Pages

Tuesday, February 03, 2009

ANAK DAN RMC


Aku baru saja hantar anak bongsu ku ke Maktab Tentera Di Raja semalam. Suasana yang menyentuh perasaan ibu-bapa dan keluarga. Aku rasa anak ku Qayum(abngnya Khaliq) juga tersentuh mungkin bapanya sorang saja yang tidak dan ini telah diperakuinya sendiri.

Aku rasa selepas hari ini anakku akan sentiasa sibuk dan tak ade masa lagi nak kacau2 ibunya dan ini yang buat aku terlalu sedih...arghh lagi2 hati ibu,satu2 ayat yg tak pernah dinafikan oleh suamiku.

Masuk ke Maktab atau RMC (Royal Militiray College) bermakna seluruh kebebasan hidup anak ku selama ini terpaksa di kuburkan untuk jangka waktu tertentu. No hand phone , no mp3 or mp4 ,no playing video games/play station during weekend ,no outing and hanging around in favorite spots like bowling and cinema.

Di sana badan dan minda hanya untuk jadi budak pandai dan berguna....barulah boleh jadi pemimpin.

Sewaktu taklimat di berikan untuk pelajar yang di panggil Putera ada dua kekeliruan atau persepsi orang ramai yang masih belum dapat dibetulkan terhadap RMC.Satu; orang menganggap putera-putera RMC akan terikat terus menjadi perajurit setelah tamat dan kedua; RMC sebagai pusat pemulihan akhlak.

Dari cogan katanya yang amat mudah "BERKHIDMAT MEMIMPIN" . Saya pahamkan dua ayat ini, berkhidmat ialah bekerja atau menyalurkan khidmat/service kemudian memimpin pula ialah menunjukkan atau membawa ke arah yang lebih baik.

Kemudian misinya pula tertera : Menyediakan Pendidikan Bistari Berkualiti Secara Menyeluruh Untuk Melahirkan Pemimpin Berwibawa ,Berketrampilan Dan Bersahsiah Mulia Dalam Sektor Perkhidmatan Awam ,Korporat Dan Angkatan Tentera Malaysia.

Maka jelaslah tanggapan orang ramai terhadap dua isu di atas adalah salah sama sekali.

Oklah berbalik kepada cerita yang kurang serius...

Lepas dengar taklimat terfikir pulak aku," eh eh boleh ke anak aku tinggal dalam RMC ni?"
Aku sempat tenguk reaksi muka anak aku yang duduk rapat sebelah kiri ku..berubah sedikit air mukanya tiba2 aku dengar dia bercakap separuh bisik ..."tak boleh buat le ma,"...macam dia boleh baca pula fikiran aku."Kacau betul fikir aku lagi, barang semua dah beli tiba2 dia kata tak jadi le nak masuk..dah le Tuan Pengarah siap cakap kuat2 SESIAPA YANG RASA TIDAK MAMPU MELAKUKANNYA SILA TARIK DIRI DARI SEKARANG!"

Aku pun rasa macam berat je untuk anak aku sebab dia suka outing dan melepak dengan kawan2nya. Di sana outing sebulan sekali, kena ada dalm kawasan sebelum pukul enam, emak bapak boleh visit sekali dalam sebulan, cuti sekolah pun akn dipendekkan kerana waktu itulah akan diadakan aktiviti ketenteraan.Aku cuma doakan anak aku sihat dan berjaya mengharungi semua ujian di sana...

Pssst ,Oh ya! suami aku datang dan bagi tahu dekat aku dia intai anaknya isi borang dan nampak dia tulis cita2 :Juruterbang. Dari riak muka suami memang BANGGA habis...dan dalam hati aku lain ,"alahai anak ...kenapa tak bawa kapal laut saje..kan ada pelampung."

AaaRRRGGGh perasaan IBU LAGIIIII!!!!

No comments: