Pages

Saturday, May 23, 2009

BATANG BERJUNTAI @ BESTARI JAYA

Tak tahu bila tarikh sebenar nama pekan Bandar Berjuntai bertukar ke Bestari Jaya. Tetapi sedikit sebanyak tumpang gembira kepada penduduk pekan batang berjuntai yang berkurun2 lamanya di tertawakan bukan kerana nama tu tidak glamour tetapi ter glamour dek bunyinya yg agak lucah.

Sekarang aku dah sebulan jadi penghuni Bestari jaya. Walaupun pekan kecil tetapi sedikit sibuk dengan sedikit kerja menaik taraf jalan dan jambatan. Dari rumah ku yang di atas bukit (terima kasih lah pada bekas2 penjajah yang suka buat rumah tempat tinggi) boleh nampak dan dengar kerja-kerja yang di jalankan sebab jalan raya terutama simpang ke Kuala Lumpur , Tanjung Karang dan Kuala Selangor tak jauh dari rumah yang aku huni sekarang.

Tiap kali berpindah ke tempat baru ,macam biasalah kerja mengemas dan menyusun barang yg banyak terpaksa dilakukan dan meletihkan. Dan tiap kali aku berdepan dengan suasana dan persekitaran baru termasuk udara dan abuk baru dengan paru2ku yang lemah ni...aku jatuh demam pada hari ketiga. tiga hari tak boleh bangun sebab suhu badan terlalu panas dan berhari2 batuk dan tak lalu makan. Lepas dua minggu baru pulih tu pun ambil antibiotic dan ubat pencair kahak yang lebih kuat.

Kemudian bila baik demam tak semena2 buah dada terasa sakit sangat sampai tak boleh sentuh. Dan lepas seminggu aku yang dah hampir dua tahun tidak datang haid mengalami kesuburan yang merimaskan.

Sekarang keadaan rumah hampir 99 peratus kemas ,walaupun baju ada yg masih belum keluar dari beg plastik untuk disusun dlam almari pakaian.Internet pun dah boleh layar begitu juga astro , ia seperti bermula keadaan yang sama di tempat yang berbeza itu saja.

Oh ya bagi kaki pancing...di sini banyak ikan baung dan bagi peminat alam semula jadi ,tak jauh dari sini ada tempat kelip2 dan di kawasan keliling rumah saya pula adalah tempat kera2 berihat.....

No comments: