Pages

Thursday, June 25, 2009

Kau nak jadi PENGGUNA ke PENJUAL?

Terngiang2 ayat expensive adik aku ,taukeh kedai Inang Costume tu bila aku called dia hari tu. Aku minta tolong dia sebab dia pun pernah buat jualan cara langsung tu sampai dapat pegang status apa tah dan pergi melancung oversea lagi..entah jenama apa tah dari Australia tu tetapi akhirnya jenama yang aku ingatkan terlalu bagus tu kena band dari masuk ke Malaysia sebab tidak lulus apa tah.

Dan sekarang aku secara tak langsung jadi agen sebab nak beli dengan harga agen le tapi rupa2nya tak lah jauh sangat bezanya. Lepas tu upline aku kata kalau aku dapat masukkan 4 orang bawah aku dalam masa 43 hari aku layak pulak dapat status apa tah dan bermulale dapat pendapatan tetap tiap2 bulan. Terujanya aku nak rasa macam orang makan gaji...so the first mangsa yang aku lobi ialah close friends. Betul2 cakap...its not EASY ....

Lepas tu aku call pulak adik aku kat kajang tu,panjang lebarle dia berlecture kat aku. Katanya bukan senang nak cari orang dan nak maintain figures tu...sampai dia tanya aku kau masuk USANA ni nak jadi PENGGUNA ke PENJUAL? Aku...erk,erk ...mula2 nak jadi Pengguna je lepas tu lepas dengar taklimat teringin le nak jadi Penjual pula...
Kau nak cakap bab penyakit ..kau tu doktor ke? ,kena lagi sebiji atas hidung aku. Dalam dok menyopping dekat Tesco dengan anak aku ...boleh pulak minda ni kata aku tak mahu jadi Penjual le tapi adik aku tu mesti beli produk USANA untuk kesihatan dia!!!

BACA LINK INI http://kuasadua.com/blog/

No comments: