Pages

Thursday, February 19, 2009

CERITA KARUT

Beberapa hari lepas aku berada di kampung untuk menziarahi orang meninggal iaitu mak cik ku yang tinggal bersebelahan rumah bapak. Dalam suasana sedih aku juga terhibur kerana semua adik beradik ku kecuali abang long ada di kampung.

Seperti tradisi kami tak kering gusi untuk berkongsi cerita. Suara bapak yang paling kuat di antara kami semua,diikuti suara Pak Cik Dolah, Pak Jang ,Pak Tam dan kemudian Pak Teh. Tak lupa kalau ada Mak Su Lina dan Mak Lang Pah....aku anak saudara panggil Mak Andak atau Mak 'Dak.

Pak Teh macam tulah business nya ok tapi anak sulungnya masih tak ok.Pak Cik Dolah pula semakin berisi ,bininya pulak semakin slim.Masih suka bercakap pasal ilmu2 misteri..yg aku dan mak su tak berapa suka dengar..sebab kami otak business, semua mesti nyata dan jelas!

Pak Jang pula kali ni bawa pulang semua anak2nya kecuali yg bongsu sebab bersekolah.Azhar nampak segak sejak dah bekerja, adiknya Liana baru tamat dan tunggu posting jadi jururawat.Ummi yang pandai dan suka memasak jadi pengasuh budak..boleh dikatakan semua orang yang bermukim dengan nya nak letak anak2 mereka kat rumah ummi...sebabnya mereka yakin anak2 mereka tak akan lapar.Kalau bernasib baik dapat tapau makanan lagi.




Mak Lang pula kuat berpolitik untuk PAS begitu juga suaminya. Aku yakin dia memang ikhlas dalam perjuangan ISLAMnya untuk menegakkan hukum HUDUD sebab tu rezkinya selalu murah...diam tak diam dia dah ada tiga buah rumah.



Pak Ngah ,abang ku yang no dua sudah jadi guru pencen. Tiap kali dia bawa pulang sesuatu seperti ketam untuk dimasak kami akan panggil' ketam pencen' .Bila Mak Su yang memasak sambil memakai tuala kami akan panggilnya bibik lalu siaplah juadah dari bibik kami yang di namakan ' Ketam pencen goyang maut berlada'.

Masa nak makan Bapak komplen sebab bibik tak buang kulit ketam ( mulut bapak tinggal gusi kecut je) tapi Mak Baru sporting tolong kopekkan..wow! romantik betul , boleh jadi contoh untuk anak2 yg pemalas ni!Cucu2 dan kami guna penukul, alu lesung dan guna gigi ,sekelip mata je ketam tinggal hampas dan kulit .

Lepas makan ,Pak Ngah cakap cikgu2 Melayu yang terjerit2 dan terlolong 2 nak ubah dua mata pelajaran Matematik dan Sains ke BM semula bukannya apa ...depa tak tau cakap orang putih sebab tu depa rasa susah.Dah tua baru nak belajar Inggeris kan LIAT. Pelik tak bila setiap cikgu yang mengajar dua mata pelajaran ni dlam BI akan di beri alaun tambahan sebanyak RM 300 sorang..alasan sebab susah nak alih bahasa. PELIK tak???KARUT, KARUT!

1 comment:

Koyum said...

Ma nnt ayum kene buat bisnes projek.
ingat nak jual cendol,mama tau buat x?resipi kat internet ade,so kalau mama rajin boleh x try buatkan???