Pages

Monday, June 29, 2009

PENGUMUMAN

Pengumuman untuk anak2 , Berkuat kuasa dari hati ini Talipon mm dah jadi MILIK PENCURI.Sekian harap maklum.

YANG PERLU KAMU FIKIR

Ada satu premis kedai yang mahu dijual pada ku dengan harga begitu spesial sekali bersama barang jualan dan dua jurujualnya yang terlatih. Anehnya bila aku sebut mahu tukar nama kedai, katanya tidak perlu kerana ia melibatkan management premis tersebut.Dan lagi satu katanya saya tak perlu risau pasal barangan lagi kerana mereka boleh supply.

Aku tanya lagi ada ke jualan? Katanya ada dan dia boleh buktikan dengan account atau duit masuk.Sambil memberitahu jualan bulanannya boleh mencecah sampai RM45 ribu .Wow kataku dan bertanya atas alasan apa kamu mahu melepaskannya sedangkan ia memberi kamu untung yang besar. Alasannya senang saja dia dan share partnernya mahu tumpukan pada kedainya yang lain dan premis yang ada sekarang terlalu strict.

Kataku lagi ,kalau aku ambil loan sebanyak itu berapa lama aku boleh settlekan hutang ku.Kerana aku tahu aku kena bayar loan ,aku kena bayar gaji pekerja, aku kena bayar sewa tapak dan aku kena bayar duit api dan air.Lalu dicongakkan untuk ku.

Katanya aku akan dapat untung bersih sebanyak 11 k. Anak sulungku dah teruja sangat ,aku tetap rasa ada sesuatu yang aku patut tahu.

Seterusnya sila tekan link business ku.here.

Thursday, June 25, 2009

PENGGERA

Dah dua hari rumah aku hingar-bingar bunyi mesin menggerudi dinding sebab nak pasang wire alarm atau penggera supaya kalau ada pencuri ke , penyamun ke , pembunuh ke, penceroboh ke yang masuk secara HARAM ,maka alarm akan berbunyi dan kami yang ada di dalam TERSELAMAT .

Tetapi kalau mereka datang ikut depan bagi salam kat aku eluk2 , insyaalah boleh masuk kot sebab aku memang jarang kunci pintu sampai lah tengah malam itu pun kalau aku yang masuk tidur paling akhir dan tolong kuncikan. Tak payah susah2 nak memanjatpun nanti jatuh susah.

Kau nak jadi PENGGUNA ke PENJUAL?

Terngiang2 ayat expensive adik aku ,taukeh kedai Inang Costume tu bila aku called dia hari tu. Aku minta tolong dia sebab dia pun pernah buat jualan cara langsung tu sampai dapat pegang status apa tah dan pergi melancung oversea lagi..entah jenama apa tah dari Australia tu tetapi akhirnya jenama yang aku ingatkan terlalu bagus tu kena band dari masuk ke Malaysia sebab tidak lulus apa tah.

Dan sekarang aku secara tak langsung jadi agen sebab nak beli dengan harga agen le tapi rupa2nya tak lah jauh sangat bezanya. Lepas tu upline aku kata kalau aku dapat masukkan 4 orang bawah aku dalam masa 43 hari aku layak pulak dapat status apa tah dan bermulale dapat pendapatan tetap tiap2 bulan. Terujanya aku nak rasa macam orang makan gaji...so the first mangsa yang aku lobi ialah close friends. Betul2 cakap...its not EASY ....

Lepas tu aku call pulak adik aku kat kajang tu,panjang lebarle dia berlecture kat aku. Katanya bukan senang nak cari orang dan nak maintain figures tu...sampai dia tanya aku kau masuk USANA ni nak jadi PENGGUNA ke PENJUAL? Aku...erk,erk ...mula2 nak jadi Pengguna je lepas tu lepas dengar taklimat teringin le nak jadi Penjual pula...
Kau nak cakap bab penyakit ..kau tu doktor ke? ,kena lagi sebiji atas hidung aku. Dalam dok menyopping dekat Tesco dengan anak aku ...boleh pulak minda ni kata aku tak mahu jadi Penjual le tapi adik aku tu mesti beli produk USANA untuk kesihatan dia!!!

BACA LINK INI http://kuasadua.com/blog/

Wednesday, June 24, 2009

ANTARA HARGA PREMIUM DAN USANA

Aku baru je cakap pasal cepatnya masa berlalu...'DEMI MASA ,manusia itu dalam kerugian...',
Sebulan rasa macam seminggu ,setahun pula rasa macam sebulan. Tup2 dah sampai surat notis premium dah tamat tempuh setahun....melalui surat melalui sms dan melalui panggilan talipon.

Harga premium untuk nama suami sahaja RM1443...aku punya lebih lagi le tapi aku malas nak tenguk ....berlonggok2 surat atas meja tu akau campak je dalam tong sampah..buang masa aku nak belik.

Kawan suami yg ambil sama dengan suami renew semula untuk fmly dia 4 orang tu...Dia tak serik walaupun satu sen pun dia tak dapat claim bila dia masuk hospital dulu...alasan dia silap biar majikan tanggung kalau dia bayar cash dulu, dapat resit baru boleh claim itu kata tukang jual insuran tu tapi sebelum tu orang tu tak cerita semua syarat2 yg ada dlam perjanjian jual beli premium tu.

Sama lah bila aku kata aku dan anak aku ada sejarah penyakit tu penyakit ni katanya tak perlu bagi tahu..kalau bagi tahu tentu gagal. Ok le kalau tiba2 aku masuk hospital...tiba2 mereka korek sejarah aku..apa dia mahu tolong dapatkan ke. Sama juga denag kawan aku ni mengapa dia tahu dari awal dia tak tolong bagi tahu jangan suruh majikan bayar tapi bayar duit sendiri dulu nampak tak apa yg tak kena ..ofcourse dia akan hilang points bila baru je jual premium dengan harga seribu boleh claim sampai 28k...sure tak dapat bonus jualan ke apa ke....atau kena reject setiap kali dapat customer....atau lebih teruk kena lucut dari jadi agen.

Aku bagitahu isterinya yg aku dan suami akan discontinue..tak macam alasan dia takut suaminya accidentke dan hilang keupayaan ke.. aku boleh terima juga sebb suami dia suka pandu kereta laju2 dan rajin balik KL dari Kluang.Tetapi apa salahnya kalau bawa perlahan2 .Kemudian katanya lagi sebab beli juga takut nanti bila umur bertambah syarikat insuran tu tak akan luluskan pembelian premium especially bila dah berhenti kerja..aku setuju untuk dia je tapi tidak bagi aku.

Alasan aku senang, selain dari aku rasa mahal dan tertipu sebab bukan 100% boleh dengan mudah dapat claim, aku rasa bila suami dah tak bekerja walaupun kami boleh sambung membelinya...mampukah kami bila sampai waktu itu?Memang malang tidak berbau dan boleh berlaku...tetapi masih boleh berusaha untuk mengelakkannya bukan? Insyaallah .

Jadi aku tanya dia seperti aku tanya diri aku, mengapa kita BAYAR dengan BANYAK semata-mata kita TAKUT pada sesuatu akan berlaku pada kita...mengapa kita TIDAK BAYAR pada sesuatu yang membolehkan kita ELAKkannya. MAKsud aku mudah je JAGA KESIHATAN ,makan supplements seperti USANA .Ia BOLEH jauh kan diri kita dari hospital.




http://naha-ragammanusia.blogspot.com/2009/06/nak-jadi-jutawan.html

Tuesday, June 23, 2009

CONTOH BODOH



aYAT 'KUN FA YA KUN' ...selalu tersemat dan terngiang dalam hati aku setiap kali lepas baca Yasin. Aku yakin dengan kalam tuhan ..yakin sungguh tetapi aku tak yakin bila nak cerita pada orang bukan Islam atau yang kurang yakin dengan ayat tu...macamana aku nak explain bahawa Allah SWT berfirman 'KUN FA YA KUN' maka jadilah atas kehendaknya....orang tu mesti kata mana ada itu macam!

Maka satu hari itu aku tengah buat apa pun dah tak ingat..oh ya mungkin tengah berjogging kot atau pun mungkin juga tengah menulis...entah tiba2 je idea ni datang...kenapa susah sangat nak bagi jawapan kepada orang yang tak percaya atau tak paham tenguk lah dalam diri kita sendiri dah banyak pertunjuk.Aku happy sangat.

Satu hari aku cakap dengan anak aku si Azlan..tahu tak ayat Allah 'KUN FA YA KUN'..pada manusia pun ada satu contoh ...tak sabar dia nak dengar excited sampai nak terkencing pun boleh dia tahan dulu..sebb nak dengar apa mak dia nak cakap...

Aku pun cakap selamba...otak kita le....dia boleh arah seluruh badan kita....Azlan ketawa..mana sama katanya. Yup mana sama ye..tapi aku tetap anggap itu satu contoh yg paling baik...kenapa kita mengikut apa yang ada dalam minda kita. Kita tak pernah nampak otak kita sendiri yang mengawal perasaan dan pergerakan kita. Kenapa kita langsung tak hairan tetapi nak hairan dengan kalam Allah 'KUN FA YA KUN'....apa lagi contoh yang lebih baik...ohhh tengah guna otak untuk berfikir lagi. Allah boleh balik2kan hati kita ,fikir lagi....

Friday, June 19, 2009

Cepatnya masa berlalu


Hari ni anak aku yg buat praktikal kat New Zealand akan sampai kat air port KLIA pada pukul 7.50 mlm...cepatnya sebulan. Mesage datang dari adiknya sebb telipon dia dah tak de kredit...kesian.Mudah2an dia dan kawan2nya sihatle bila pulang...jauhile dari dijangkiti virus yg pelik2.

Wednesday, June 17, 2009

NAK JADI JUTAWAN?

Entry dulu aku pernah cerita yang aku salah sorang orang yang nak cepat kaya tetapi sebenar skim cepat papa. Aku rugi 5k sebab masuk Swiss (switch)Cash. Aku dah serik tapi aku masih layar internet dan tenguk berlambak2 iklan macamana nak jadi jutawan internet. Tak boleh resist nak belajar. Tapi semuanya sama ,masukkan duit certain amount nanti dia akan masuk untungnya dalam kita punya account,kita tak payah susah payah..kita tak yah fikir apa.Bila ada orang baru masuk bawah kita kita akan dapat lebih wang. Senangnya buat business macam tu.Fikir punya fikir ,Baik aku masuk je dalam unit trust kemudian buat tak tahu sampai aku tua.

Then tiba2 je member aku tanya aku kalau minat nak buat business dengan dia ,aku tanya dia business apa, dia jawab business pasal HEALTH CARE. Aku yang banyak pengalaman membeli dan jadi ahli Multi Level Direct Selling ni terus jawab....so far banyak jenama yg aku dan suami dah cuba tetapi kami dah jumpa the best and continuously using jenama tu.Bila aku sebut je USANA ,rupa2nya dia pun nak rekomen yang sama.Dia post macam2 documents mengenai product ni yang buat aku bertambah yakin...SATU sebab memang ada certificate HALAL, kedua diiktiraf oleh DOKTOR, ketiga masih mendapat tempat PERTAMA dalam WORLD categories dan keempat TERBUKTI dan boleh dibuktikan didepan mata akan KEBERKESANANnya sebab intipatinya yang pekat(IU).....

Nak TAMBAH lagi satu fakta, saya selalu SOAL suami tentang medical insurance yang di belinya untuk saya ,dia dan anak dia yang menelan hampir 3 k tahun lepas. Saya tak kata ia tak bagus atau tak perlu tetapi saya soal tentang keikhlasan orang yang menjual premium tersebut..sejauh mana dia benar-benar ingin membantu. Banyak yang gagal mendapat semula bayaran hospital mereka kerana satu mereka mempunyai sejarah penyakit tersebut dan kedua bil hospital yang ditanggung oleh majikan pesakit. Yang anehnya si penjual premium itu sendiri yang mengajar kita menipu dan kita tertipu kerana tidak membaca semua syarat dan akta yang terkandung dalam perjanjian tersebut.

Panjangnya entry...SUAMI dah JELING2!

AKU CUMA NAK BAGI TAHU SEMUA ORANG YANG AKU DAH JADI USANA DISTRIBUTOR SEKARANG..SO NEXT ENTRY MUNGKIN AKU TERPAKSA CERITA PASAL UBAT PULAK.....SEBELUM TERLUPA...HARI NI BERAPA HB HUH? KALAU DAH 18 HB AKU KENA WISH ANAK KU MUHD QAYUM HAPPY BIRTHDAY...SEMOGA ALLAH PELIHARA DIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.BEGITU JUGA DENGAN ANAK2 KU YG LAIN N OSO MY HUBBY LE YG DAH SEPARUH MENGANTUK TU.

PINTU

Pagi ini, malahan tiap-tiap pagi kalau aku yang tak buka pintu dulu ...alamat telinga aku akan pedih dan hati aku akan sakit.

Wednesday, June 10, 2009

Perasaan Ibu



Hari ini ada dua berita yg buat si ibu teruja nak tulis dalam blognya ,satu bila anaknya ,Qayum antar SMS dari Kluang bagi tahu dia berjaya dapat lesen P siap ada gambar anak burung mengepak2 lagi dan yg satu lagi bila adiknya Khaliq yang pergi ekspedisi daki Gunung Kinabalu selamat balik ke rumah dan tunjuk banyak gambar dia dengan kawan2nya.

Sebenonya bila anak-anak gembira ,Si Ibu tak boleh nak sorok rasa gembiranya.Begitu juga kalau sebaliknya....

Monday, June 01, 2009

HARI HARI IBU

Aku nak tulis pasal hari ibu yang entah beberapa haribulan yang lepas. Sebab aku dalam kategori tidak mampu mengingati waktu , tempat ,tarikh dan lain-lain dengan tepat jadi aku tulis je tajuk hari-hari ibu.

Aku bukan lembab tapi aku suka lupa...bodohlah kalau tak boleh maafkan orang pelupa macam aku...Allah pun maafkan perbuatan orang pelupa, contohnya puasanya tidak terbatal kalau dia terlupa dan makan sampai kenyang. Apalah sangat kalau terlupa arah...habis2 sangat patah balik cari jalan yang betul sampai dapat.

Aku tak harap anak-anak mengingati hari aku tetapi entah macamana sebab anak ramai jadi hendak tak hendak aku macam tertunggu-tunggu juga siapa yang ingat dan siapa yang tidak. Yang sulung tu macam biasalah ada ke tak Satu Hari ibu tu dia tetap hari-hari ibu. Anak bongsu ku buat surprise dengan bagi kad buatan tangannya sendiri bila aku dan suami pergi bawa dia outing. Yang buat aku bangga tu dia bagi di asrama depan kawan-kawannya.Amboi rasa akulah ibu yg sangat2 disayangi saat itu...walau dalm hati aku berkata2 'pandai budak ni nak tambat hati aku'.Abang padanya yg dekat MMu pula bagi ucapan melalui facebook kalu tak salah(lupa lagi). Anak laki-laki yg no 2 beli kan aku buku bertajuk 'humor for a mom's heart' yang bagi aku inpirasi nak tulis entry kali ni.

Yang aku paling surprise anak perempuan ku atau d only dotter yang jarang2 lupa hari-hari istimewa yang ada dalam kalender tahun ini macam terlupa pulak ada satu hari untuk aku..jadi aku anggap untuk dia tahun ini hari-hari ibulah.

Sempena hari istimewa tu aku nak bagi tahu umum selain kerja aku sebagai tukang masak, tukang runding , tukang cerita ,tukang sampai ,tukang kemas ,tukang tanya, tukang nasihat ,tukang marah, tukang suruh, tukang basuh yang aku tak kisah buat, ada satu kerja yang aku tak suka bak kata sorang budak tu menci,menci tapi aku buat juga...iaitu tukang hidu.

Setiap kali anak-anak aku balik mereka akan sangkut atau campak baju-baju mereka sesuka hati, atas bangku, atas katil , atas lantai , atas apa saja kecuali dalam bakul kain yang aku letak tepi mesin basuh kain .Untuk suami tersayang aku dah terbiasa menghidu bajunya yg bahagian ketiak tu kalau aku was-was samaada baju tu dia dah pakai atau baru pakai setiap kali aku nak pungut dan basuh.Sekarang ada kerja tambahan sebab anak sulung aku dah duduk sekali jadi hendak tak hendak aku kena kutip bajunya dalam bilik , kalau tidak bau yang berkumpul dalam bilik itu akan menerejah sampai keluar.Kerana terbiasa menghidu baju jadi tabiat tu terbawa2 sampai kena hidu setiap baju yang aku kutip untuk di basuh nak tahu hari ini anak-anak aku sedang bercuti ... aduhai siksanya hidung !