Pages

Friday, January 09, 2009

TUHAN PUNYA CARANYA SENDIRI


Aku tak berani tenguk ,walaupun berlambak2 dalam U tube kisah serangan Israel ke atas negara Palestine. Angka kematian beratus-ratus dan yang cedera beribu2 orang. Ramai antara mangsa ialah kanak2 dan kaum ibu.Aku hanya berani mambaca blog2 yang di tulis dan komen orang ramai dan sakit hati ku bila ada satu dua orang India yang mendakwa kononnya Hamas yang memulakan serangan ke atas Israel dahulu dan Israel hanya bertindak balas,seperti membenarkan tindakan Israel sebagai balas dendam.

.. Dan ada juga seorang India tu memberi komen menyatakan apa yang berlaku di Palestine sama seperti di Sri Langka
,tetapi orang Malysia tidak melakukan apa2.Yang aku pelik kenapa soalan itu tidak ditujukan kepada kaum dia sendiri kenapa mesti dalam blog Rocky Bru ,kenapa kepada orang Melayu?

Aku tahu walau satu dunia Islam bangun menentang Israel ,mereka tetap menang..jawapannya mudah kita tidak mempunyai senjata canggih. Setiap negara Islam yang mempunyai senjata akan di musnahkan seperti Iraq. Kita hanya boleh melaung anti Israel.Manakala Israel mempunyai back up yang kuat dari negara Amerika.

Namun aku yakin Allah mempunyai CaraNya untuk menghapuskan Israel.Suatu ketika dulu aku selalu melihat Amerika sebagai satu kuasa besar dengan kelengkapan senjata perang yang canggih tetapi aku yakin sekiranya Allah turunkan bala seperti bencana alam, alat yang canggih sekalipun tidak dapat menyelamatkannya tetapi aku tak pernah terfikir bahawa Amerika boleh musnah dengan kejatuhan ekonominya sendiri.Bagi ku itu lah cara Allah SWT melakukan.

Sekarang satu dunia bangkit mengutuk dan mengeji Israel dan apa yang membanggakan aku mereka datang dari negara Eropah,dari kota London ,kota dimana orang Kristien paling ramai.Aku yakin rakyat Amerika sendiri akan mula bangun menunjuk perasaan kerana Islam sudah merebak ke sebelah barat.Mudah2an rakyat Palestine diberi kesabaran yang kuat melalui ujianMu, Ya Allah dan di tempat kan di shurga Mu.Amin.

No comments: