukkan dia wanita yang teramat WARAS.Dah tak perlu nak fikir hal lain kecuali kerjanya jadi tentulah kerjanya akan jadi lebih bagus. Walau aku bukan perempuan UMNO aku rasa malu le bila orang pompuan bergaduh tak professional langsung... suka kutuk depan2 .Mula2 cakap pasal menopause nanti mula lah selak kat sana selak kat sini....buruk betul orang politik ni tak kira laki2 tak kira perempuan.

Tunggu je le waktu mengundi nanti, siapa dapat undi majority ,dialah yang menang. Susah sangat ke nak jadi orang politik ni...buat malu kaum sendiri je!

No comments: