Pages

Wednesday, February 04, 2009

MAU JADI BIJAK MACAM YAHUDI???

DAPAT E MAIL DARI KAWAN DAN IA BOLEH MENAFAATKAN KITA SEMUA... MANAKALA SI PEROKOK MUNGKIN DAPAT MEMPERTIMBANGKAN SEMULA UNTUK TERUS BERHENTI DARI MEROKOK.


Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa
hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan
untuk dijadikan tesis ini, iaitu 揗engapa Yahudi Bijak?? Memang
tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala
bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang
perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di
dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,
senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung
hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi
begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini
suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran?


Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan
untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda
tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana
untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,
persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi
saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si
ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah
metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang
mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa
soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya
bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab,
搃a, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang
melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak?Perkara
ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan
metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu
, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa
kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala
ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan
dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat
orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan
untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara
pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)
dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut
mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan
kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

[/color] Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu
sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang
kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka,
dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah
buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk
memahami pelajaran disekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut
saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami
bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,
pemilik pengeluar rokok terbesar adalah 厖 tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak
anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang
badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam
pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami
3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah
dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut
mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ
kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.


Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman
untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum
Yahudi.


Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di
dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di
California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,
menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus
sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.
[b][/b] Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah)
disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka
digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala
kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi
ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke
institute tinggi di Politeknik dan Universiti.


Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan
lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak
hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta
design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti
bisnes dan fesyen.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah
satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini
dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak
ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya
menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak
kita supaya bertambah aktif (bezikir). Lihat orang orang Jepun, mereka
sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang
Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah
sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika
mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa
faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda
untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu
lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di
Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah
naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti
perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan
digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa
faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California
sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,
beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi
konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara
pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,
menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak
kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih
anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan
konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

[color="#ff0000"]Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah
tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke
Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok
seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu
berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari
untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan
menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara
pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka
itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon
hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!


Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok,
saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja
Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,
teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak
rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan
penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat
disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka
begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah
kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga
ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya
ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak
seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan
saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg
telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat
menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai
Mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


UNTUK MAKLUMAN DALAM KELUARGAKU YANG TERDIRI DARI TUJUH ORANG TERMASUK AKU, DUA ORANG ADALAH PEROKOK.MUDAH2AN SESUDAH MEMBACA ENTRI INI MEREKA BERUSAHA BERHENTI DARI MEROKOK.

No comments: