Pages

Wednesday, January 07, 2009

Hero of the jungle



Saya dah lama nak upload video ni tapi sibuk sangat. Video ni pasal sorang budak yang tolong selamatkan kucing kami , Si Boboi(kucing jantan) yang tak dapat turun dari atas dinding. Hobinya suka memanjat.

Pokok ke , meja dalam rumah ke ,tingkap ke atau dinding ke ,semua dia nak panjat. Jadi hari tu dia panjat dinding luar rumah yang di buat dari bata yang di susun berselang-seli .Jadi setiap baris ada ruang kosong yang mudah untuk si Boboi panjat dan masukkan badannya.

Yang jadi masaalahnya si Boboi ni cuma pandai panjat tetapi tak pandai turun. Setiap kali dia galak memanjat dia akan naik tinggi-tinggi so apa lagi bila takut nak turun mula lah dia mengiau minta tolong.

Oleh kerana hari tu cuti sekolah ,jadi saya tak payah susah payah nak cari tangga atau kerusi atau kotak untuk turunkan dia ..sebabnya,mmm saya ada seorang hero kat rumah yang suka menolong...dia tak perlu pakai baju yang pelik2 macam superhero dalam TV tu....itulah yang istimewanya pasal hero saya ni...saya belum pandai edit gambar lagi nantilah saya akan cuba belajar jika saya benar2 berminat atau ada masa...

ceh!lambat betul nak siap uploading lepas tu tiba2 je keluar perkataan error pulak!





So kena upload sekali lagi dan tunggu. Saya pula bukan nya jenis pandai nak merepek sementara menunggu uploadiong tetapi itu lah yang di suruh oleh Sifu komputer ni ''you can continue to edit your post during upload, but can't close this window or publish until it's finished.''

So kena cakap pasal si Boboi lagi, lepas saya dapat rakam gambarnya memanjat dinding dan aksi dia di selamatkan oleh hero saya...beberapa hari kemudian dia panjat pokok besar pula , tinggi nye mak oi, kalau perhatikan kan berita luar negera kena panggil BOmba lagi tapi di Malaysia jaranglah orang buat begitu. Apa yang orang Malaysia buat ialah tunggu dan lihat...jadi saya pun tunggu dan lihat sambil keriau2 panggil nama dia ,Boboi, boboi...

Dekat setengah jam juga saya tunggu...akhirnya saya fed up dan masuk dalam rumah...kalau dia lapar nanti tentulah dia usahakan cara nak turun.... nasib lah pokok tu jenis berdahan-dahan kalau lurus macam pokok kelapa lagi lah dia tak berani nak cuba2 turun... mula2 macam bodoje ...lama2 dia berani sikit. Kemudian dia turun dari dahan ke dahan yang bawah dan berjaya juga sampai ke tanah!Tahniah ,BOBOI!!!


2 comments:

Qayum said...

haha,khaliq dah mcm tarzan.
naseb baik die pakai sluar.
kalau x dah sebijik cam tarzan.

Water Lily said...

ooo...si superhero tu namanya Khaliq ya. Cantik maknanya, sebaik hatinya :)

ps: Apa khabar Noor sekarang?