Pages

Tuesday, June 23, 2009

CONTOH BODOH



aYAT 'KUN FA YA KUN' ...selalu tersemat dan terngiang dalam hati aku setiap kali lepas baca Yasin. Aku yakin dengan kalam tuhan ..yakin sungguh tetapi aku tak yakin bila nak cerita pada orang bukan Islam atau yang kurang yakin dengan ayat tu...macamana aku nak explain bahawa Allah SWT berfirman 'KUN FA YA KUN' maka jadilah atas kehendaknya....orang tu mesti kata mana ada itu macam!

Maka satu hari itu aku tengah buat apa pun dah tak ingat..oh ya mungkin tengah berjogging kot atau pun mungkin juga tengah menulis...entah tiba2 je idea ni datang...kenapa susah sangat nak bagi jawapan kepada orang yang tak percaya atau tak paham tenguk lah dalam diri kita sendiri dah banyak pertunjuk.Aku happy sangat.

Satu hari aku cakap dengan anak aku si Azlan..tahu tak ayat Allah 'KUN FA YA KUN'..pada manusia pun ada satu contoh ...tak sabar dia nak dengar excited sampai nak terkencing pun boleh dia tahan dulu..sebb nak dengar apa mak dia nak cakap...

Aku pun cakap selamba...otak kita le....dia boleh arah seluruh badan kita....Azlan ketawa..mana sama katanya. Yup mana sama ye..tapi aku tetap anggap itu satu contoh yg paling baik...kenapa kita mengikut apa yang ada dalam minda kita. Kita tak pernah nampak otak kita sendiri yang mengawal perasaan dan pergerakan kita. Kenapa kita langsung tak hairan tetapi nak hairan dengan kalam Allah 'KUN FA YA KUN'....apa lagi contoh yang lebih baik...ohhh tengah guna otak untuk berfikir lagi. Allah boleh balik2kan hati kita ,fikir lagi....

No comments: