Pages

Thursday, March 12, 2009

BANTAHAN bertahan MENAHAN tertahan

Dah lama aku tak benar2 menulis apa yang ada dalam kepala otak aku mengenai dua isu ini ia itu memanggil nama tuhan Allah untuk orang-orang kafir dan mengalih semula matematik dan sains ke dalam B malaysia...

Dalam hal ini aku terpaksa baca semua blog yang menyokong dan yang membantah. Aku dalam kategori yang membantah walaupun aku tidak menolak seratus peratus akan kebenaran dan keresahan orang yang menyokong supaya PPMSI di alih semula ke BM dan Allah dibenarkan atas penganut-penganut agama lain terutamanya kristien..atau kalau ada orang yang beragama Hindu mahu sebut tuhan Vishnu mereka Allah Vishnu ,apakah dibolehkan juga?sebab Allah artinya Tuhan...mungkin juga terpaksa disokong dan alangkah aneh bunyinya.


Di bawah ini adalah penjelasan yang sangat jelas mengenai kenapa sebutan Allah di bolehkan kepada agama lain.
http://drmaza.com/home/?p=566
Namun aku masih tidak bersetuju penganut agama lain memanggil Allah Tuhan mereka sebab aku tahu ramai anak-anak muda termasuk anak2ku yang belum kuat akidahnya.Kecuali kerajaan melakukan sesuatu yang drastik ya itu penerangan yang berterusan. Tetapi setahu aku program agama tidak dapat menarik penonton di kalangan remaja sangat,mereka lebih kusyuk menonton akademi fantasia .Sekiranya semua remaja dan kanak-kanak Islam telah di lengkapkan dengan kekebalan iman ,maka sudah tentu dapat membezakan Allah Tuhan orang Islam atau sebaliknya maka memang sudah wajar.



Dan jga ini http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/03/04/anti-ppsmi-a-cover-up-for-ineptitude/

Pendapatku semua orang ada pendapat masing-masing . Semua pendapat ada kebenarannya.Aku nak tahu Inggeris agar tidak ketinggalan dalam menimba ilmu. Selain tak fasih Bahasa Inggeris ,aku juga kurang pandai Bahasa Melayu? Di rumah aku bercakap bahasa pasar. Selain mahu paham bahasa Inggeris aku juga teringin tahu apa yang sedang dicakapkan oleh kawan India dalam bahasanya dan kawan Cina dalam bahasa nya .Apakah mereka sedang ketawakan aku yang tidak paham apa-apa?. Jadi aku nak sangat belajar semua bahsa tetapi aku dah tua tegar, hampir nyanyuk.Biarlah anak2ku yang belajar Bahasa Tamil dan Mandarin juga supaya tidak di tipu hidup-hidup. Lantaklah mereka nak berdemonstrasi apa tapi aku mahu anak-anak aku tahu lebih banyak bahasa.Inggeris, France, Mandarin ,Japun, Arab ,Tamil ,Urdu dan macam-macam lagi kalau boleh.

No comments: