Pages

Wednesday, June 17, 2009

NAK JADI JUTAWAN?

Entry dulu aku pernah cerita yang aku salah sorang orang yang nak cepat kaya tetapi sebenar skim cepat papa. Aku rugi 5k sebab masuk Swiss (switch)Cash. Aku dah serik tapi aku masih layar internet dan tenguk berlambak2 iklan macamana nak jadi jutawan internet. Tak boleh resist nak belajar. Tapi semuanya sama ,masukkan duit certain amount nanti dia akan masuk untungnya dalam kita punya account,kita tak payah susah payah..kita tak yah fikir apa.Bila ada orang baru masuk bawah kita kita akan dapat lebih wang. Senangnya buat business macam tu.Fikir punya fikir ,Baik aku masuk je dalam unit trust kemudian buat tak tahu sampai aku tua.

Then tiba2 je member aku tanya aku kalau minat nak buat business dengan dia ,aku tanya dia business apa, dia jawab business pasal HEALTH CARE. Aku yang banyak pengalaman membeli dan jadi ahli Multi Level Direct Selling ni terus jawab....so far banyak jenama yg aku dan suami dah cuba tetapi kami dah jumpa the best and continuously using jenama tu.Bila aku sebut je USANA ,rupa2nya dia pun nak rekomen yang sama.Dia post macam2 documents mengenai product ni yang buat aku bertambah yakin...SATU sebab memang ada certificate HALAL, kedua diiktiraf oleh DOKTOR, ketiga masih mendapat tempat PERTAMA dalam WORLD categories dan keempat TERBUKTI dan boleh dibuktikan didepan mata akan KEBERKESANANnya sebab intipatinya yang pekat(IU).....

Nak TAMBAH lagi satu fakta, saya selalu SOAL suami tentang medical insurance yang di belinya untuk saya ,dia dan anak dia yang menelan hampir 3 k tahun lepas. Saya tak kata ia tak bagus atau tak perlu tetapi saya soal tentang keikhlasan orang yang menjual premium tersebut..sejauh mana dia benar-benar ingin membantu. Banyak yang gagal mendapat semula bayaran hospital mereka kerana satu mereka mempunyai sejarah penyakit tersebut dan kedua bil hospital yang ditanggung oleh majikan pesakit. Yang anehnya si penjual premium itu sendiri yang mengajar kita menipu dan kita tertipu kerana tidak membaca semua syarat dan akta yang terkandung dalam perjanjian tersebut.

Panjangnya entry...SUAMI dah JELING2!

AKU CUMA NAK BAGI TAHU SEMUA ORANG YANG AKU DAH JADI USANA DISTRIBUTOR SEKARANG..SO NEXT ENTRY MUNGKIN AKU TERPAKSA CERITA PASAL UBAT PULAK.....SEBELUM TERLUPA...HARI NI BERAPA HB HUH? KALAU DAH 18 HB AKU KENA WISH ANAK KU MUHD QAYUM HAPPY BIRTHDAY...SEMOGA ALLAH PELIHARA DIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.BEGITU JUGA DENGAN ANAK2 KU YG LAIN N OSO MY HUBBY LE YG DAH SEPARUH MENGANTUK TU.

No comments: